Isnin, 28 Februari 2011

rindu.ingat.sumpah.


alumni kecilan
22 january 2011
jamiyah thalis thanawi '10
futsal.muziumpadi.pustakadarussalam.
sehingga bertemu lagi.
rindu juga sekali-sekala.

Ahad, 27 Februari 2011

laga laga


kesesakan rutin hidup membuatkan segala macam rasa datang bertandang.Ulas macam-macam kadangkala buat semak kepala.baik layan cerita U-wei..patah balik ke zaman 80-an..Ambik serba sedikit pengetahuan dari cerita laga-laga.

Jogho maknanya tukang laga lembu..Hero bernama Mamat dimainkan oleh Khalid Salleh.
Heroin tak mau ceritalah.Semak perut ja.

Kisah berlatar belakang negeri kelantan dan selatan Thai,so bahasa yang digunakan mestilah kelate dan dicampur bahasa thai,tapi masih boleh faham.Cari makan duit laga lembu.Sempoi punya mata pencarian.Ini saya tertanya-tanya apa mesej yang U-wei cuba selitkan.Pada hemat saya yang mentah ini,mungkin beliau cuba bagitahu pada kita,jalan dan kisah hidup sebenar puak-puak laga lembu nie.

Unsur-unsur yang diselitkan cukup biasa bagi budak-budak yang tak suka sangat buka otak nak pikiaq apa mesej yang dibawa.

Mula-mula cerita dah ada pembunuhan.Partner Mamat,Lazim telah dibunuh.Bermula tuntutan darah dibayar darah.semangat menebus balik maruah.menuntut bela atas kematian saudara seagama.

Unsur keagamaan memang menarik,si hero tak pernah lupa kewajipan sebagai hamba-NYA.Tangan ada biji tasbih.

Sekarang punya cerita,manusia melagakan manusia.Busuk hati,suka sangat tengok orang lain bertelagah.Bunuh membunuh,selak akhbar harian bersepah-sepah cerita jenayah.Apa nak jadi dengan satumalaysia.

Dah terang undang-undang manusia langsung tak boleh membendung jenayah.Buta apa entah pemimpin Malaysia.Tuhan bagi garisan yang cukup cantik untuk manusia ikut.Nak sangat ikut undang-undang manusia reka.Sekarang terima padah.Nasib kat titibesi kadar jenayah pada pola yang rendah.Hari-hari tengok balai polis kepala batas macam tak ada orang.Roadblock pun kurang,tapi apa nak takut,Motosikal saya lengkap semuanya...nilai sentimental lagi...

Ending cerita Jogho nih,si mamat masuk lokap pasai mengaku dalam kes pembunuhan.Nak selamatkan seorang anak buah beliau..

pengajaran
1

2

3

nanti lah kita bincang,pakat-pakat tengok,baru seronok,buka meja discuss,baru urban.mak bapak pun suka.....

jogho..manusia suka lagakan lembu dan manusia suka lagakan manusia...hati-hati noh


Sabtu, 26 Februari 2011

tak habis-habis













tolong jangan hardore sangat benda alah tuh!

baik mentelaah pelajaran......

exam tak lama dah.....

bulan oct













boleh tapi kurangkan lah...

Jumaat, 25 Februari 2011

kita part 1

hari jumaat..hari utama dalam tujuh hari seminggu.hari yang terjadi padanya Qiamat..syukur,minggu ujian sudah selesai.tak mahu ulas apa-apa mengenainya.

Ada masa kita gembira.ada masa kita sedih.ada masa kita blurr...

Letih..jumpa satu manusia yang suka melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan diri tanpa menghiraukan orang lain.Bila diberitahu tak mahu bertanggungjawab.Payah.Sampai bila pun tak akan maju.Dulu bukan main pangkah member sebelah, buat ini salah buat itu salah.

"jangan terlalu berlebihan dalam sesuatu perkara yang kita tak suka,bimbang Tuhan balikkan perkara itu kepada kita"

masih segar kalam seorang senior di muassasah......

Khamis, 24 Februari 2011

rambut pendek kemas



rambut itu bukanlah benda yang scarce...ianya tumbuh kembali.....










credit to:azreek

Selasa, 22 Februari 2011

pusingpusing

sekarang saya tengok dunia pusing-pusing...tengok dinding dalam bilik pusing-pusing juga....keluar tengok flora pun ada pusing-pusing sikit..ramai yang tak tau hal sebenar then suka buat tuduhan melulu...suka cakap ikut sedap mulut...rugi lah,nikmat bercakap Yang Esa kurniakan disalah guna..disuruh buat pahala tapi dipakai untuk menjana dosa...itu silap kita.hari-hari saya tengok....saya jumpa sepanjang jalan dari titibesi kepala batas pokoksena dan kawasan sekitar...kerana pulut,durian binasa..

sakit sikit...dituduh alasan....malas...saya jemu untuk bersemuka dengan manusia sebegini...tak pernah nak bersangka baik dengan makhluk lain...

harapan orang tua saya tak pernah dilupai...saya genggam erat....cita-cita sudah ada.

bosan dengan sikap sesetengah manusia yang suka mencari kelemahan manusia lain.bukan tak dak kerja lain nak dibuat,tapi semacam satu habit...tak senang duduk kalau sehari tak buat..

sekarang titibesi dilanda kering kontang...suhu sikit lagi nak sama dengan gurun sahara..badan pun sudah lemah-lemah...antibodi lemah,boleh jatuh sakit..sakit pulak bukan calang-calang...boleh lihat dinding pusing-pusing...ini yang sedang saya alami sekarang..keluar air celah hidung...itu tanda-tanda awal selsema..balik redah kedinginan pagi memang mencabar..tidur hala kipas kat kepala memang mujarab untuk menjemput penyakit demam dan selsema pusing-pusing dunia....insaf...saya mahu cepat lega...semua TUHAN punya kuasa....saya usaha cari penawar....

ujian..ini saya punya pandangan...
kalau ujian yang Tuhan datangkan boleh ditempuhi dengan penuh etika sebagai muslim sejati...memang salute habis!

ini cerita pasal budak budak sekolah rendah yang ujian bulanan....
tak habis-habis meniru...lelaki perempuan sama...tapi bukan semua....
bila nak berubah tak tau.....



sakit...rugi kot tak dapat hadir kesekolah....apa boleh buat...kalau tengah-tengah jawab ujian,ayaq hidung leleh kena kertas ujian,sapa nak tolong lap???jawab jawab!...pitam tiba-tiba lagi jenuh.....nasib badan.....

Isnin, 21 Februari 2011

sekali sekala izinkan saya berdamai

dulu..masa mengaji sana..tak dak pun macam sekarang...
dulu...masa mengaji sana.....tak perlu pun buat benda-benda macam ini....
sekarang bila dah ada sini...baru terhegeh-hegeh nak buat...

dalam punya rasa jangan cakap lah....mai mana punya perasaan tak payah cerita...
ada kata normal...poyo

esok lusa tulat....semua tak dak cerita lain....kalau hebat sangat tak mai sini la...baik tunggu date,amik kertas duduk kemudian jawab...habis cerita....

tapi itu bukan cara saya...hidup jangan kelam kabut sangat boleh??
bersepah-sepah ayat syok sendiri...bukan senang nak bagi semua orang rasa itu

sekarang pun dah ramai cuba senyap-senyap curi masuk...kemudian bawa lari apa yang patut....
kalau agak dah payah sangat nak faham kondisi masa sekarang...pergi ambik beg...bawak lari sejauh mungkin....

saya pun dah pernah lalui semua tu...buat apa nak takut....cakap pakai kepala lutut....
payah nak cari orang yang true bagus.....bukan buat-buat bagus..



kadang-kadang tulis benda mengarut macam ini boleh mendamai otak....

aku rasa,baik hampa semua percaya...

otak pusing-pusing pkiaq masaalah negara....
lebih teruk dari datuk najib 1 malaysia saya rasa.....

Jumaat, 18 Februari 2011

post MUDAH

Minggu ujian..saya akan cuba buat yang baik...entah kenapa hati berbisik mengatakan ianya mudah,dan hanya perlukan sekelumit usaha untuk terus bertahan pada tahap sekarang...

Mudah..sudah terbiasa agaknya dengan cara mudah...semuanya mudah..jalan jauh pun sampai juga...jalan dekat pun sampai... 'lebih baik jalan dekat'

Padat juga susunan uijan..hati berbisik mengatakan ianya mudah

Plan semua mau mantap..niat ikhlas..mula dengan nama ALLAH...mudah

Guru..sentiasa hormat dan mendoakan guru....mudah

benda mudah jangan terlalu dipermudah....
jangan memudahkan perkara yang mudah....

hidup ini mudah.....semudah yang mungkin jika ikut landasan-NYA...

tiada yang tak mudah...melainkan mudah mudah belaka.....

kadang-kadang pelik,masih ada manusia yang suka menyukarkan benda yang mudah...mahukan cabaran katanya...

ada pula yang payah nak permudahkan......akhirnya langsung tak jadi.....

ambil mudah biar berpada-pada.....kalau memang sejak azali sudah mudah...mudahlah....

sijil tinggi agama 1malaysia itu mudah







lawak punya kawan.....teruslah lawak agar tiada yang suram dalam hidup kita ini

Selasa, 15 Februari 2011

dream

A dream you dream alone is only a dream.
A dream you dream together is reality"
- John Lennon-





celah mana mai post BI...test test.....ready for MUET...err

Isnin, 14 Februari 2011

kisah wanita yang berbicara dengan ayat QURAN

Hari ini ziarah blog senior di Muassasah.terjumpa artikel ni,lantas fikiran kembali mengimbas ceramah utaz Nizam bin Noh semasa taklimat Perhimpunan Pelajar Islam.Selama ini tercari-cari,syukur,Tuhan pertemukan pada hari ini....ALHAMDULILLAH...


Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta'ala :Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit.Dalam dialog tersebut, wanita tua itu setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dia menjawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun jawabannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah : "Assalamu'alaikum warahmatul-Lahi wabarakaatuh."

Wanita tua : {سَلاَمٌ قَوْلاً مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ} (يس/58) Maksudnya : Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani

Abdullah : Semoga Allah merahmati anda,

Abdullah:mengapa anda berada di tempat ini?"

Wanita tua : {مَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ } (الأعراف/186) Maksudnya : Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya.

Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.

Abdullah : "Kemana anda hendak pergi?"

Wanita tua : {سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى } (الإسراء/1) Maksudnya : Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari masjid haram ke masjid aqsa

Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.

Abdullah : "Sudah berapa lama anda berada di sini?"

Wanita tua : { ثَلاَثَ لَيَالٍ سَوِيًّا} (مريم/10) Maksudnya : Selama tiga malam dalam keadaan sihat

Abdullah : "Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?"

Wanita tua : { هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ} (الشعراء/79) Maksudnya : Dialah Allah pemberi aku makan dan minum

Abdullah : "Dengan apa anda melakukan wudhu?"

Wanita tua : { فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا } (المائدة/6)Maksudnya : Bila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih

Abdullah : "Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya?"

Wanita tua : { ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ} (البقرة/187) Maksudnya : Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam , maghrib

Abdullah : "Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?"

Wanita tua : {وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ} (البقرة/184). Maksudnya : Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

Abdullah : "Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?"

Wanita tua : {مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ} (ق/18) Maksudnya : Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid.

Abdullah : "Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?"

Wanita tua : {وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً} (الإسراء/36)Maksudnya : Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggung jawabkan

Abdullah : "Saya telah berbuat salah, maafkan saya."

Wanita tua : { لاَ تَثْرِيبَ عَلَيْكُمْ الْيَوْمَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ} (يوسف/92)Maksudnya : Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.

Abdullah : "Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, karena anda akan menjumpai kafilah yang di depan."

Wanita tua : { وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ} (البقرة/197)Maksudnya : Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah.

Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :

Wanita tua : {قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ} (النور/30) Maksdunya : Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan merekaMaka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan ia mengendarai untaku.

Tetapi tiba-tibaterdengar sobekan pakaiannya, karena unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu berucap lagi.

Wanita tua : {وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ } (الشورى/30)Maksudnya : Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri.

Selesai mengikat unta itu saya pun mempersilahkan wanita tua itu naik.

Wanita tua : { سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ}13) { وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ }(الزخرف/14)Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali
Sayapun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita tua itu berkata lagi.

Wanita tua : {وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ} (لقمان/19) Maksudnya : Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu.

Lalu aku jadikan unta itu jalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair.

Wanita tua : {فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْ الْقُرْآنِ} (المزمل/20) Maksudnya : Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur'an.

Abdullah : "Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak."

Wanita tua : وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُوا الأَلْبَابِ} (البقرة/269) Maksudnya : Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmuDalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.

Abdullah : "Apakah anda mempunyai suami?"

Wanita tua : { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ} (المائدة/101)Maksudnya : Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu
Maka aku senyap seketika sehingga berjumpa dengan kafilah di depan kami.

Abdullah : "Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?"

Wanita tua : {الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا} (الكهف/46) Maksudnya : Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia.

Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.

Abdullah : "Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?"

Wanita tua : {وَعَلاَمَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ} (النحل/16).Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk

Dari jawaban ini dapat saya fahami bahwa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk.

Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkemahan.

Abdullah : "Adakah kamu kenal orang yang berada dalam kemah ini?"

Wanita tua : {وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلاً} (النساء/125)Maksudnya : Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang nabi yang dikasihi
: {وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا} (النساء/164) Maksudnya : Dan Allah berkata-kata kepada Musa
: {يَا يَحْيَى خُذْ الْكِتَابَ بِقُوَّة} (مريم/12) : Wahai Yahya pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh

Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut.

Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu.

Wanita tua : {فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَى طَعَامًا فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِنْهُ} (الكهف/19)Maksudnya : Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :

Wanita tua : {كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الأَيَّامِ الْخَالِيَةِ} (الحاقة/24)Maksdunya : Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu.

Abdullah : "Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku tidak akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.

"Ketiga anak muda ini secara serentak berkata :"Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat AlQur'an, hanya karena bimbang tersalah bicara.

"Lalu Abdullah bin Mubarak berkata Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinyadan berkata : ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ} (الحديد/21)
Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar..


Dipetik dari kitab : KaifaTahfazul Quran ( DR Mustafa Murad )


semoga semua kita berolah manfaat dari kisah ini...
(post copypaste sahaja)

Sabtu, 12 Februari 2011

rindu dan mahu

Lembut angin menyapa tubuh,tapi langsung tidak terasa di gelodak hati.Fikiran diputar,mengingati detik-detik indah bersama teman-teman yang kini membawa haluan masing-masing.

Rindu.Rindu teman-teman,rindu guru-guru.Kadang-kadang dalam hidup ini,kita terpaksa lepaskan yang baik untuk menggapai yang TERBAIK.



















saya mahu sesuatu yang lain dalam hubungan ini....tapi masih dalam linkungan RAHMAT dan REDHA Tuhan........

Sabtu, 5 Februari 2011

Morning glory glory


hari ini saya sudah berubah..selalunya bila hujung minggu begini saya akan membalas dendam.
tapi hari ini saya lebih tenang untuk tidak membalas dendam..

saya pelik..manusia yang suka berdendam..yang suka berbalah,yang suka bertelagah dan macam-macam lah,semuanya sukakan ketegangan....

hati rosak.syaitan dan nafsu menguasai..saya pernah juga sampai satu tahap cuba mencari positifnya dendam

ada.tiada.ada.tiada.
dendam dengan musuh ISLAM,kuffar yang sedang berusaha menghancurkan PALESTIN dan AL AQSA.......why not???!!

dendam sesama kawan-kawan..ada..
tengok muka pun dah hangin satu badan..kadang-kadang terbawa sampai ke hari tua..

sudahlah.....usahlah berdendam..sejukkan hati dengan mengingati-NYA


post pertama pada pagi hari minggu......yeah!

Jumaat, 4 Februari 2011

dimana silapnya


entah kenapa hari ini saya rasa sangat kosong..saya manusia lemah.tidak punya kekuatan unutk meraih segala kenikmtan ..


dimana saya boleh dapatkan sesuatu yang saya cari selama ini...


semuanya berlalu dan datang bertandang tanpa amaran....


saya lemah.....dimana kekuatan....



saya tak mahu gagal lagi...saya tak mahu kecewa lagi...

saya hanya mahu manis dan gembira sahaja.....


tapi...saya hanya manusia,pelakon cerita....


kekuatan saya


TADAH TANGAN DAN BERDOA...


YA TUHANKU.

PADA-MU AKU BERSERAH...

KU POHON KEKUATAN...

KU POHON SINAR KETENANGAN....

amin YA RABB