Sabtu, 22 Disember 2012

lemah.



Aku ingat aku kuat.

Rupanya tak.

Kuat bukan dari definisi tenaga,tapi dari sudut menepis masalah dan menghalang rasa.

gampang !

Bila aku ada masa senggang,dia datang menerpa.

Aku cuba,cuba elak.

sia sia.

tapi aku bukan cepat putus asa.


Betullah aku lemah.

Lalai.

Lalai dari DIA

Yang Maha Kuasa.

Yang mengatur segala.

Mungkin ini kesannya.

Ya.Aku reda.

Aku terima.

''bila kita rindu,semua benda yang orang tu suka kita ingat.ianya datang sendiri,bukan dibuat buat,bukan disuruh suruh.itulah penangan rindu''




Jumaat, 21 Disember 2012

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

Balik kelas marhaban tadi aku lihat seorang brader tengah tuntun moto,atau bahasa bakunya tengah tolak motosikal,belakang sikit aku tengok seorang perempuan tengah dukung anak kecil,dia tak dukung sebenarnya,dia galas anak dia guna carry bag.galas sebelah depan.Aku usha jam tangan,jarum menunjukkan 11.30 pagi.Aku agak budak kecil itu berumur sekitar 1-2 tahun berdasarkan sais dia.Cuaca pada pukul 11.30 pagi dikira sebagai cukup membahang untuk anak kecil seperti dia.

Terbit dibenak hatiku,kesian betul kena jalan kaki,si ayah pulak tolak moto,jenis Ex5.Minyak habis atau moto rosak aku tak pasti,nak kata tayar pancit tak boleh.Tayar dia berangin depan dan belakang.Aku hanya mampu melihat sambil berlalu pergi.Mungkin inilah pepatah yang selalu kita dengar ''berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul''

Mungkin sebab beginilah ayah aku selalu menyediakan pam angin dalam bontot kereta dia sewaktu ulang alik pergi kerja dahulu.Bila ada terjumpa orang tengah tolak moto,ayah akan berhenti dan tanya masalah.Kalau pancit,ayah akan bagi pinjam pam angin.Walaupun pancit,sekurangnya boleh isi angin dan bawak perlahan-lahan ke kedai untuk menggantikan tayar baharu.

Konklusinya,sebelum mendirikan rumah tangga,seeloknya lelaki sebagai ketua keluarga bersedia dengan perkara asas seperti kereta dan sebuah rumah untuk berteduh.Baru power,tapi bagi brader tadi yang tengah tuntun motosikal,aku kira dia sudah punya moment atau cerita yang indah untuk dikenang dan diceritakan pada anak cucu suatu hari nanti.

Sabtu, 15 Disember 2012

Surat terbuka untuk kita :)

Assalamualaikum kita. :)

Apa khabar kita di sana ? Kami doakan kita berada dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah rahmat Allah.Dah lama rasanya tak bertanya khabar,berbual dan bertukar pendapat bukan ? Sejujurnya sudah dua pesanan kami kirim melalui alam maya untuk bertanyakan khabar kita,tapi tiada balasan dan jawapan walhal kita hidup,dan mengupdate status setiap hari,kami yakin,kita menerima dan membaca pesanan kami.Kami cuba untuk bersangka baik,mungkin kita sibuk,mungkin kita tak perasan pesanan kami,mungkin kita menghimpun semua pesanan kami dan suatu hari nanti kita akan menjawab segala pertanyaan kami dalam satu pesanan yang panjang.Sehingga hari ini kami masih bersangka baik dan tidak pernah penat atau jemu untuk terus bersangka baik. :)

Sebenarnya kami bukanlah seorang yang suka mendesak dan cepat terasa hati,lebih lebih lagi dengan seorang yang kami kenal hanya melalui alam maya.Cumanya,dalam persahabatan perlu ada sikap jujur,jika ada perkara atau perkataan yang membuatkan kita menjauh hati dengan kami mestilah diberitahu,jangan disimpan dalam hati.Mungkin kita ada alasan tersendiri untuk bersikap diam diri dan tidak menjawab pesanan kami. :)

Untuk pengetahun kita,kami sekarang dah berada di semester kedua pengajian di Kolej Universiti Insaniah dalam jurusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang.Pengajian di sini kelas pengajiannya diajar oleh syeikh yang berkelulusan PHD dari Universiti Al Azhar,Mesir.Alhamdulillah. :)

Akhir kata,kami minta maaf kalau dalam kiriman ini ada membuatkan kita terasa hati,Kami ini hanya manusia biasa dan tak terlepas dari salah dan silap,Andai kita membuat keputusan untuk tidak terus berhubung dengan kami pun tidak mengapa,kami hormati.Kami doakan kita dipermudahkan segala urusan dan menggapai cita-cita menjadi seorang pendidik yang berkaliber.Doakan juga kejayaan kami di sini,Insya Allah kita sama sama menjadi manusia berguna dan anak yang soleh solehah kepada kedua orang tua.Amin. :)


Yang selalu bersangka baik :)

Assalamualaikum.


annoying

-Annoying gila  bila menulis guna word "GUA" sebagai ganti diri dalam menulis kat blog nih-

Khamis, 13 Disember 2012

petunjuk dan dorongan.

betullah taufik dan hidayah itu dua entiti berbeza tetapi saling berhubung kait.

member gua pernah cerita dulu.

dia cerita dari kuliah seorang ustaz di sekolah dulu.

gua dengar dia bercerita bukanlah gua tak mendengar kuliah ustaz ustaz.

gua dengar,cumanya jarang-jarang.

itu pun masa tahun akhir.

senang ceritanya dua tahun terakhir gua belajar.

bodoh sombong ustaz gua kata kat geng geng yang culas masuk kuliah.

lepak bilik,bersembang makan.

hisap rokok tak da.

salah satu benda yang gua bangga.

enam tahun gua belajar,batch gua sekoq pun tak sangkut dengan benda yang cucuh lepas tu keluarkan asap ikut hidung dengan mulut.

hebat kan batch gua.(berlagak dua minit)

terlajak jauh cerita gua.

dah dua tiga kali gua usha dari balik tingkap.

ada dua tiga orang budak perempuan kampung gua yang lepak bawah pokok rambutan rumah gua.

lepak atas pangkin time member dia masuk rumah gua baca al-quran dan iqra.

sebelum gua terlupa,pelajar yang hadir kelas pengajian nih ada yang baca quran selain iqra.

yang menengah kebanyakkan baca quran.

gua akan jadi bidan terjun bila tenaga pengajar otai,emak atau bapa tak dapat attend tugas mengajar.

sasaran gua budak-budak baca iqra,senang piat telinga.yang besar besar nak piat pun susah,geng main bola sepadang.

ok.gua sekali lagi tersasar dengan objektif posting.

gua nak bagitahu,

taufik ialah kekuatan kita nak melakukan sesuatu amal.

hidayah pulak ialah seorang yang bernama hidayah.ok tak lawak.

hidayah bermakna segala benda yang salah kita nampak salah,yang betul nampak betul.senang ceritanya kita dapat bezakan yang hak dan batil.

apa yang gua nak hubungkan ialah,budak perempuan yang lepak bawah pokok rumah gua dia dapat hidayah,dia tahu belajar quran itu baik.tapi taufik belum Allah campakkan untuk dia duduk sama-sama dengan member dia belajar quran dengan emak dan bapak gua.




kalah ?

ok malaysia kalah.

tutup buku.

gua tengah hangin nih.

portal kolej masih tak boleh bukak.

patutnya daftar masuk sembilan haribulan 12,ni dah berapa.

lemah betul pengurusan IT.

macamana gua nak register kos.

macamana gua nak pilih syeikh yang sporting.

haih la.


Jumaat, 7 Disember 2012

Tok wa (part 1)

Pagi tu,aku bangun awal.Mandi pakai baju melayu warna merah hati,kain pelekat jalur maroon.

'Baim!mana minyak wangi hang,mai nak guna sikit."aku tanya.

"Ada dalam bilik aku la,atas meja study,jangan guna banyak-banyak,mahal aku beli tu."jawab Baim,mata terpejam.mulut cakap.

"kedekut gila."aku cakap dalam hati.

Niat hati,nak pergi jumpa Tok Wa,tok saudara sebelah emak.Susuk tua yang selalu jalan kaki ke masjid setiap waktu.Malu.Aku yang sihat cergas pergi masjid jemaah boleh bilang dengan jari.Bilang dengan sebelah jari pula tu.

Usai solat Subuh,aku cari Tok Wa.Jemaah masjid dah beransur pulang.Hari ini,entah kenapa,Imam Majid baca surah pendek.Selalunya kalau solat subuh,lepas al-fatihah Imam Majid baca surah panjang macam an-naba',an-naziat dan surah-surah awal juz amma.

''ada nampak Tok Wa dak pakcik Rim?"aku tanya pakcik Karim.

"Tok Wa hang ada kat stor belakang tu kot,kata nak kemas Quran buruk dalam bilik tu."jawab pakcik Karim.

"Tima kasih."aku berbahasa.


Selasa, 4 Disember 2012

nasihat ikhlas

"Menulis ni kena dari hati. Bukan pasal kau nak dapat ramai reader, ramai follower, ramai peminat. Kalau kau menulis pasal nak dapat banyak komen, nak ada orang ikut, ada orang suka, baik kau lupakan saja. Nanti bila takda orang komen, takda orang baca, kau jadi down. Menulis ni kena ada minat. Kau menulis apa saja yang kau suka, jangan peduli sama ada ada orang membacanya atau tidak. Dan dalam kau suka-suka menulis, kau seimbangkan segala adab, akhlaq, baraqah, ma'sum, fanaa, najaasah, nifaq, wahdat al-wujud, zalimun, hafith, ilmu, haqq, batil, infaq, naseeha, lagha, ma'ruf, alamin, basher, minhaj, nas, roh, dar'ud, falah, fitnah, taghut, fitrah, da'wah, mubah, tahir, dhikr, aslim taslam, mut'ah, awliya, 'azl dalam tulisan kau. Barulah ada kemanisan dalam menulis itu"


--BOZU--