Rabu, 30 Mac 2011

bila nak undur nie


Anwar Ibrahim


Tun Abdullah


Tun Mahathir


Benci.Muak.


Teruk sungguh mainan mereka.Fitnah bagaikan makanan.

Apa nak jadi dengan 1Malaysia.

Bukan benda remeh.

Bangsa Melayu punya habit.

Kalau boleh nak bagi orang yang depa tak suka mati dan hancur dengan hina.Sadis.

Selak akhbar.cerita sama.Media massa jangan cakaplah.semua alat.

Hari-hari.



Dulu kes 1998.Rejim Che Det.kena dok dalam lama mana.

Pak Lah kata.ok.bagi keluar.aku sudah mahu beredar.

DSAI bernafas sebentar. dan sat memacu PR ke mercu kejayaan.


Sekarang.dekat-dekat dengan PRU.

mai balik cerita-cerita fitnah.

Teruk!


Sampai bila agaknya.

Cukup ini penggal last depa di atas.

Rakyat sudah muak dengan sajian hampa.


biar hancur luluh berkecai semua geng-geng yang dok berjuang atas nama bangsa nie!




ok.saya melawak saja uncle Hishamuddin.

tak bahaya keselamatan negara pun.

janji tak kata dah




tiba-tiba jadi terextreme dengan politik malaysia.




reformasi!oppss

Isnin, 28 Mac 2011

Tahniah






"dalam meniti KEJAYAAN hidup, letakkan ALLAH sebagai keutamaan dalam setiap urusan"



Syukur!!begitu yang akan terpacul dari bibir kita tatkala nikmat dan kesenangan dari ALLAH datang menjengah.


Bukan cakap kosonglah,kalau dapat benda yang kita tak jangka,nak pulak benda yang kaw-kaw punya best dan terbaik,apa lagi nak kata??


Serius,saya pun termotivasi dengan kejayaan anda meraih A bersepah-sepah.Masa saya sudah berlalu.Dulu.konklusi yang padan dengan usaha.


"축하 해요"



*item yang kunun-kunun spesel untuk dinikmati*

~ lagu daripada geng carefree,(walaupun ada sikit lirik yang tak da kena mengena,abaikan)

~ quote dari tuan guru


~ quote tahniah bahasa park ji sung

~warna pink,untuk anda juga...hehe

~sekali lagi tahniah,asif kalau post ini tidak sespesel sperti yang anda harapkan.


"kesusahan itu ujian,

kesenangan dan kejayaan itu juga ujian.

semoga tak tergelincir"



Tuan Guru Abdul Hadi Dali






*bahasa parkjisung tu,google yang translate,kalau salah,bukan saya,tapi google





* peace*


Jumaat, 25 Mac 2011

postahansabardanterimakaseh

saya ada
saya masih berminat untuk melakukan ini
tapi
penting untuk saya mementingkan yang TERPENTING dari yang penting

jangan terbang tinggi sangat
nanti jatuh sakit

itulah bahasa mudahnya....
saya mohon pengertian dan sedikit laluan
agar saya bisa terus mencapai cita cita

mudahan-mudahan apa yang saya titipkan ini dapat mengukuhkan rasa percaya itu



*terima kasih kakak siti zubaidah bt fauzi atas tunjuk ajar di library tempoh hari
*terima kasih kepada ustazah balaghah dan fekah
*tahniah kepada kawan yang berjaya
*selamat berkarya kepada kawan yang baru bermula




bukan ini yang kau cari spm candydate 2010 8@ ttbc oi!...ada yang lain....kehkehkeh






*sedang perbaik mana yang tak baik*


Sabtu, 19 Mac 2011

beberapa lama sebelum kembali


sikit lagi saja nak tumpah.Macamana nak straight kalau selalu sangat dengan benda tuh.

Lagi lama lagi senang.Lagi mudah,lancar,licin.

pergi negatif hadir paositif.

semoga semua perjalanan lebih mudah dan barkah.







baik hang p blah jauh jauh!!la nie!



Rabu, 16 Mac 2011

9 : 1 bagaimana pula 1 : 9

Teruk!Sampai mati kot nak hidup dengan kata kat orang lain.Sorang buat dosa,yang lain terhegeh-hegeh nak buat dosa sekali.Kalau sekali dua boleh juga maaf,nie tak,sampai dah jadi macam satu kewajipan,setiap hari mesti ada benda tak kena.Kasiha.

Sembang mau tinggi melangit,mengaji pandai-pandai,err,pandai kah?Mulut mengata,Bosan,letih,segala macam rasa yang datang bila dalaman tak stabil,alih-alih,dengaq mulut-mulut dok mengata.Tapi sekarang,dosa jadi berganda,kalau nak mengata,tak usah pakai mulut,guna tangan, dapat imbuhan untuk dua anggota,Tangan menaip,apa yang terlintas di hati,kemudian gelak berdekah-dekah kerana misi tercapai

dua situasi yang berbeza,mengata depan kenalan yang sudah dikenali hati budi.

dalam sebuah asrama,penghuni ada sekitar 3-5 orang,yang sama kepala,lebih kurang perangai,kalau kutuk kaw-kaw boleh diambil mudah kerana sudah terbiasa.Mungkin sekadar joke sesama member.tak jadi masaalah,malu dan sakit hati sekadar singgah 2 minit dan berlalu pergi.

ali:kepala lutut hang ikan bilis,(ikan bilis nama gelaran)pemalas,orang mntak tolong sat pun payah.

zainon:kepala lutut hang balik obor-obor,(obor-obor nama gelaran)kata kat aku pemalas,hang awat tak buat sendiri...mengong!!

sufian,majid dan karim ketawa terbahak-bahak,tengok dua manusia gelaran binatang bertengkar

lain pula kalau benda nie berlaku dalam situasi yang dikelilingi manusia yang biasa-biasa,mungkin mudah fahamnya, budak-budak junior yang respek senior,

junior 1:abang,lama dah ka ngaji kat sini?,respek lah abang bagi ucapan kat perhimpunan tadi.sikit pun tak ketaq

senior:lama,dari form 1 lagi,adik pun boleh bagi ucapan kat perhimpunan,nanti abang ajaq.

junior 2:saya pun nak jugak abang.ajaq saya sekali nohh...

senior:ok,no hal..

tiba-tiba..

"eleh,dok wat kemaih dengan budak budak baru,hang cqita muhung pa kat depa ikan bilis woi,dok dalam bilik,tidoq,subuh tak bangun,isap rokok,bla bla bla....."


junior 1 dan 2:err.....

senior:(bangun dan terus blah) siqah jadi 0

kahkahkahkah (bunyi ketawa manusia yang mengata kat senior ikan bilis tadi,niatnya sekadar melawak,tapi timing tak kena)

ada masa kita melawak,ada masa kita serius...kalau diambil pusing dua situasi diatas,adalah baik sedikit jika mengata didepan kawan-kawan sendiri,daripada mengata dalam situasi bersama-sama junior,walau pada hakikatnya,kedua-dua situasi adalah tidak baguih.

Baik.Cuti masih berbaki 3 hari.Overallnya tiada yang baguih,semuanya biasa.kadang-kadang saja negatif.UJIAN TUHAN.Lemahnya manusia,sering menilai luaran,benar,rasa hati tidak boleh dilihat dengan mata kasar,tapi itulah pentingnya


*BERSANGKA BAIK*










banyak jugak jumpa manusia yang cakap tak pikiaq masak masak..kena sekali baru tau,langit itu tinggi ka rendah
semoga apa yang dikata hang.... TUhan tidak kalih balik.....
*tajuk post adalah random*

peace!

Selasa, 15 Mac 2011

akhirnya....

akhirnya.....

rehat otak dari hiruk pikuk matapelajaran sijil tinggi agama

dalam banyak-banyak benda....baca juga yang layan....

sapa tak minat membaca,manusia itu memang kurang pandai,kuno,tak maju...ini hakikat

cakap banyak tak guna....

beli dan baca.....agak kalau penjimat,pinjam..

"mengambil sisi positif dari setiap bencana"





*jom layan!!biar lambat xpa,janji baca*









Ahad, 13 Mac 2011

Cuti di bulan Mac 2011

Masuk hari ketiga cuti.Tiada apa yang berubah.Definisi musim cuti pada bulan Mac tahun 2011 masih macam dulu.Cuma yang ubah tempat tadah ilmu dan tempat tidur dalam kelas.

Ada juga yang thumbs up,layan menatang nie

Lagi satu yang tak ubah-ubah bila mai musim cuti,kenduri orang kahwin.Padat.Kira istilah tepatnya,musim tiada hidangan untuk tengahari.Tapi yang pelik perangai orang-orang yang buat kenduri(bukan semua nohh),suka sangat campur adukkan benda pahala dengan dosa.Ini apa yang saya perhatilah.

Trend kot,jemput tukang cakap,pasang lagu,kalau bahasa moden,DJ.Pasang lagu macam-macam,lagu nasyid boleh kira,berapa kali main.Nak lebih extreme.Pakcik-pakcik yang sudah separuh abad mintak pasang lagu dangdut.Layan sambil buat kerja.

Itu cerita rumah kenduri mengenai jemput tukang cakap dan pakcik-pakcik layan dangdut.Kisah yang menarik lagi,pasai perempuan-perempuan yang dressingnya lagi sikit nak kalahkan pengantin.Apa lah yang menerjah dalam otak agaknya.sampaikan ada dialog

Faruq Nordin : nak pi mana woi

Ilyas Munir : cuci mata

Faruq Nordin : hah?cuci mata?

Ilyas Munir : ha la,rumah kenduri

Faruq Nordin : err

Dosa percuma.Orang yang tunjuk,orang yang tengok benda ditunjuk.


Yang tau agama,yang tak tau agama.....
buat maksiat dalam keadaan kita tahu dan buat maksiat dalam keadaan kita jahil

Sabtu, 12 Mac 2011

matahari mungkin terbit lewat sikit di Jepang


Semoga selamat rakyat Jepun.Bukan nak cakap banyak lah,depa pun manusia,punya jiwa dan raga.Tak salah kita mendoakan keselamatan depa.

Semua tahu,Jepun punya parameter macamana,terdiri dari 6,852 pulau.Cuba bayang dalam otak sekarang.Banyak bukan??

Ujian Tuhan memang dahsyat!terkenang kembali peristiwa 26 disember 2006,licin Banda Aceh
Jelas kekuasan Tuhan selepas kejadian tersebut.Ada yang insaf,ada yang tak insaf...

Kiamat sudah tidak lama.Ini punya pendapat memang tak boleh bangkang langsung!Dunia sudah tua.Ada yang sedar,tapi tak insaf..ada yang tak sedar...lagi tak insaf....

Bila ditanya

"takut kiamat?"

"takut"

Bagus..tapi tak lah bagus sangat kalau sedar tapi tiada tindakan.Usia dunia sudah di penghujung...Bagaimana mahu menangkis serangan Si Mata Satu yang bakal tiba nanti,jika perisai iman lemah....

Segala bentuk persediaan mestilah mula dari saat ini.Sekarang bukan lagi masa untuk layan Si kucing Dora,Lelaki Ultra,Budak Astro,Belalang Bertopeng..


arigato gozaimashita!!

Rabu, 9 Mac 2011

Paradoks pelajar macam mereka


* suka kalau che' gu tak masuk,tapi marah kalau dikata pemalas,kaki tuang kelas

*ibubapa mesti dihormati kerana mereka adalah orang yang tua.Lain pula dengan che'gu.kalau tak puas hati,kutuk macam-macam kat belakang.

*kalau dengar ada kelas,kem,tuisyen,gila punya bunyi tak mau,nak mengelat saja,tapi result nak gempak..straight A

*marah guard kalau tak buka pagar nak balik time koko,tapi markah dalam buku rekod column persatuan/permainan mau markah penuh

*cukup suka gelakkan orang kalau kena kata...merah kepala bila orang gelakkan dia balik....

*

*

*

demi menjaga hati banyak pihak,paradoks yang ditampilkan ringan dan dikira tak membangkitkan kemarahan sesiapa....


post pagi-pagi...apa boleh buat??mata tak mau pejam

Sabtu, 5 Mac 2011

politik kawan


Keep your friends close but your enemies closer,

-sun tzu-



benci kot politik dalam berkawan nie.payah nak faham kalau sekali baca.apakehal politik dalam berkawan.politik pilihanraya demokrasi saya taulah.Patut pun.time mengaji laqi,tidoq,tuang kelas.kalau time tiada tu isi dengan benda manfaat tak apa.

depan bukan main baik..belakang kata macam-macam

apa cerita??

kalau ada tak puas hati cakap terus,dan cakap terus itu biar elok-elok.bukan perli-perli..ilmu balaghah simpan dulu.

kalau tak suka,tak payah berkawan..tak payah bermusuh.mudah.





selalu terlajak hadaf,hubungan dengan DIA kena jaga...

Khamis, 3 Mac 2011

One, Two, Buckle My Shoe (Live) - Club Nursery Rhymes

layan jugak lagu nie.masa kecik-kecik dulu tak dan....err...tak didedahkan..sedang melayan wikipedia,ibu tercinta menyeru untuk search lagu 12 buckle my shoe...bahan untuk mengajar katanya....


1,2 buckle my shoe

3,4 open the door

5.6 pick up stick

7,8 we gonna lay them straight

9,10 do it again,






* ramai yang tak tahu suka buat macam tahu,then tak mahu mengaku yang dia tak tahu
......its call JAHIL MURAKKAB