Khamis, 21 Julai 2011

biasa-biasa aja.

*hafaz quran
*hafaz hadith
*belajar hormat guru
*jaga berkat ilmu
*meletakkan niat menuntut ilmu tidak lain hanya KERNA ALLAH.

hebat.manusia hebat lahir dari institusi yang hebat.mana saya belajar semua benda-benda hebat nie...tu ha,badges ada di atas,sekali alamat.Tempoh 6 tahun bermula '05 hatta '10.
Bukan calang-calang yang bisa melepasi tahap shahadah nihaiyyah.yang betul-betul terpilih saja.

Lambang BULAN ditengah mata pena dah bagitahu mesej yang jelas kepada geng-geng keris tak bersarung.Jangan coba-coba dekat jika niat jahat.melakar Sejarah tersendiri demi mempertahankan tanah untuk membangunkan intitusi atas nama islam.Jasa mereka terdahulu dibayar dengan lahirnya generasi berilmu yang akan bangkit mempertahankan Islam kelak.




*Bukan calang-calang manusia nak stay sini.Ada masa nanti saya bicara lebih lebar.Lebih dalam.Biar semua tahu,saya dari tempat yang hebat,walaupun saya tak hebat..wiuuu..~~

Khamis, 14 Julai 2011

punya cara masing masing


"Jangan biar ideologi pisahkan kita. Biar semua ada pemikiran masing-masing. Baik berfikir dari tak berfikir. Bila berkawan, kawan itu kita tak ambil badannya saja. Kita ambil mindanya juga; seluruhnya dia. Jangan anggap kawan kita tak boleh berfikir.

Accept differences instead of going around telling people which side to choose"





*petikan dari wani ardy.





Rabu, 6 Julai 2011

sabar dan berfikir.

saya sedikit terkilan dengan segelintir kita yang terlalu meremeh-remehkan dosa pahala.Jika manusia yang kurang mukalaf mungkin boleh dipertimbangkan lagi.Sikap yang tak sepatutnya dimilki oleh manusia yang sentiasa dihidang dengan quran,hadith,tauhid dan pelbagai cabang yang lain.

Alasan yang dicipta terlalu dangkal untuk mempertahankan diri sebagai pelaku maksiat.Tanjak sekali jika dikata bodoh.bangang dan yang sewaktu dengannya.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan,
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji


Quote diatas yang dikeluarkan.benar,indah,bagus.Bagaimana jika saya mengambil pendekatan,

'orang buat jahat dibalas jahat'

kadang-kadang manusia perlu diajar bagaimana menghormati perasaan orang lain,kesedaran datang dari ALLAH.KIta sebagai makhluk berusaha sehabis baik untuk mendapatkannya.

Maaf,saya betul-betul anti kepada orang yang seolah-olah meremehkan dosa pahala,syurga neraka.

Apa pun yang berlaku,saya tetap berlapang dada,cuba menerima dan berfikir apakah hikmah ujian yang Tuhan lemparkan kepada saya ketika ini.Dengan izinnya saya bersabar dan cuba memperbaiki diri sendiri.

Jangan kerana terlalu asyik dibuai nikmat dunia yang sementara,kita tenggelam punca dan jadi manusia rugi selama-lamanya.Biarlah saya dikatakan rugi kerana tidak melalui usia remaja yang penuh warna warni jika warna warni itu membuat saya beroleh kemurkaan ILLAHI.


*siapa kita hendak menolak takdir-Nya ??.

Sabtu, 2 Julai 2011

19




ingat nak upload banyak gambaq,slow pulak tenet hari nie.sabtu.2 julai 2011.genap umur 19.bukan senang nak makbapak nak bela sampai jadi besaq nie.bertambah umur semakin dekat mati.



dari cecair cinta dua manusia dari benih berumah dinding
dari darah beku ke daging ketul dari otot, tulang diselimut
dari organ anggota, kuku semua dari jasad menyambut tiupan ruh
sembilan belas tahun lalu dia lahir untuk aku
سبحان ألله


by wany ardy.


terima kaseh emak
terima kaseh bapa
tiada dapat dibalas segala jasa
hanya doa dikirim sampai bila-bila

*mood:tak dapat detect.

Jumaat, 1 Julai 2011

kongsi itu ambil berat.

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.

Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.

Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.

Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.

Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.

Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.

Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.
Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.

Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh.

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh!

Setakat “tak boleh”, lut ke?

Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)

Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.

Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”

Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.

Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya.Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.

Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,
kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.

Dan seperti kawan saya kata,
tempatnya cuma ada satu.

*copy paste dari wany ardy

karya beliau saya salute bangat.kurniaan TUHAN.