Jumaat, 13 Disember 2019

Steady

Assalamualaikum. Hari ini aku terlintas nak buat satu entry sempena tahun baru yang bakal menjelang. Sekian.

Sabtu, 15 April 2017

hai!

Hai, gila babi betul dah lama tak buka blog, sampai tak tahu macamana nak buat post baru. Kemudian, aku terfikir.
 "ada lagi ka orang baca blog sekarang?"
"Orang sekarang dah  tak baca blog"

Pedulitaik. Aku menulis bukan untuk hangpa semua, tapi demi kepuasan nafsu aku sendiri. Kah! Kah! Kah!

Malam ni Kedah kena 5 biji, aku tenang, sebab sekarang dah ada pewaris. Aku kena bersikap lebih tenang dan berfikir lama sebelum membuat keputusan.

Kemudian, kita kena jelas halatuju kehidupan.

Kena jelas prinsip kita.

Jangan jadi pak turut sahaja,

Sekian buat masa ini.

Rasa berjaya juga. melempiaskan nafsu disini.

Kah! Kah! Kah!

Khamis, 12 Mei 2016

Aku kembali

Assalamualaikum. Sudah lama saya tidak menulis disini. Entah dimana sibuknya saya pun tidak tahu. Hendak kongsikan apa pun saya tidak tahu. Hihu.

Hampir sebulan saya tamat pengajian. Alhamdulillah. Sepanjang hampir 4 tahun saya belajar di Kolej Universiti Insaniah. Macam-macam pengalaman Allah beri. Ada suka dan duka. Hidup kita ni, aturannya begitu. Sekejap baik, sekejap kurang baik. Apapun yang Allah takdirkan untuk kita, kita kena terima dengan dada lapang. Hihu.

Alhamdulillah, saya kenal beberapa kawan baru, yang tidak kedekut berkongsi ilmu. Satu yang saya dapat dari mereka, jangan kedekut memberi, jangan kedekut berkongsi. Apa yang kita ada hanyalah pinjaman dari Allah. Hihu.

Saya rasa cukup sekadar ini. Anggaplah tulisan saya ini permulaan bagi tulisan yang akan datang. Insya Allah saya akan kongsikan apa yang bakal saya lalui tidak lama lagi. (kalau rajin lah) Hihu

Sekian.













Hihu.

Ahad, 14 Jun 2015

Untung dan terima kasih.

Tengah sedap sedap baring atas katil abang gua yang sulung masuk bawak 3 buah buku untuk gua. Terus hormon gembira merembes keluar walaupun gua tak tau masa mana gua nak habiskan tiga buku tersebut. 

Gua dengan abang sulung kongsi minat, membaca. Akhir ini gua banyak terikut taste abang sulung. Baca buku travelog, catatan perjalanan dan kisah sejarah. Dulunya gua rajin juga pinjam novel emak saudara, tapi sekarang dah tukar. 

Lu semua beruntung dapat baca post blog gua hari ini, sebab selalunya gua ambik tak kisah. Lu semua kena terima kasih sama abang sulung gua. 

Sifir dia mudah,  abang sulung belikan gua buku, gua gembira senang hati, gua pun tulis blog bagi lu semua baca. 

Okay, sebelum terima kasih sama abang sulung, ada lagi satu paling penting. 

Terima kasih Tuhan!

Selasa, 21 April 2015

Sebentar tadi.

Tengah lepak tengok tivi member gua tegur.
Hang kenapa nampak tak larat, macam sedih ada masalah.
Gua jawab,
aku okay.
Cepat cepat gua bangun ambil wuduk solat isya.
Alhamdulillah kembali bertenaga.