Rabu, 30 Julai 2014

Terima kasih Tuhan!

Cerita semalam indah betul.

Sampai ke cerah aku dok teringat.

Entah kali berapa aku hanya senyum sendirian.

Ah! Raya kali ini terlalu sempurna.

Di balik gembira, aku terfikir duka.

Entah macamana perasaan mereka, raya tanpa yang tercinta.

Macamana pula raya tanpa rumah.

Raya dengan hiba.

Raya dengan cela manusia.

Dunia ini penuh pro dan contra.

Cinta dan hasad.

Aku bersyukur ada dikalangan cinta.

Terima kasih Tuhan!

Jumaat, 25 Julai 2014

Catatan Ramadan 26

Minggu lepas aku sempat habiskan sebuah karya dari seberang. Ya, karya hebat dari manusia hebat. Buya Hamka. Karyanya yang bertajuk Tenggelamnya Kapal Van der Wijck. Buku tersebut aku beli dari seorang brader dari Jitra tahun lepas. Hampir separuh tahun juga aku simpan tak baca. Bukan apa, bahasa sastera Indonesia dalam buku tersebut terlalu pure, terlalu tinggi. Aku baca ada yang skip, tapi tak adalah sampai dua tiga helai. Ada sebaris dua yang aku rasakan tak akan mencacatkan pemahaman dan penghayatan terhadap sebuah karya power.

Zainuddin hero dan Hayati heroin. Kisah Zainuddin yang cintakan Hayati, kemudian diutus sekeping surat menceritakan isi hati pada Hayati, dalam surat tersebut juga ada disebut yang Zainuddin sudah sedia dengan apa jua jawapan dari  Hayati tentang perasaan Zainuddin terhadapnya.

Beruntung Zainuddin apabila kasihnya disambut.

Ok, aku main taip ja post ni sebenarnya.

Hari ni dah jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan. Kena pula malam ganjil 27, malam top untuk mengejar seribu bulan. Kata orang di facebook, benda begini jarang berlaku. Last kena ialah 35 tahun yang lalu.

Aku sempat titipkan pesanan kepada beberapa kenalan berkenaan perkara ini. Hidup kita biarlah saling ingat mengingat tentang kebaikkan.

Sambung cerita pasai Zainuddin dengan Hayati aku rasa malas.

Aku nak tumpu kerja amal malam 27.

Sekian.

Pokok Sena,
Julai 2014

Selasa, 22 Julai 2014

Acah acah.

Kalau betul ada superhero boleh kawal hati manusia. 

Aku nak jadi dan kawal hati kau suka aku.

Apa adanya. 

Sampai mati. 

Bolehkan? 


Isnin, 21 Julai 2014

Catatan Ramadan 23

Aku rasa hari ini dan semalam hari paling besar setakat menempuh hidup 22 tahun.

Hala tuju hidup masa depan sedang dikarang.

Kuasa Tuhan untuk approve.

Semoga aku dan engkau baik baik sahaja.

Kita tempuh barang mendatang dengan lapang dada.

Selasa, 15 Julai 2014

Catatan Ramadan dan tikus rumah sewa.

Ramadan ke 18.
Hampir dua minggu aku mula belajar.
Dan sejujurnya belum teruji dengan erti sebenar Ramadan.
Alhamdulillah. Tak banyak dugaan.
Aku sebenarnya nak beritahu perihal tikus di rumah sewa aku duduk sekarang.
Lain macam dia punya perangai.
Hobi geghit sabun mandi.
Masuk hari ni dah 5 biji.
Geghit dan bawak lari.
Kalau mintak elok elok aku boleh kira cara lagi.
Tapi mencuri.
Mencuri ni benda semua orang tak suka.
Agaknya inilah ujian Ramadhan untuk aku dan kawan rumah sewa pada tahun ini.
Siapa tak hangin bangun pagi nak mandi pergi kelas tapi sabun tak ada.
Mandi tak sabun ni koboi bolehlah.
Aku tak rasa ada kalangan rumah sewa aku sekarang ada manusia koboi.


Hati hati  dengan tikus rumah hangpa.
Aku rasa penyakit geghit dan bawak lari sabun mandi dah menular di kalangan masyarakat tikus.
Tikus menuju wawasan 2020 semakin mempunyai nilai intelek yang tinggi.
Tak mustahil sikit hari lagi mereka akan mencuri boxer dan pakaian dalam kita semua.

Ingat mengingati sesama insan ni kerja bagus, nak pulak bulan mulia begini.
Sekian.

Khamis, 10 Julai 2014

Ramadan ke 12

Selesai daftar kelas.

Next week mula belajar.

Aku tahu apa yang aku mahu.

Aku harap kamu juga tahu apa yang kamu mahu.

Aku harap kita semua baik baik sahaja.

Aku harap tiap kali lupa berdoa sendiri, aku masih dalam doa kamu yang mahu baik baik sahaja untuk aku.