Selasa, 31 Disember 2013

ratna 1

Melalui denai yang kian ditumbuhi semak samun, pokok tualang sebesar tiga pemeluk orang dewasa masih teguh. Disinilah, kira kira sepuluh tahun yang lalu aku berjanji dengan Ratna untuk sehidup semati dengannya. Kini Ratna sudah punya anak dua. Aku masih lagi menjadi lelaki kampung. Lelaki yang mengambil upah mengangkat dan menghantar barang barang runcit ke serata pekan. Air sungai yang mengalir jernih, kicauan burung yang kadang kala kedengaran membuat aku seakan kembali ke belakang, mengenang bagaimana sedihnya Ratna meninggalkan kampung untuk mengikuti keluarganya berpindah ke selatan tanah air. Berita tentang Ratna aku tahu melalui Aziz sepupunya Ratna. Pernah disaran padaku oleh Aziz agar berhubung telefon atau mengutus surat kepada Ratna bertanyakan khabar berita. Aku tolak dengan baik. Biarlah Ratna bahagia dengan keluarganya di sana.

Ratna gadis yang lembut sebagaimana budak perempuan lain. Matanya sepet seperti anak cina Ah Hong tukang jahit kasut di pekan Pokok Sena dan bercakap sedikit gagap. Sikapnya yang kuat cemburu dan mudah menangis. Cemburu dengan adiknya Murshid. Aku selalu menjadi bahu dan telinga untuknya meluah segala perasaan. Menceritakan Murshid yang selalu membulinya. Kata Ratna, ibu dan bapanya hanya sayangkan Murshid. Tidak timbul rasa bosan jika aku bersama Ratna. Ada sahaja ceritanya walaupun kadang kala aku rasa seakan mahu pergi jauh dari Ratna. Biar aku tidak mendengar cerita sedih Ratna. Biar aku tidak berasa sedih dan menangis. Selesai sahaja Ratna bercerita, aku akan berikan Ratna asam katak. Aku tahu itu kegemaran Ratna. Makan dan kemudiannya aku akan cuba hiburkan Ratna dengan pelbagai cara dan cerita. Aku tidak tahu dari mana datangnya  idea sebegitu. Bersama Ratna hidup aku menjadi berwarna.

Aku kemari dengan tujuan hanya mahu memungut rotan untuk dibawa ke pekan sehari esok pagi. Sudah ada pemborong yang mahukannya. Sebelah malam kalau aku masih punya kudrat, akanku pergi belajar alquran dengan Guru Yahya. Seorang imam dikampung tempat aku tinggal. Umurku sudah dikira lanjut untuk belajar mengaji berbanding murid guru yahya yang lain. Aku sudah dua puluh tahun hidup di dunia ini, sedangkan Azim, Jamal, Hidayah, Zubaidah dan beberapa orang lagi murid kebanyakkannya sekolah rendah sekitar darjah empat dan lima. Berulang kali juga aku ditertawa oleh Jali dan kawan kawannya yang melepak di simpang kampung. Katanya tua tua baru hendak belajar mengaji. Aku diamkan sahaja. Pesan guru Yahya, kita belajar ilmu tidak perlu malu. Kerna saranan Nabi untuk umatnya ialah belajar dari dalam buaian hingga hari kematian. Biarlah malu di dunia yang sementara sebelum senyum girang di akhirat sana.

Selasa, 26 November 2013

tok

Tadi tengahari bapak aku ada kupas nyok muda untuk diminum tengahari. Nyok pula diambil dari rumah Tok Gayah. Kelmarin dulu dua orang brader kampung aku tebas pokok nyok tok. Makanya banyaklah buah nyok yang gugur, bapak aku ambil dua tiga biji bawa balik rumah. Bila dikupas, nyok yang disangka muda tidak muda sangat. Nyok dalam golongan pertengahan. Tiada hingus isinya. Jadi emak suruh aku pi ambil lagi sebiji dua nyok yang muda untuk diambil 'hingus'.

Kereta Honda kadiax yang kerap kali problem aku gunakan untuk ambik nyok. Sesampainya dirumah tok, aku jengul kepala depan pintu. Aku bagitau kat tok, nak ambik buah nyok sikit. Dengan kudrat tak seberapa, tok yang sedang lepak tengok tivi (sinetron barangkali) bergegas keluar depan rumah, waktu dalam lingkungan 12 lebih. Timing standard untuk lunch.

Aku tanya, nak ambil nyok muda sebiji dua tok, nak minum air. Yang mana nyok muda?
Tok kata tak banyak nyok muda, hat masak banyak la. Tok suruh aku goncang dulu, kalau dengar air kocak tu nyok masak. Aku pun goncang dengan menurut arahan. Ada tiga biji nyok yang aku goncang dengar air tak kocak. Aku ambik taruk dalam kereta. Tok yang dok mencangkung depan beranda rumah suruh aku ambik lagi. Aku kata cukuplah, kat rumah pun bapak dah kupas dua biji nyok yang separa tua. Tok suruh ambik juga, tapi nyok masaklah. Ambik nanti boleh guna santan. Aku ambik lagi sebiji.

Sebenarnya nyok muda tok dah kelaskan. Nyok muda ada dalam 7 8 biji di tangga beranda depan rumah. Mak kata buah nyok tu Tok simpan habuan pakcik Anwar nak balik hujung minggu ni. Tok offer dua biji nyok muda yang tok simpan. Aku tolak. Cukup kata aku. Ni pun dah banyak. Tok suruh ambik jugak jugak. Aku ambik sebiji taruk dalam kereta. Tok suruh ambik sebiji lagi. Katanya tak cukup. Aku tolak. Kata cukup. Lagi pula tu buah yang disimpan. Tok paksa juga. Aku mengalah ambik lagi sebiji. Maka kuranglah buah nyok muda simpanan tok. Aku pulang rumah dengan senyum lebar. Sayang betul tok dengan aku.

Malam ini, aku dok rumah tok karang cerita ini. Sebelum maghrib aku mai, guna wifi rumah tok, wifi rumah aku dah dua hari tak ada line. Lampunya asyik merah sahaja. Selepas isyak, tekak aku dahaga, mintak dibasahi air dingin. Aku masuk dapur, buka peti ais satu dekat meja makan. Tak ada air. Tak ada ais ketul. Aku buka pula peti ais dua, yang ada tengah dapur. Aku buka, ada ais ketul besar dalam kampit plastik. Besar dan renyah nak kena ketuk. Aku tanya tok. Ais ketui ada dak tok. Tok kata ada, dalam tupperware, belah tepi tempat ais. Aku buka semula, ada ais ketui. Aku syak tu ais ketui kepunyaan tok. Tok suruh isi ayaq dalam bekas tu untuk keluarkan ais. Aku isi dan keluarkan separuh. Tok suruh ambik semua. Semua banyak sangat aku kata, Hadi sorang ja. Tok suruh ambik jugak jugak. Kali ni aku tak ambik. Cukup separuh ais ketui untuk diletak dalam mug kecil. Tok siap offer ayaq gula suruh aku bancuh. Aku hanya isi dengan ayaq tapis tepi sinki. Kemudian aku isikan balik air dalam tupperware dan letak dalam frozen semula. Bila pikiaq balik, Tok tak mau cucu dia sorang ni tak cukup benda makan minum. Hehehehehehe.
Ini belum lagi cerita tok masak sedap, kemudian bila salam tok masa nak pi mengaji, tok pesan suruh ngaji rajin rajin, elok elok. Sampai aku masuk kuin. tok akan akan pesan benda sama. Walaupun kadang kadang sahaja salam dengan tok. Moga Allah rahmati dan kasihkan tok macam tok kasih anak anak dan cucu cucu dia. Amin. :)


Ahad, 10 November 2013

Idea lari

"Sekali lagi. Idea itu lari sebelum sempat ditangakap dikurung sini. Haih la"

Selasa, 5 November 2013

siri bercerita azzam ( kerja senang)

Apa khabar semueee? Sihat keee? Hari ini Azzam nak cerita pasal orang yang suka buat kerja berkumpulan tapi tak mau ambik bahagian. Macam gampang kan bunyinyeee? Azzam dah buat keputusan, kata ganti diri akan digunapakai untuk post akan datang ialah nama Azzam sendiri. Untuk post pertama hari itu Azzam gunakan ana, tapi Azzam rasa macam tak berapa nak ngam lah dengan semangat rambo yang wujud dalam diri Azzam.

Dua minggu lepas, Azzam ditugaskan buat assignment, tidaklah banyak sangat muka surat yang lecturer minta, ada dalam 30 helai lebih kurang. Buat kerja tersebut pula secara berkumpulan iaitu sebanyak lima kepala satu kumpulan. 30 helai bahagi 5 kepala, tidaklah banyak sangat dan tidak menjadi keberatan.

Standard studentlah buat kerja last minit. Sepatutnya assignment yang dihantar dua minggu selepas tarikh perbentangan telah Azzam dan rakan rakan ingkari. Hampir sebulan jugalah terlajak dari tarikh sebenar. Tangguh punya tangguh, sampai study week, gila betul. Bila hal yang sedemikian terjadi, maka Azzam dan rakan rakan ligatlah buat kerja siapkan assignment. Yang paling tak tahannya hanya Azzam dan dua lagi rakan. Baki lagi dua pemalas dengan memberi alasan, deme juga ada assignment yang perlu disiapkan. Azzam jadi panaslah. Assignment group Azzam deme tak mau join. Kenapa tak reti bahagikan masa buat dua assignment.

Azzam terasa seperti dipergunakan. Walaupun Azzam budak baik, tetapi hal yang sedemikian tidak sepatutnya dibuat. Jadinya, Azzam bersama latiff iaitu budak sekampung dengan Azzam yang pulun siapkan assignment tersebut. Lagi sa-orang bernama Subkidin, orang Melaka. Budak nama Subkidin pun jenis lepas tangan jugak. Siap taip 3 helai lepastu belah dengan rasa tak bersalah. Maka Azzam dengan Latiff sahaja yang buat allignment, justify, spacing dan apa pala lagi.

Azzam bukanlah nak berkira. Tetapi bila kerja berkumpulan, datanglah join sekali. Bagi support,baru ada teamwork. Bila jadi begini, Azzam rasa macam assignment Azzam dengan Latiff sahaja. Gila apa, nak mudah kerja.


Kata mudahnya, lagi tiga kepala duduk bersenang lenang dan dapat markah serupa dengan Azzam dan juga Latiff. Kalau dilihat dari sudut yang lain, Azzam dan Latiff lah yang lebih beruntung dalam hal ini, tapi Azzam tetap tak puas hati. Kah kah kah!

Jadi, kalau nak pilih partner dalam kerja berkumpulan, pilihlah yang kita kenal dan tahu sikap mereka. Jumpa lagi !


Khamis, 24 Oktober 2013

catatan hujung minggu

Hari ini ada sembang sembang dalam group whatapp jasa.

Rancang nak buat reunion.

Nama sahaja reunion.

Padahal majlis makan makan.

Ok lah tu.

Bila semua masuk belajar, susah dah nak kumpul sama sama.

Walaupun kehadiran tidak semua.

Tapi ada rasa susah nak dicerita.

Hangpa kena rasa sendiri.

Bila ada kawan sehidup, semati( mati lain lain).

Biarlah tak ada orang tahu.

Allah pasti tahu.

Nanti semua dah masuk belajar.

Hanya boleh melawak dalam alam maya.

Aku tak segan nak mengatakan rindu.

Nak mengatakan kasih.

Buat apa sampai nak naikkan bulu.

Bukankah kasihkan sahabat sebahagian dari iman.

Heh! Tak tahu ke?

Pergi selak hadith, apa Rasulullah pesan.

Tauuuuu.


*aku kurang sihat sikit ni. esok baiklah hendaknya. :)

Rabu, 23 Oktober 2013

Siri bercerita Azzam

Assalamualaikum. Nama ana Abdullah Azzam bin Umar. Ana pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang Undang. Umur ana masih muda. Berapa biarlah rahsia. Ana lahir di Hospital Alor Star. Dulunya dikenali dengan nama Hospital Besar Alor Star. Nama Abdullah Azzam ni emak ana yang letak. Kata emak ana, tokwan ana dulu teringin sangat turun berjihad bersama As-syahid Abdullah Azzam, tapi tak kesampaian apabila dia mati muda. Mati dibaham harimau semasa menjalankan tugas sebagai pegawai perhilitan. Sebab itulah, emak memberikan nama Abdullah Azzam. Mengenangkan semangat jihad tokwan, emak ana meletakkan nama seorang tokoh pejuang islam yang hebat. Bahkan, nama adik beradik ana yang lain semuanya nama pejuang islam. Abang sulung bernama Umar Mukhtar bin Umar, yang kedua bernama Ahmad Yassin dan adik ana bernama Rabiatul Adawiyah.

 Kerja ana sekarang belajar. Pengajian di tahun dua sekarang agak mencabar. Semasa tahun satu, ana punyalah malas. Sampaikan assignment copy yang kawan kawan senior. Ana tak panggil abang senior. Mereka macam tak layak ana nak panggil abang. Pemalas macam ana juga,kehadiran kelas suruh kawan kawan yang tanda. Tapi sekarang ana jadi rajin sedikit. Ana mula sedar, ilmu yang ana dapat nanti akan menjadi hujjah dihadapan Allah. Sebenarnya, pada permulaan ana belajar, ana tak berapa nak suka sebab tempat ana belajar , salah satu sebab ialah tak berprofil tinggi. Bayangkan, stam maqbul pun diterima. Senang cerita macam tak elit berbangding ipt yang lain seperti uia, ukm dan sebagainya. Sebab yang lain ialah prasarana serupa gampang, bangunan bangunan kelas seperti kedai makan. Kelas air condtion macam tak pernah servis. Bila difirkan semula, benda benda sebegitu membuatkan pelajar yang rajin semakin rajin dan yang malas semakin malas.

Sekarang bila dengar cerita kawan kawan ana yang belajar di ipt yang disebutkan tadi, ana rasa bersyukur. Kehidupan di sana lebih mencabar berbanding tempat ana belajar sekarang. Bayangkan, hadir kelas memakai selipar kena denda 50rm. Tak pakai tali leher, tak gantung kad matrik, semua itu kena denda. Kalau tempat ana belajar sekarang, hadir kelas pakai selipar, baju t berkolar, kad matrik simpan dalam dompet, tak ada siapa nak tegur apatah lagi denda 50rm. Sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kesenangan ana di tempat ana belajar sekarang, tapi cukuplah buat masa ini.

Oklah! Ana ada kelas lima belas minit dari sekarang. Ana kena copy paste dan print out assignment budak sem lepas, sebab hari ini tarikh akhir penyerahan assignment subjek tajwid. Jumpa lagi!

Isnin, 21 Oktober 2013

retro sekolah menengah 4

Tahun 2010

Hari aku tak ingat. Tapi geng kahfi memang tak pernah bersedia dengan kejadian yang akan berlaku pada hari tersebut. Pagi itu rutin macam biasa bagi aku dengan lima lagi kawan. Siapa bangun awal akan naik musolla jemaah subuh. Kalau lewat pun pergi juga. Sebenarnya lewat subuh bagi geng kahfi boleh diklasifikasikan kepada beberapa peringkat. Satu, lewat standard. Lewat yang naik musolla, ngam-ngam imam bagi salam. Maka akan ada jemaah baru di bahagian belakang musolla. Lewat standard II, naik musolla tapi jemaah dah baca surah waqi'ah. Lewat sebegini selalunya akan melencong ke bilik gerakan atau nama sedap sikit bilik sardin. Tak cengei lah kalau budak-budak bawah jagaan kami tengok abang-abang lewat subuh sampai orang baca surah baru nak mai. Kuranglah thiqah. Bilik  sardin ialah lepak/study sabu dengan ahlul, budak kelas aku juga. Kelengkapan bilik sardin boleh dikatakan solid juga. Ada meja study, ada toto, kipas angin dan suis charge handphone. Yang yang paling tak standard ialah bangun mandi pukui 7 skali dengan qadha subuh.

Bilik kahfi ialah bilik paling hujung. Asrama budak lelaki duduk time tu ialah bekas asrama perempuan. Blog yang berbentuk U dengan ada tangga ditengah tengah( di lengkung U). Bilik kahfi juga bilik yang paling hampir dengan blok asrama perempuan. Ada dua bilik yang paling hampir dengan blok asrama perempuan, tapi hanya satu yang berpenghuni. Iaitu pelajar 3 thanawi. Tahun 2010 adalah tahun ketiga aku mendiami asrama tersebut dan pada 2010 bilik hujung itu juga dibuka kali pertama untuk diduduki. Maknanya, batch 3 thanawi sebelum itu semuanya duduk bilik bawah. Aku pernah fikir juga hal tersebut. Kenapa warden beri keizinan untuk menduduki asrama tersebut yang mana port paling hampir dengan asrama perempuan dan paling jelas untuk ditebuk lubang melihat kawasan larangan.

bersambung

Sabtu, 19 Oktober 2013

retro sekolah menengah tiga

Sekitar tahun 2005, aku tingkatan satu ikdadi Bukhori. Lagi satu kelas satu ikdadi Muslim. Bukhori kira kelas first la. Budak yang lulus interview saja masuk. Yang tak lulus masuk kelas Muslim. Seiingat aku masa tingkatan satu, kelas yang paling semua budak budak duduk diam dan tak berani nak sembang ialah kelas sirah. Kelas Ustaz Zainul. Dari budak tingkatan satu sampai tingkatan Enam kalau dengaq nama ustaz Zainul memang respek lain macam sikit. Tangan ustaz selalu pegang tasbih kalau tak mengajar. Bila bersyarah dalam kelas akan diselangi dengan selawat. Bila ustaz lalu tepi kelas, bau attar yang dipakai semerbak harum. Semua orang automatik diam. Sebelum mula mengajar, ustaz akan suruh tengok sampah bawah kat lantai, kalau ada kutip dan buang dalam tong sampah, butang baju mesti penuh kat tangan dan leher.

Nak dijadikan cerita, suatu hari time ust mengajar, ada sorang budak perempuan tunjuk pada ustaz sekeping surat cinta yang diletakkan bawah meja dia. Semua budak lelaki cuak termasuk aku dengan Naem, budak sebelah aku. Ustaz ambik surat tu, kemudian tanya satu kelas

"sapa letak surat bawah meja izzah"?

Sekoq pun tak mengaku. Budak izzah dari sridu, muka dia nak kata cun, cun la kot, kalau tidak takkan la nak ada budak letak surat bawah meja. Aku pernah usha saja, tapi tak adalah sampai berkenan. Budak kelas Muslim pun ramai usha dia. Tapi  sekarang aku tengok kat facebook, budak izzah tu dah tak cun macam dulu. Kalau hangpa nak tau, sekolah aku ni punya la nak jaga ikhtilat, pihak sekolah wujudkan sehelai kain pemisah ditengah kelas antara budak lelaki dengan perempuan. Kawasan lelaki sebelah depan, perempuan belakang. Bila guru masuk mengajar, budak perempuan akan buka tirai, kalau tak buka macama nak tengok papan hitam ye dak? Bila guru keluar, tirai akan ditarik balik. Alah, senang paham situasi dia macam kat masjid lah, jemaah perempuan solat dibelakang tirai. Kalau usha perempuan pun dah tak boleh, kesalahan hantar surat ni hangpa dah boleh agak lah macamana dia punya pergi.

Satu kelas senyap. Budak lelaki diam. Aku dengan Naem tunduk tengok kitab. 

"ustaz tanya ni, sapa letak surat bawah meja izzah"

Tak ada orang mengaku. Ust diam tunggu jawapan dari budak lelaki. Aku boleh agak, semua dada budak lelaki time tu mesti macam nak pecah dia punya ketaq. Beberapa hari sebelum tu, aku dengar cerita, ada budak satu ikdadi muslim kena katok kepala dengan batang penyapu. 

"tak ada orang mengaku tak apa, ustaz akan siasat benda ni, kalau  dapat tangkap, walahu azaban syadida"

Ustaz macam mengalah bila tak ada orang yang mengaku. Kalau tak salah aku, masa izzah bagi surat kat ustaz, isi surat ustaz ada baca. Satu kelas gelak, tapi gelak pun dalam nada perlahan. Tak berani gelak kuat kuat.

"sorang pun tak mengaku, ustaz nak tanya la ni, sapa pernah curi tengok muslimat kat belakang?"

Perghhhh. Ada lagi beban ketaq dada rupanya. Semua budak berlagak hero, tak mau mengaku. Malu beb kalau mengaku. Jatuh reputasi depan makwe. Senyap. Tak ada jawapan. 

" tak ada orang tengok? baguihnya kelas ni, ustaz tanya sekali lagi ni, siapa pernah curi tengok muslimat kat belakang?" nada ustaz tanya steady, tak tinggi sangat, tak rendah sangat. Aku rasa ustaz masih boleh kawal emosi. 

Aku macam nak mengaku, tapi bila pikiaq balik, kalau aku mengaku, ustaz akan cop aku budak kurang baik. Dah la sehari sebelum tu aku baru masuk kelas pengajian kelas tasauf dengan ustaz kat musolla selepas asar. Tak patutlah budak masuk pengajian tasauf curi tengok perempuan.

"baik tak ada orang mengaku, muslimat, siapa muslimin yang pernah kaleh belakang tengok antunna?"

Pergh pergh pergh, kali ni semua budak lelaki kelas satu ikdadi bukhori macam nak menangis. Memang tak boleh lari lagi dah. Tak boleh berlagak alim depan ustaz. Time tu aku perhati, semua budak lelaki tunduk kepala. Tak berani angkat. 

"arif, bangun." Ustaz suruh arif budak klang berdiri. 

"Farhan."

"fikri."

"Helmi."

"zafri"

"salehuddin"

"amin"

"lukman"

Kemudian ustaz berhenti sebut nama. 

"ada lagi dak muslimat?"

Senyap. Ok, dah tak ada. Aku dengan Naem tarik nafas lega. Hari tu, barulah aku faham makna sebenar 'dont judge book by its cover'. Lukman budak harapan guru, pendiam dan tak pernah miss solat jemaah, selalu join pengajian, tak pernah fly pun kantoi tengok perempuan. Ustaz tak ambil tindakan, cuma nak tengok muka muka yang boleh disyaki hantar surat lah kut. Sebenarnya ramai lagi yang pernah usha, mungkin berkat baca mathsurat selepas subuh, Allah tangguhkan dulu balasan. Selepas ustaz keluar, semua budak gelak kat lukman, tak kurang juga yang senyum sinis. Aku hanya geleng kepala sambil tengok lukman dan berterima kasih kepada budak perempuan yang tak tunjuk aku dengan naeem yang kerap juga tengok depa. Begitulah kehidupan, ada benda yang kita sukar nak percaya, kita kena percaya. keh keh keh.

Catatan oktober

Beberapa hari lepas, Naaem ada bagitau kat aku tentang berita gembira tentang salah seorang sahabat kami yang bakal menamatkan zaman bujang. Cumanya aku sedikit ralat apabila tidak dibagitau secara terus melalui dia (sahabat kami yang menikah). Sedikit terkilan sebenarnya apabila diperlakukan sedemikian. Bukanlah kawan sehari dua, bahkan dari 2005. Di bangku sekolah menengah, kemudian bersama menggila di pondok Ust Rifa'ie. Kemudian dia ke mesir, aku di malaysia. Bermacam andaian bermain di otak. Aku dengan Naeem berlagak cool habis. Tak apalah, kita hormat pendirian sahabat kita.

Sehari selepas berlangsung majlis, aku contact dia. Dalam perbualan kami, satu demi satu persoalan terungkai. segala telahan aku dengan Naem tidak betul sama sekali. Rupanya majlis tersebut dibuat secara ringkas habis. Jadinya kami( sahabat luar penang) tidak diberitahu dan dijemput ke majlis tersebut. Yang paling utama dia telah ketemui ketenangan yang selama ini dicari. Alhamdulillah. Lagi 2 atau 4 tahun baru akan diadakan majlis walimah. Aku rilek. Benda wajib dah setel. Niat beliau murni. Tak mahu menyusahkan kami untuk turun hadir ke majlis tersebut, tambahan pula di sebelah pihak perempuan. Katanya, memang sengaja dia merahsiakan hal ini daripada sebahagian kami. Tapi bagi aku dengan Naeem, punya pandangan berbeza sedikit. Ya sedikit. SEDIKIT, biasalah, lelaki, mesti tak mau kalah.

Kita (sebahagian sahabat) bukan lagi anak kecil untuk memahami majlis yang serba ringkas. Boleh sahaja diberitahu hal majlis pernikahan tapi tidak perlu kepada kehadiran kami.Celaka, aku tulis macam complicated. kah kah kah.

okay, macamni, apa yang aku fahamlah. Hal nikah ni hal besar. Ya. Dia boleh habaq< (contoh ayat) " 31 hb ni aku menikah hadi wei, tapi majlis buat ringkas gila. hangpa tak payah mai kot no, nanti lagi 2 tahun aku jemput, buat kenduri makan makan, pasang khemah apa semua. ok, aku cuma nak habaq tu ja. Status aku akan berubah. hangpa sebagai sahabat kena tau hal ni. Kita bukan orang lain dah. macam adik beradik".

Nampak dak? habaq tak semesti kami jugak kena hadir meraikan. Benda mudah. Ni bila tau dari mulut orang lain, tak berapa nak sedaplah. by the way, tahniah. Aku tumpang seronok. Sentiasa mendoakan kebahagian sahabat sahabat sampai bila bila. Insya Allah.

Kalau ada percanggahan apa yang aku tulis ni, ringakanlah untuk dihabaq cerita sebenar. Amacam?

Ahad, 29 September 2013

catatan hujung

engkau tahu bukan, aku ini sibuk. mengurus pelajaran bukanlah mudah sangat.
engkau tahu bukan. aku ini susah diagak. susah diteka.
jadi kenapa buang masa menunggu aku yang tak pernah ada masa kau mahu.

engkau juga tahu. DIA ada, tapi tidak kau adu.
kau lupa DIA.
Tak adil kau pada tubuh sendiri
pada hati yang ada rasa.
kau raikan sedih
kau jemput duka.
kau tak pernah suka begitu.
tapi kau tegar.
memilih rasa yang salah.

sekarang.
aku dengan jalanku.
engkau teruslah dengan jalan itu.
kita mungkin bisa berhubung.
tapi bukan selalu.



Isnin, 16 September 2013

test sikit

Pertama kalinya aku ditugaskan untuk membuat perincian berkenaan dengan hukuman mati bagi kes pembuangan bayi sehingga menyebabkan kematian, satu penelitian dari sudut undang undang dan hukum.

Suka aku mengulas mengenai dari perspektif undang undang sivil terlebih dahulu, perlu diingatkan, tulisan ini aku buat secara kasar. Kes pembuangan bayi bukanlah baru di negara kita Malaysia. Secara amnya, kita ketahui, punca pembuangan bayi ialah si ibu tidak mahu membela anak yang dikandung, malu mengandung anak luar nikah, tertekan dengan sikap lelaki yang lepas tangan. Punca masalah ini boleh dikatakan kurangya didikan agama terhadap seseorang individu.

Untuk pengetahuan semua, hukuman mati bagi kes pembuangan bayi sehingga mati diputuskan oleh kabinet pada tahun 2010 bertarikh 13 Ogos, rujuk sini . Sebelum itu, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut seksyen 31 akta kanak kanak yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM 20, 000 atau penjara 10 tahun atau kedua duanya sekali.

Kabinet memutuskan seksyen 302 kanun keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati manakala kes cubaan membunuh mengikut seksyen 307 kanun sama membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, bermula tahun 2004, kejadian pembuangan bayi dicatatkan sebanyak 78 kes, pada tahun 2005 sebanyak 67 kes, pada tahun 2006 sebanyak 83 dan berlaku penurunan pada 2007 sebanyak 76 kes dicatatkan. Kemudian pada tahun 2008, PDRM mencatatkan kejadian kes yang tertinggi sebanyak 102 kes, pada tahun 2009 sebanyak 79 kes dicatatkan dan pada tahun 2010 dari Januari sehingga Ogos sebanyak 70 kes. Semuanya berjumlah 555 kes. Daripada jumlah tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin mengatakan bawah 214 bayi yang ditemui masih hidup manakala bakinya sudah meninggal dunia.

Umum kita mengetahui, pada zaman jahiliyyah, kaum arab akan membunuh anak perempuan yang dilahirkan, pada zaman firaun, anak lelaki akan dibunuh kerana takut akan berita yang kuasanya akan digugat oleh seorang lelaki dizamannya, dan masyarakat kita hari ini lebih teruk apabila membuang bayi yang tidak mengetahui apa apa samada anak lelaki ataupun perempuan.

Ada yang bertanya, adakah adil pesalah kita menghukum pesalah yang membuang bayi sehingga mati dengan hukuman bunuh, saya tampilkan, dalam islam juga diperuntukkan hukuman qisas(rujuk sini) ataupun bunuh balas jika dibabitkan salah dan cukup syarat untuk dihukum bunuh.

Masalah pembuangan bayi ini adalah impak daripada masalah lain yang wujud lebih awal seperti pergaulan bebas, pengaruh kawan kawan, capaian mudah untuk bahan bahan lucah dari segi bacaan, pertuturan dan tayangan.








Isnin, 9 September 2013

malas

hujan hampir setiap hari.

cuaca mestilah redup dan sejuk.

bila sejuk jadilah malas.

bila malas akibatnya bodoh.

orang yang buat alasan macam ni akan gagal mengejar cita cita.

siapa nak jadi gagal ikutlah sifir aku bagi ni.


Ahad, 18 Ogos 2013

catatan ringkas #1

ketika post ini ditulis,aku masih lagi terkial kial pening dengan sistem ciptaan manusia.

nak belajar pun susah macam gampang.

kelas berterabur,berlaga.

menyusahkan semua manusia.

siapa yang tahu,tahulah.

bukan tugas aku menjaja isi buruk sistem ciptaan manusia.

tapi mujurlah, aku ada kesabaran yang menggunung.

macamana aku boleh punya kesabaran itu biarlah rahsia.

orang kata,alah bisa tegal biasa.

selepas tiga minggu belajar, bermacam buku aku kena beli.

Buku buku yang aku jadikan makanan untuk mengisi hobi berada di barisan paling belakang.

duit juga mengalir macam air sungai.

cuma yang menjadi sikit masaalah ialah waktu tidur.

timing selalu tersasar.

ini semua bahana bola.

oklah.

aku masih ada benda yang perlu diurus ni.

kelas aku untuk belajar dengan syeikh arab dah berkurang.

lecturer melayu menjadi pilihan.

nak buat macamana, ini semua ketentuan Tuhan.

siapa kita nak melawan ??


* semoga mesr kembali aman dan jauh dari segala kerosakkan. Amin.


Isnin, 12 Ogos 2013

raya ke lima

Selamat hari raya.

Masih sempat lagi rasanya aku nak ucap ni.

Sibuk jugak aku sepanjang cuti raya.

Sampaikan tak sempat nak keluar beraya ke rumah kawan kawan.

ok,bohong.

Ada dua tiga rumah aku sempat.

Duit raya tak banyak mana.

Raya ketiga aku ziarah kubur wan dan tok.

Sekarang fevret aku kuih samperit.kah kah kah.

Belum habis puasa dah habis separuh.

Kemudian kuih sarang semut.

Siapa letak nama sarang semut aku tak tau.

Duit raya bapak aku bagi.

Lepastu ada adik beradik belah emak bagi.

Kemudian makan.

Hajat aku nak beraya rumah ustaz ustazah masih lagi jadi sebuah hajat.

Mangkuk hayun sungguh.

Jadi sekarang,aku nak minta maaf lah mana yang patut.

Raya kelima aku tulis post ni.

kelas jugak mula pada hari ni.

Kelas mula,tapi tak ada lagi.

Paham?

Peduli apa paham tak paham.

Maaf luar dan dalam.

Biasalah kita manusia.

Buat silap selalu selalu.

Silap yang kita sedar dan juga yang tak sedar.




Ahad, 28 Julai 2013

tirani

Kecoh hal Kuin.

Macam macam dengar.

Ada baik.

Ada kurang  baik.

Tak boleh nak puaskan semua orang.

Tapi buatlah sekadar mampu.

Jangan ingat rakyat buta.

Digonggong tirani.

Marhaen hari ini bukan macam dulu.

Dicucuk sesuka hati.

Pergi mati korupsi.

Haktuih.


Sabtu, 20 Julai 2013

why so sad

Aku meneleku papan kekunci pada komputer riba.

Ligat memikirkan tentang segala peristiwa yang berlaku satu dua bulan kebelakangan.

Kadang kadang,keliru.

Pelbagai perkara yang menerpa tanpa sedia.

Engkau tahu?

Sedia atau tidak,kita akan selalu diuji.

Dan yang menjadikan kita lemah,sedih,tak semangat nak buat kerja ialah stuck dengan masalah tersebut tanpa mencari jalan penyelesaian.

Aku pernah pesan pada satu kawan.

Nikmat lupa ni kadangkala kita sangat perlukan dia.

Dan sampai satu masa,kita akan tak perlukan dia.

Sifirnya mudah,bila kita perlukan nikmat lupa ialah kerna dibayangi kenangan lalu yang sedih gila.Kenangan yang bersifat negatif,buat kita down sampai liang lahat.Aku tak reti sangat nak berhiperbola,tapi itulah serba sedikit gambaran.

Bohonglah kalau tak pernah down.

Tapi apa yang akan membangkitkan kembali ialah sibukkan diri dengan aktiviti.

Itulah solution untuk orang biasa.

kalau solution power ialah zikir dan baca quran.

Apa hal kita nak down sampai nafikan hak diri kita.

Apa hal kita nak down sampai tak lalu makan.

Tak bergaul dengan orang.

Itu pada aku tak membantu sangat(walaupun pada sesetengah orang ianya membantu)

Come on,nikmati hidup.

Nikmati segala ciptaan Tuhan sediakan untuk kita.

Biarlah sedia dan kecewa itu berpada.

Jangan sampai merosakkan segala rasa.

Berpadalah.

*aku tulis gaya intelek ni,harap menjadilah. Kah Kah Kah

muniff part 2

Waktu rehat kat sekolah,aku habiskan lepak library.Perut sikit pun tak terasa nak diisi.Selang tiga meja aku duduk ada dua orang pelajar perempuan tengah study subjek sejarah.Mariam dengan Faridah.Nama retro habis.Mataku meliar ke luar tingkap melihat beberapa orang kawan sekelas sedang rancak bercerita di dewan makan.

"awak tak makan ke Muniff?"

Sedikit terkejut aku dengan pertanyaan Mariam.Entah bila datang duduk elok setentang denganku.

"tak"

Aku jawab sepatah.Kejadian semalam masih bersisa.Jubah yang dibeli dengan duit simpanan bertukar milik dengan begitu mudah.

"awak,kalau ada masalah,boleh kongsi,kita kan kawan" kata Mariam.

"saya ok,mungkin kurang sihat kot" Aku cuba beralasan.

"tak baik tau menipu,semua orang ada masalah,salah satu cara untuk kita mengurangkan tekanan masalah ialah berkongsi dengan orang yang kita percaya.Ceritalah pada saya,mungkin akan terasa ringan sikit awak lepas ni." Panjang sikit ucapan Mariam kali ini.

"saya sedih,jubah yang saya beli dengan duit sendiri emak suruh berikan pada Muin"

"kasihannya awak,Allah nak beri yang lebih baik nanti,Insya Allah."

"ya saya tahu,tapi makan masa juga untuk saya lupakan hal ini"

Mariam angguk mengiyakan.Tamat rehat,aku masuk kelas.Pelajaran hari ini aku tak dapat tumpu perhatian sepenuhnya.Banyak benda yang berlegar di fikiran.Aku jadikan segala ujian yang datang sebagai latihan untuk menjadi seorang hamba yang kuat dan bersyukur dengan apa yang ada.Diluar sana,ada lagi mereka yang hidupnya lagi susah.





Selasa, 16 Julai 2013

muniff part !

pin! pin!!

Bunyi hon motosikal.Aku berlari menuju ke muka pintu.Seorang postman sedang memegang satu bungkusan.

"encik munif bin jazarin?" tanya postman.

"ya saya,munif,sayalah gerangannya"

"sign,tarikh,pukul,no ic sini"

"ok"

Dengan pantas aku mengisi kertas kosong yang ditampal pada bungkusan.

zrass! bunyi kertas dikoyak.

"terima kasih" ucap aku

"baik" balas abang postman.

Bungkusan dengan kertas minyak aku bawa masuk rumah.Ada tulisan arab di belakanngya.Dari mekah,arab saudi.Tentunya kiriman dari sahabatku yang belajar disana.

"apa benda munif?" tanya Muin.Abang aku.

"ntah,jubah kot"

Jawab aku malas,tentunya aku sudah tahu apa isinya.Satu bulan yang lepas,aku ada kirimkan emel pada Lamin untuk belikan aku sehelai jubah haramain.Jubah yang sangat aku inginkan apabila jubah lama pemberian abah sudah kecil saisnya.

Aku buka balutan dengan cermat,tertera jelas nama pengirimnya Lamin bin Uthman.Perasaan teruja,gembira,bahagia,menjadi satu.Sehelai jubah haramain warna putih aku buka lipatannya.Meluncur laju jubah bila aku sarungkan kat badan.Muin yang sedang menonton tv tak berkelip memandangku.

"lawa la Munif,boleh bagi abang?"

"tak bolehla bang,ini Munif punya,Munif pesan pada kawan yang belajar Mekah sana"

"kalau Munif tak bagi,abang adu pada emak" ugut Muin.

"inikan Munif punya,abang kalau hendak,suruhlah emak belikan"

"baiklah,abang akan adu pada emak sekarang". Pantas Muin meluru ke dapur.

Muat benar jubah ini.Macam syeikh arab yang selalu aku tengok di tivi.Aku menggayakan jubah sambil mengangkat tangan seperti ustaz sedang berceramah.

"munifff! oo munifff!!!" laung suara dari dapur.

"iya mak,munif datang"

Emak pastinya akan mendengar cakap Muin.Anak kesayangan emak.

"ada apa mak?"

Aku tanya pada emak,walaupun tujuan emak panggil aku sudah tahu.

"Munif kenapa tak dengar cakap abang hah?!!" Jubah sehelai pun berkira dengan adik beradik!,berapa kali emak cakap,dengan adik beradik jangan berkira!"

Aku diam.

"Jubah ni Muniff punya mak"

"menjawab! menjawab! Buka jubah tu sekarang,bagi pada abang kau! dengar cakap emak! "

Tinggi suara emak.Muin yang sedang berdiri tepi emak senyum sinis padaku.Dengan berat hati aku buka jubah dan berikan pada Muin.Jubah dari duit yang aku himpun dalam tabung buluh dah bertukar tuan.Kalau arwah abah ada,mesti tak akan jadi begini.Abah akan selalu menangkan aku.

"dah,pergi depan." arah emak.

Muin terus berlari masuk bilik bersama jubah baru aku.Hajat hendakkan jubah haramain tidak kesampaian.Entah kenapa,sejak pemergian abah,aku berasa sangat sunyi.Segala perbuatanku selalu saja tidak kena,ada salah sentiasa.Semalam aku dimarahi kerana tidak memberi ayam makan direban,padahal tugas tersebut milik Muin.Tugas aku hanyalah menghambat lembu masuk kandang.Duit belanja harian juga emak akan lebihkan untuk Muin.Kata emak,Muin lebih tua,keperluannya besar.Padahal aku dengan Muin hanya beza setahun umur.







Sabtu, 13 Julai 2013

lapar dan dahaga.

Masuk hari keempat puasa.

Niat aku untuk meminimumkan menjengah param setakat ini menjadi.

baru sekali p.

lepas ni tak tau macamana.

harap adalah kawan tolong carikan makanan berbuka.

bukan apa,benda boleh elak,kita elak.

takmaulah puasa jadi sekadar menahan lapar dan dahaga.

heh!

Isnin, 8 Julai 2013

syukur

Alhamdulillah

Terasa lapang sikit.

pointer naik.

lagi 0.13 aku nak kena bayaq nazar.

Syukur Ya Allah

Tidur lena aku malam ni

*baca dengan mood ceria habis.

kakakakakaa

Sabtu, 29 Jun 2013

harapan

Harapan aku dengan blog jasa nanti dapat dibukukan.
Harapan ini berat kalau aku tanggung seorang.
Biarlah dikata syok sendri.
Sekurangnya ada sesuatu untuk diingati.
Disini.
Di lubuk hati.
Di memori otak.

Katak

setiap hari aku akan melihat engkau
diam tak terkutik
menyendiri disudut bilik air
tidak mengganggu sesiapa
walau badanmu hitam menggerutu

ong! ong! ong!

kau berbunyi
bagi aku itu biasa
memahami lumrah kau begitu
diciptakan Tuhan kelangsungan rantai hidupan

kau lebih mulia dari manusia yang alpa
manusia yang selalu leka dengan mainan dunia
manusia yang dipalit dosa dan noda
kau binatang mulia
selalu mengingati Tuhannya.

6jun2013
dalam bilik lepas habis main bola

Isnin, 27 Mei 2013

ayaq tak ada

"aduhhh,tak larat la nak angkat ayaq ni mak" adu aku.

Masuk ni dah dua hari air tak ada kat kawasan rumah aku.Segala aktiviti yang melibatkan air terbantut.Penggunaan air perlu diminimumkan seboleh mungkin.

"sabaq la,nak buat macamana ayaq tak dak,ada la tu depa repair paip kat mana-mana" jawab mak.

kita ni kira untung lagi,ada telaga,nu Meran,pak Hassan dekat surau,Chaq,Pak Non,rumah depa mana ada telaga,lagi susah,kita ni susah sikit ja kena ceduk ayaq dalam telaga boh dalam timba,depa kena tunggu lori,angkat tong,angkat timba nak isi ayaq"

Aku angkat jugak timba isi air telaga masuk dalam tandas.Hajat diri perlu dilunaskan dengan secepat mungkin.

Sambil duduk bertafakur sementara selesai lunas hajat,aku berfikir tentang betulnya cakap emak.Betapa untungnya ada telaga dalam rumah.Bila ada kecemasan begini masih rilek,cuma perlu susah sedikit mengangkut air untuk diletak tepi sinki membasuh,letak dalam bilik air untuk mandi dan qada hajat.Aku cuba pergi lebih jauh,zaman dahulu punya style,segala aktiviti bergantung dengan air sungai dan air telaga.

Bersyukurlah.Kalau kita susah ceduk ayaq dari telaga boh dalam telaga,ada yang lagi susah tunggu lori tangki mai sehari dua kali.Kalau kita susah makan nasik dengan ikan hari hari,ayam jarang jarang,ada lagi susah nak   dapat sesuap nasi.

Bersyukurlah




Rabu, 22 Mei 2013

selesai

Selesai exam.

Alhamdulillah.

Paper sem ni senang dari sem lepas.

Senang itu bermakna aku banyak study berbanding sem lepas.

Cuma.

Lepas exam ni, jadual tidur aku pada waktu malam berubah.

Mengantuk awal.


Isnin, 6 Mei 2013

post pertama selepas pru

hari pertama di bawah kerajaan negeri baru.

dulu kerajaan kedah sejahtera nikmat untuk semua.

sekarang aku tak tau apa depa punya quote baru.

bila jadi benda macam ni baru kita sedar mana salah,mana tiris.

malas aku nak tulis.

buat sakit hati.

sakit macamana pun bukan boleh ubah.

perubahan yang sebenar ialah bermula dengan diri kita.

apa guna kerajaan baru kalau solat tak on time.jemaah lagi la.

mengadap facebook setiap jam.

belajar malas.

assigment masih copy paste yang member.

member yang dicopy tu pun ambik assigment senior sem lepas.

study masih last minit.

mengorat marka masih selalu selalu.

apa makna perubahan.

apa maknaaaa ?

Selasa, 30 April 2013

Kembali

Entah macamana nak mula.

Lama juga aku berehat menulis.

Bukan apa,sibuk.

Sibuk belajar.

Macam macam aku nak cerita sebenarnya.

Tapi aku tak draf.Jadinya apa yang keluar selepas ini adalah ilham yang terlintas secara tiba tiba.

Aku dah sampai ke pesta buku kuala lumpur pwtc.

Hajat aku Allah makbulkan.


Apa yang sikit aku tak puas hati ialah silap timing.

Pergi pesta buku hari sabtu bukanlah idea yang baik.

Orang sesak nak mampus level satu dan dua.

Publisher buku tempatan.

Level tiga publisher buku antarabangsa.

Orang kendur sikit.

PRU kali ini menjanjikan kelainan untuk keluarga sebelah emak.

Dua adik beradik emak bertanding untuk dua parti berbeza.

Situasi yang agak sukar aku nak terangkan.

Exam final dah tak lama.

Syafawi Quran sughro aku tak sempat.

Tak sempat pasai salah aku sendiri.

Nak cerita lebih lebih pun buat sakit hati.

benda dah lepas jangan dikenang.

Sekian buat masa ini.

Aku tujukan post kembali ini buat siapa siapa yang rindu nak baca tulisan aku.

Ha ha ha.

Khamis, 7 Mac 2013

jaf 3

Selesai minum petang.Jaf dan Nadira beiringan jalan.Lain macam getar di hati Jaf.Padahal ini bukan kali pertama Jaf jalan beriringan dengan perempuan.Dengan lagak selamba Jaf mengeluarkan gula-gula hack merah lalu dihulurkan kepada Nadira.

"tak mau"

"k"

"Nadira sewa rumah kat Taman Anggerik ka"?

"ha"

Natang,sepatah tanya sepatah jawab.Jaf mengeluh.

"Samalah kita,rumah nombor berapa?"

"34/c" sepatah lagi.

"oh,saya nombor 70/A"

"tak tanya pun"

"hah,tak apa la,nak bagitau"

Kali kedua Nadira 'tembak Jaf".Yang pertama masa di kedai makan tadi.Diam kan lebih baik kalau tak ada benda nak cakap.

Jarak kampus dengan Taman Anggerik sangat dekat.Kalau digunakan rokok Karim hisap sebagai pengukur,belum sampai separuh rokok dah sampai.Tapi perlu melintas dua jalan utama.Jalan yang penuh sesak dengan lori tanah yang keluar masuk.Dua hari lepas seorang budak umur lima tahun mati dilanggar lori tanah.Jaf dah mula berkira kira nak menunjukkan sikap gentleman terhadap Nadira bila nak melintas jalan sebentar lagi.

"eh,tadi ada cakap nama saya macam abang Nadira kan ? dia belajar lagi ka?"

"belajar kat pondok di Parit Panjang"

*******

Pon!Pon!

Pin!Pinnnnnnnnn!!

"Sesaknya jalan,macamana nak lintas ni"adu Nadira.

"Nanti,kita jalan sama sama,bagi saya pegang tangan Nadira"minta Jaf.

"tak boleh,haram"

Kecepek!rasa macam batu besar kena atas kepala Jaf.

"Dah tu,macamana Nadira nak lintas?Bahaya ni."

"Sebelum ni saya lintas jalan sorang ok ja,tak ada masalah pun"

"tak pernah kena hon?tak pernah sipi sipi nak kena langgar? tanya Jaf.

"tak pernah,ok pernah sekali"

"ha tu la,berlagak lagi,orang nak offer pertolongan tak mau"

"pertolongan ada cara,kalau nak pegang tangan mana boleh,kalau kita jalan sekali tak ada masalah kan?"

"ha" Jaf dah habis akal,ada betulnya juga kata Nadira.

Jaf dah mula tertarik dengan Nadira.Bukan mula,dah makin tertarik,kalau pagi tadi Jaf mungkin tertarik pada penampilan Nadira,gadis bertahi lalat di dagu,tapi sekarang Jaf dah tertarik pada dua,penampilan dan sikap.

Jaf tengok kanan,kiri,kanan.Kereta masih banyak.Ruang untuk melintas tak ada.Mungkin kalau Jaf seorang dah lepas.Jaf boleh berlari.Tapi hari ini Jaf berdua.Dengan seorang perempuan bernama Nadira.Yang Jaf tak boleh nak agak perangai dia.Hampir sepuluh minita Jaf dan Nadira tercegat tepi jalan menunggu kenderaan reda.

"banyak pulak kereta lori hari ni" getus Jaf.

"sabar"

Ok,Jaf kena sekali lagi.

Nadira menukar sandangan beg ke sebelah kanan bahu,terasa lenguh menyerap ke bahu sebelah kiri.Beg berat hari ini,kelas berturutan sampai lima.Segala bebanan buku dibawa.Berlainan dengan Jaf,buku dua buah dibimbit dengan tangan.Beg tak pernah wujud dalam diarinya sejak bergelar mahasiswa.Cuma kadangkala Jaf akan menggalas beg laptop ke perpustakaan kalau ada tuntutan assigment.

"line clear,jom kita melintas" Nada Jaf seperti iklan keselamatan jalan raya yang diadakan oleh kerajaan suatu ketika dulu.

Nadira beriringan tanpa ada riak geli hati dengan ajakan Jaf.

Eleh,nak senyum pun tahan Nadira ni.Jaf cakap dalam hati.

Selamat melintas seberang,tapi ada sebatang jalan utama lagi yang perlu diharung.Kadangkala Jaf hairan dengan pihak bertanggungjawab.Kenapa tidak dibina sahaja jejambat untuk orang ramai melintas.Bukankah itu lebih baik.Beberapa kali aduan dibuat pada YB kawasan,jawapannya nanti kita akan buat,plan pembinaan sudah ada.Sampai sekarang,jangankan plan,orang yang datang melihat tapak projek tak pernah nampak batang hidung.Orang begini yang memberikan tanggapan buruk pada ahli politik.Jaf kecewa.Seakan mahu sahaja bertanding dalam pilihanraya akan datang.membela nasib penduduk.cewah.

"Nadira,tunggu sat,saya nak beli majalah bola kat aci basikal tolak,kita lintas sekali"

Tak ada reaksi dari Nadira.

***

"aci,bagi majalah bola harian dengan hack seringgit,yang hujung buku merah tu bila punya?" tanya Jaf.

"lama punya"

POOOONNNNNNNNNNN!!GEDEGANG!

Jaf terkejut dengan bunyi dentuman yang maha kuat.Tanpa sempat membeli buku dan gula gula hack,Jaf pusing melihat kearah bunyi tersebut.Batang tubuh Nadira tak kelihatan dibahu jalan.Jaf melihat beg sandang biru cair dengan patung hello kitty dipenyek tayar hadapan lori.Jaf kenal beg itu.Kenal sangat.Darah pekat mengalir dari bawah lori.

"Ya Allah!Nadira!"

Jaf terduduk.Semangat lelaki yang kuat,gagah,tough seperti melayang.Air mata keluar dua titik,satu di mata kanan,satu di mata kiri.


TAMAT













Rabu, 6 Mac 2013

jaf 2

Selesai kelas miss Ayu,Jaf bergegas ke fakulti multimedia.Kad matrik yang terjatuh mesti dipulangkan hari ini jugak.Karim awal awal lagi dah balik rumah.Nak tengok sinetron.Minat Marshanda katanya.Kadang kadang Jaf sendiri bengang dengan Karim yang terlalu taksub dengan drama seberang.Ada sekali masa tengah lepak minum cendol pulut,Karim bangun tergesa-gesa bangun tanpa sempat menghabiskan cendol,tengok sinetron punya pasal.Sudahnya,Jaf makan dua mangkuk cendol hari itu.Satu cendol Jaf,satu lagi milik Karim.Membazir amalam syaitan,terngiang ngiang kalam Ust Nik masa sekolah menengah dulu.

*****

Jaf naik ke fakulti multimedia.Berhadapan dengan bilik dekan,ada satu kak kerani sedang menghadap komputer.

"Assalamualaikum,minta maaf kacau kak,ada kelas tengah berjalan tak la ni?"

"Ada,bilik A7,kelas Mr Jefri Haji Endut,hujung sekali" Jawab kak kerani.Matanya terus melekat pada skrin komputer.Sibuk benar gayanya,sampaikan ucapan salam Jaf tidak dibalas.

"ok,terima kasih".jawab Jaf tanpa mahu menggangu tumpuan kak kerani menyiapkan kerja.

Jaf sempat memandang skirn laptop kak kerani tersebut.

"puih,main facebook time kerja!"bentak Jaf dalam hati.

Jaf meluru ke papan kenyataan di tepi bilik dekan.Matanya meliar mencari nama yang tertera pada kad matrik yang digenggam.Ok jumpa.

"Tepat tekaan aku,marka ni kelas petang,waktu sekarang"

Jaf berlalu pergi.Kerusi batu bawah pokok yang bertentang dengan pintu utama fakulti multimedia dilabuhkan punggung.Helaian rambut yang jatuh menutupi dahi dibiarkan.Angin yang bertiup petang itu sangat sedap.Jaf berdiri sambil mendepakan tangan untuk menikmati angin petang,serasa macam Leornado di Caprio dalam cerita Titanic sahaja,bezanya cuma tak ada marka berdiri depan.Dengan riak muka yang suci tanpa sebiji jerawat,Jaf pasti misinya untuk memenangi hati marka berbaju kurung hijau akan tercapai.

Dari kejauhan Jaf dah nampak marka baju hijau pakai spek yang dinanti keluar dari fakulti multimedia.Lantas didekati.

"Nadira,Nadira"panggil Jaf

Marka pakai spek melihat ke arah suara yang memanggil.Seorang lelaki berjambang nipis,rambut belah tengah meluru ke arahnya.

"ya saya.kenapa?"

"nah"sambil menghulur sekeping kad kepada marka berbaju kurung hijau.

"oh my card!terima kasih,mana awak jumpa kad ni"

"sama sama,kat kedai roti canai pagi tadi,kad terjatuh masa awak bangun dari meja"

Tenang tenang,pujuk Jaf pada diri sendiri.

"Oh ya,sebagai tanda terima kasih,jom saya belanja awak minum petang,boleh makan cekodok pisang kat kedai Mak Senah."

Tepat sangkaan Jaf,lepas bagi kad,marka berbaju kurung hijau akan ajak minum petang.Klise betul cerita Jaf.
.
"ya ka ? tak menyusahkan?"

"susah jugak sebenarnya,tak apa la kalau awak kata macam tu"

"err,boleh ja kalau nak belanja pun"

Jaf dah mula cuak,peluang nak ejas marka hampir terlepas.Yang marka ni pun bendul,frasa 'tak menyusahkan' tu ayat peramah.

"ha,nak pulak,tanya lagi menyusahkan ke tak" Nadira senyum.


*****

Sebiji sebiji cekodok pisang masuk dalam mulut Jaf.Muka tenang cuba Jaf pamerkan.Dalam hati dup dap dup dap bergetar.Nadira diam tak berkutik.Air limau ais dihirup perlahan.

Dah kenapa pulak diam Nadira ni.Jaf berbisik sendirian.

"Awak kata apa tadi?"

Alamak,dia dengaq!

"err,tak,kenapa Nadira diam ja dari tadi?"

"dahtu ? nak cakap apa ?"

Tenang Jaf tenang.Jaf tarik nafas.

"cakap la apa pun"

"diam kan lebih baik kalau tak ada benda nak dicakap?"

Perh,rilek betul Jaf kena.

"ya,betul,by the way nama saya Jafran Bin Isa"

"dah tau pun"

"awak tau mana?

"tu kad matrik tergantung kat lehiaq tu apa benda? Nama macam abang saya"



Jaf 1

"aku lapaq la Jaf,pagi tadi tak makan apa,terus mai kelas"

"sapa suruh tak makan,itu silap hang,orang mengaji macam kita ni kena ambik sarapan pagi,baru otak cerdas,badan sihat.nak belajar pun tenang"

Jaf dan Karim bergerak ke kedai roti canai.Kedai sesak dengan manusia yang mahu mengisi tembolok pada pagi itu.Kebanyakkan pelanggan macam Jaf dan Karim.Di leher tergantung kad matrik dengan tali warna kelabu.

"meja penuh la.nak dok mana ni?"tanya Karim

"rilek rilek,kita usha mana-mana geng yang boleh masuk pala,kita dok sekali depa"tenang jawab Jaf.

Mata Jaf liar memerhatikan keliling kedai.Di sudut hujung kedai,ada dua orang marka yang tengah makan,sambil gelak-gelak.Sorang marka berbaju kurung hijau pakai spek sedang melihat ke arah Jaf.Comel.Desis Jaf.Niat Karim mengajak Jaf  sarapan di kedai roti canai pagi itu telah memberikan tuah kepada Jaf.

"ok,jom!kita p dok kat meja hujung tu"ajak Jaf sambil menarik tangan Karim.

*********

"hai,boleh dok sini?"tanya Jaf sopan.

"boleh"jawab marka berbaju kurung hijau pakai spek.

"bang!oder bang!"

Jaf ambik port setentang dengan marka berbaju kurung hijau pakai spek.Karim duduk tepi Jaf.Senyuman paling manis cuba dilontarkan Jaf, tapi tak dilayan.Marka yang sorang lagi buat tak tahu sambil hirup air teh o ais limau.Lekat sikit pelembab bibir di hujung penyedut minuman.

"dah habis makan?" tanya Jaf pada marka dihadapannya

Diam.Dua dua marka tak jawab pertanyaan Jaf.

"Perh,sombong betul! Jaf kata dalam hati.

Karim buat buat main handset.Entah main apa tak tau la.Handset nokia torchlight,setakat game bounce tu ada la.Bola lantun lantun.Di zaman orang menggunakan telefon pintar,Karim masih memegang prinsip, "guna selagi elok,kalau tak elok repair,kalau dah tak boleh repair baru beli baru".Panjang nak mampus prinsip Karim.

Selang tujuh minit setengah,order Jaf dengan Karim sampai.Marka dua orang dah siap,bangun nak bayar.Jaf pandang dengan ekor mata.Karim dah celapak hirup air stroberi campur susu.Tak hirau langsung dengan marka dua orang depan dia.

tup!

Sekeping kad matrik jatuh dari beg sandang marka berbaju hijau pakai spek.Jaf tolak dengan kaki,kad tersebut masuk bawah meja.Jaf dah ada akal macamana nak jumpa lagi marka pakai spek.Jaf ada idea macamana nak mendekati marka pakai spek.Jaf dah terbayang dalam kepala,lepas bagi kad matrik,marka pakai spek akan ucap terima kasih dan belanja minum,masa tu Jaf akan cuba berbual,ejas marka tersebut.Karim melihat Jaf tanpa riak.

"apa lagi hang ni Jaf,ntah ntah marka tu dah ada orang chup"

"orang chup pun tak apa,aku nak bagi kad matrik dia ja"

"sembang macam aku baru kenai hang sehari,dah la,hari ni hang bayaq,satg lunch aku pulak bayaq,cepat !kelas miss ayu leceh kalau lambat,dia tanda pen merah"



Sabtu, 2 Mac 2013

catatan hujung minggu

Aku tak tahu nak mula dimana.Segala rasa senang dan tenang bagai diragut kasar bila menerima satu panggilan telefon pagi tadi.Segala plan aku untuk minggu ini seakan terbantut.Sempit.

Petang tadi aku sempat join buku jalanan jitra.Steady bukan main baca buku tepi tasik sambil disapa lembut angin tasik.Aku salute jugak grup depa ni.Kongsikan bahan bacaan kepada umum tanpa mengira latar belakang.Just share.Ambik buku yang depa letak,cari port tepi tasik,duduk dan baca.Bahan bacaan alternatif,mainstream,rare semua ada.Koleksi sendiri pulak tu,yang paling rare majalah pengasuh,seratus peratus jawi.

Amboi,hilang pulak point aku nak karang.

Ok,Jumaat kelmarin,aku join konvoi motosikal melawat anak yatim derga.

Cerita lain.Petang tadi jugak aku p jitra mall cekau tiga buah buku.Niat asal nak beli dua buah,tapi bila harga buku #ceritaseram kurang lima ringgit dari bajet asal,Aku beli tiga buah terus.Puas hati.Masa lepak dengan buku jalanan pun aku sempat sembang hal-hal buku sedas dua.Rancak bila jumpa orang yang sama minat dengan kita.

Cerita lain.

Cuti ni banyak aku buang masa dengan hal hal yang kurang bermanfaat,kalau nak senaraikan aku jadi segan.ha ha ha.Bila buka semester nanti harapnya ada keajaiban akan muncul,kalau tak banyak,sikit pun jadilah.

Masih bawah tajuk buku.Purata rakyat malaysia membaca buku setahun ialah dua buah.Sikit gila.
Aku pun sebenarnya bukan rajin sangat,tapi bila bosan,aku ambik jugak sebuah dua baca,tak dapat habiskan,baca sehelai dua pun jadilah,sekurangnya ada input yang masuk.

Sekarang kecoh kes lahad datu.Semoga rakyat malaysia di sabah khususnya dijauhi dari segala bencana yang tidak elok.

Khamis, 28 Februari 2013

catatan khamis

sedarlah aku sekarang,kita boleh heret lembu,kuda,kambing,babi untuk ke sungai,tapi tak boleh paksa binatang itu minum ayaq.

see,kita bukan siapa siapa nak suruh orang lain buat itu ini bagai,lain la kalau hang professor xavier macam dalam xmen tu.boleh kawal orang lain.

yang penting,rileks,sabar,berterusan buat satu kerja,pasal jadi atau tak jadi itu hal nombor dua.kalau tak jadi kita tak kecewa sangat,at least kita dah cuba.

Khamis, 21 Februari 2013

Tok Wa tiga

"Pi tolong Tok Wa la,benda ni bukan susah sangat,sapu sampah stor ja pun.Pi nak tolong Tok Wa,nanti cepat siap,kita boleh balik sekali" aku jawab pada Tok Wa.

Riak wajah Tok Wa tenang,senyum sikit,nampak garisan gigi tersusun rapi.Tak ada gigi yang gugur.Gusi Tok Wa kuat,rahsia Tok Wa ialah kayu sugi yang sentiasa terselit di poket baju.Sebelum wudhuk Tok Wa akan bersugi.Banyak kelebihan sugi Tok Wa cerita pada aku selain sunnah Nabi,bersugi dapat menguatkan gigi dan gusi,mencerahkan mata dan banyak lagi.Aku tak ingat sangat.Tapi bab pengamalan sunnah Tok Wa sangat teliti.Kalau makan nasi kat rumah Tok Wa pun dalam talam,setiap waktu solat serban kemas atas kepala,itu belum lagi minyak attar,tidur mengiring sebelah kanan.Pernah satu hari aku tanya Tok Wa,mana Tok Wa tau semua amalan sunnah ni,Tok Wa cakap belajar masa di pondok dulu.Aku angguk.Kisah Tok Wa belajar di pondok aku pernah dengar emak cerita.Tok Wa dulu belajar pondok di kelantan dengan kawan baik dia,Lebai Hussin tuan punya kedai runcit di simpang masuk kampung.

Selesai sapu sampah,aku tersandar letih di tiang masjid dekat dengan stor Tok Wa mengemas.Malu aku dengan Tok Wa,umur tua buat kerja macam orang muda.

Dah siap ka Tok Wa ? aku tanya.

Dah,jom balik.jawab Tok Wa sambil menutup pintu stor masjid.

Dalam perjalanan aku lihat mulut Tok Wa kumat kamit membacakan sesuatu.

"Tok Wa baca apa ?" aku ingin tahu.

"Selawat"pendek Tok Wa jawab.Senyum terukir.

Aku diam.Kami beiringan berjalan sampai ke rumah.

"Assalamualaikum!" aku mendahului salam.


Rabu, 20 Februari 2013

hangat-hangat tahi ayam

di balik jendela itu.

setiap petang.

setiap hari

aku merenung,

dengan penuh harapan dan semangat.

ada belia belia kampung aku turun padang main bola.

jenis hangat hangat tahi ayam.

main sehari,tak main sepuluh hari.main sehari tak main sepuluh hari.

Isnin, 18 Februari 2013

roda

hidup kita ini putaran roda yang sentiasa bergerak.

sejauh mana kesungguhan kita untuk sentiasa memohon kekuatan kepada Allah itu terpulang atas diri sendiri.

dahulunya saya belajar di tadika sungai durian,sekitar tahun 97/98

perh.

malas pulak nak tulis.

kahkahkahkah

Ahad, 10 Februari 2013

Selamat pengantin baru ust zikri.

Siang tadi saya sempat menghadiri walimah seorang sahabt sepengajian di muassasah dulu.Ya,saya dan dia tidak lama,sekitar tiga tahun lebih kurang.Daftar masuk dua ain dan berpindah masa satu thanawi.Tetapi moment yang terakam antara saya dan dia sepanjang detik itu tidak pernah reput.

Lurus dan baik orangnya,ingat sebuah al quran dalam dada sebelum menginjak lima belas tahun.Saya salute dengan kerajinan dan disiplin dia.Ketika satu asrama lewat untuk turun jemaah,dia tidak.Tidak langsung terkesan dengan suasa yang negatif bak kata orang.Asuhan maahad tahfiz tersemat kukuh pada beliau.

Saya seolah tak percaya,kawan yang dulunya merajuk keluar asrama setelah diprovok dengan berbagai cara,gurau senda mengikut dialek ust bukhori,senyuman tidak pernah lekang dari bibir bergaris beliau.Tapi sayang,jodoh beliau dengan muassasah tidak panjang,beliau mengambil keputusan berpindah dengan mengejut,sehingga kawan karib beliau sabu imam al geluguri  dan kawan separuh karib naeem al dergawi  tidak menyedari.hal ini.Mengikut khabar angin yang bertiup kencang ketika itu,beliau berpindah kerana tidak tahan diperkotak katikkan oleh segelintir kawan kawan sekelas beliau.Saya harap khabar angin itu tidak benar.

Apapun,sempat saya titipkan satu benda power untuk beliau ketika majlis tadi.

Selamat pengantin baru ust zikri zamri dan zaujah,semoga berbahagia hingga ke syurga hendaknya.


Khamis, 7 Februari 2013

retro sekolah menengah dua

Selesai kemas beg pakaian dan siap pasang cadar putih,aku dapat katil atas,besi pengadang tak ada,tangga jangan tanya la.Tilam aku bawak dari rumah,tilam arwah wan.Katil aku betul betul di penjuru bilik.Niat aku nak dapat katil bawah tak tercapai bila dah ada budak booking awal.Aku tanya brader baju hijau yang iring aku tadi

"katil bawah tak dak ka ?"

"tak da" sambil leheiaq dia terjengoi jengoi melihat keliling bilik asrama,kononnya sedang memerhatikan kot kot ada katil bawah yang kosong.

Selesai bagi nasihat sepam dua,pakcik Taupik aku balik rumah.Aku daftar masuk sekolah dengan pakcik Taupik,adik emak.Time tu emak dengan bapak pergi buat haji.Barang barang aku semua ada nama.Dari sekecil kecil barang sampailah ke sebesar besar barang seperti locker dan tilam.

Aku naik atas katil,sambil pikiaq idea untuk tidoq malam ni.Gila,tak pernah pernah aku tidoq katil atas tanpa penghadang ni.Walaupun aku ni tidoq sopan santun,tapi malang tak berbau orang kata.Selang beberapa minit,budak katil bawah muncul dengan seorang tua,aku syak ayah dia,berdasarkan paras muka yang lebih kurang sama.Aku hadiah segaris senyuman untuk mereka berdua.Niat nak bertaaruf aku tangguh bila dia sibuk dok mengemas barang.

Aku baring atas katil sambil melihat habuk habuk halus jatuh dari papan atas aku.Asrama dua tingkat,jadi bila budak asrama atas jalan hentak kaki macam gajah atau badak habuk habuk halus akan berterbangan jatuh.Setiap kali sebelum melelapkan mata aku akan kibas tempat tidur.

Aku turun katil untuk pergi ke musolla,ada taklimat sikit kata brader baju hijau tadi.Aku berseorangan melangkah pergi ke musolla.Bukan main ramai budak yang pakai baju putih tengah lepak dalam musolla.Sampai pintu masuk ada sorang budak panggil aku dok dekat dia.

Macam biasa,tanya nama,asal.Aku sebagai pelajar baru jawab dengan slow tanpa ada niat membantah atau menipu.

Selesai apa pala semua,balik asrama mandi.bilik ayaq ada empat,satu ada kolah panjang dan para untuk basuh baju,jamban tak ada.Dua bilik ayaq lagi ada para dan berkongsi kolah dia,jamban ada lima/enam(aku tak ingat) untuk setiap tandas tersebut.Last bilik ayaq ada satu kolah,ada para untuk basuh baju,ada satu jamban dan ada motosikal.Aku usha tak sampai lima jamban yang elok untuk buang ayaq dengan selesa.Ada yang tersumbat,pintu lekang.

Sebelah malam aku dibahagikan kumpulan.Minggu silaturrahim.Kalau bahasa lain minggu suaikenal ataupun orientasi.Geng dengan aku time tu irfan kadir,budak kurus nama naeem(budak yang nak sangat kawan dengan aku)dan beberapa orang lagi budak.Nama aku tak ingat sangat.Ketua kumpulan aku nama Amir,dia ni geng brader-brader pakai baju sekolah kaler hijau.Time tu geng yang paling riuh dok bersembang ialah geng sekolah rendah kat tandop.Jenis bawak geng mai masuk sekolah baru.Entah berapa lori depa angkut aku tak tau,tapi lepas tu aku masuk la jugak kepala dengan geng sekolah tandop ni.

Paling aku cam budak nama mat jaf beger,power tak patut,hari pertama masuk dah dapat nama gelaran.kisah dia berlaku bila bangun tidoq time slot ceramah(kalau tak salah) terus budak tu tanya member aku "kat sini ada orang juai beger dak ".Budak langkawi matjaf beger ni,mengaji tak dan habis,pindah.Entah macamana la keadaan dia sekarang.

#woi matjaf,aku harap hang lani berjaya bukak kedai koperasi kecil kecilan macam hang buat kat YC dulu!

Rabu, 6 Februari 2013

retro sekolah menengah.

Lapan tahun dahulu,minggu pertama dalam bulan Januari,aku daftar masuk ke sebuah sekolah menengah.Sekolah yang tak pernah aku bayang akan masuk.Sekolah yang selalu aku pergi ke musollanya mengikut orang tua setiap minggu pagi Jumaat.Tapi pada hari itu,status aku secara automatik bertukar menjadi salah seorang pelajar sekolah tersebut.Pakaian sekolah ni lain macam spesel,poket tebuk,seluar biasa,kaler putih,baju raihan,lepas luar.kasut putih.kepiah putih,tapi kepiah ada spesifik dia.aku nak gambarkan bentuk dan corak dia tak reti.

Pagi tu,selesai pendaftaran,aku bawak beg menuju asrama.Segala kelengkapan asas aku bawak sekali,timba,hanger,sabun buku,berus gigi,sabun mandi dan beberapa alatan kecil lain.Sampai di bawah pokok ceri tepi tandas asrama ada sorang brader pakai baju hijau iring sampai ke depan pintu asrama.Tandas asrama aku tak usha lagi time tu dia punya kondisi kebersihan dan prasarana.Bab tandas nanti aku cerita lain.

Aku melangkah kaki masuk ke pintu asrama.Aku lihat beraneka jenis manusia yang ada dalam situ.Semuanya pakai baju putih macam aku,cuma ada beberapa kerat yang pakai baju melayu,kepiah corak-corak."Baru masuk dah lawan etika pemakaian"aku cakap dalam hati.

Ada yang sedang kemas baju masukkan dalam locker,ada yang tengah sembang dengan kawan baru,ada yang tengah baring-baring.Bermacam gelagat.Ada budak suara pecah-pecah.Ada budak badan dia ada petak didada.Senang cerita,aku ditempatkan didalam asrama yang dihuni dengan manusia pelik.Aku cuba biasakan diri.

Jumaat, 1 Februari 2013

minat #1

tahun ini dua buah buku sudah aku beli.nafsu memang tak boleh tahan bila cerita pasal buku.

tadi sempat aku titip pesanan kepada kakak ipar untuk sebuah memoir rashid maidin.

kalau pasal buku memang aku jarang berkira.walaupun masa untuk baca kadang kadang sempit.

aku tak sempat untuk habiskan satu buku,dah buku lain pula yang dibeli.

aku kata pada diri sendiri.

"tak apa,buku tak ada tarikh luput,ada masa baca,tak ada masa tinggal,dia tak akan kecewa macam kalau kita tinggalkan dia tanpa berita dan hanya mencari di saat kita perlu berbeza dengan manusia,punya emosi yang sukar difahami"

mungkin genetik dari emak agaknya habit membaca aku ini.

bila selongkar buku lama-lama,kebanyakkan milik emak,kalau milik bapak kitab jawi.

sekarang emak masih minat membaca tapi dek kerana tuntutan tugas seharian,minat emak aku lihat sangat terbatas,cuma seminggu sekali menyelak helaian akhbar metro untuk membaca novel bersiri cikgu Rania.











Khamis, 31 Januari 2013

Tok Wa dua

''Assalamualaikum Tok Wa." aku bagi salam.Tangannya yang kedut seiring usia kukucup.Riak wajahnya tenang,dahi berkedut ada tompok hitam.

"Waalaikumsalam."lembut jawab Tok Wa,terbongkok-bongkok Tok Wa kutip helaian al-quran lama yang berselerak atas lantai untuk dimasukkan ke dalam plastik.

"Mai sini Lutfi tolong Tok Wa.Habuk banyak la stor ni,nanti Tok Wa jatuh sakit."aku tawar bantuan.

"Tak apa la Pi,Tok Wa kalau tak buat kerja pun sakit jugak.Badan tua,macam macam penyakit dah singgah.Hang tu jangan dok bagi sakit,jaga kesihatan.Kalau sakit macam Tok Wa ni susah,nak buat apa pun tak larat"

Aku ambil penyapu belakang pintu stor.

"Tak payah sapu la Pi,biaq Tok Wa buat kerja ni" tegah Tok Wa lembut.


Rabu, 23 Januari 2013

mawlid

Selamat menyambut hari kelahiran junjungan besar Baginda Nabi Muhammad Sallallah alaihi wasalam.

Semester break dah mula.Bermakna saya akan mempunyai masa yang kosong selama sebulan.Gila lama.

Isnin, 7 Januari 2013

steady

esok cukup dua minggu moderm internet kat rumah aku rosak.dan aku masih steady menjalani hidup.