Sabtu, 22 Disember 2012

lemah.



Aku ingat aku kuat.

Rupanya tak.

Kuat bukan dari definisi tenaga,tapi dari sudut menepis masalah dan menghalang rasa.

gampang !

Bila aku ada masa senggang,dia datang menerpa.

Aku cuba,cuba elak.

sia sia.

tapi aku bukan cepat putus asa.


Betullah aku lemah.

Lalai.

Lalai dari DIA

Yang Maha Kuasa.

Yang mengatur segala.

Mungkin ini kesannya.

Ya.Aku reda.

Aku terima.

''bila kita rindu,semua benda yang orang tu suka kita ingat.ianya datang sendiri,bukan dibuat buat,bukan disuruh suruh.itulah penangan rindu''




Jumaat, 21 Disember 2012

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

Balik kelas marhaban tadi aku lihat seorang brader tengah tuntun moto,atau bahasa bakunya tengah tolak motosikal,belakang sikit aku tengok seorang perempuan tengah dukung anak kecil,dia tak dukung sebenarnya,dia galas anak dia guna carry bag.galas sebelah depan.Aku usha jam tangan,jarum menunjukkan 11.30 pagi.Aku agak budak kecil itu berumur sekitar 1-2 tahun berdasarkan sais dia.Cuaca pada pukul 11.30 pagi dikira sebagai cukup membahang untuk anak kecil seperti dia.

Terbit dibenak hatiku,kesian betul kena jalan kaki,si ayah pulak tolak moto,jenis Ex5.Minyak habis atau moto rosak aku tak pasti,nak kata tayar pancit tak boleh.Tayar dia berangin depan dan belakang.Aku hanya mampu melihat sambil berlalu pergi.Mungkin inilah pepatah yang selalu kita dengar ''berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul''

Mungkin sebab beginilah ayah aku selalu menyediakan pam angin dalam bontot kereta dia sewaktu ulang alik pergi kerja dahulu.Bila ada terjumpa orang tengah tolak moto,ayah akan berhenti dan tanya masalah.Kalau pancit,ayah akan bagi pinjam pam angin.Walaupun pancit,sekurangnya boleh isi angin dan bawak perlahan-lahan ke kedai untuk menggantikan tayar baharu.

Konklusinya,sebelum mendirikan rumah tangga,seeloknya lelaki sebagai ketua keluarga bersedia dengan perkara asas seperti kereta dan sebuah rumah untuk berteduh.Baru power,tapi bagi brader tadi yang tengah tuntun motosikal,aku kira dia sudah punya moment atau cerita yang indah untuk dikenang dan diceritakan pada anak cucu suatu hari nanti.

Sabtu, 15 Disember 2012

Surat terbuka untuk kita :)

Assalamualaikum kita. :)

Apa khabar kita di sana ? Kami doakan kita berada dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah rahmat Allah.Dah lama rasanya tak bertanya khabar,berbual dan bertukar pendapat bukan ? Sejujurnya sudah dua pesanan kami kirim melalui alam maya untuk bertanyakan khabar kita,tapi tiada balasan dan jawapan walhal kita hidup,dan mengupdate status setiap hari,kami yakin,kita menerima dan membaca pesanan kami.Kami cuba untuk bersangka baik,mungkin kita sibuk,mungkin kita tak perasan pesanan kami,mungkin kita menghimpun semua pesanan kami dan suatu hari nanti kita akan menjawab segala pertanyaan kami dalam satu pesanan yang panjang.Sehingga hari ini kami masih bersangka baik dan tidak pernah penat atau jemu untuk terus bersangka baik. :)

Sebenarnya kami bukanlah seorang yang suka mendesak dan cepat terasa hati,lebih lebih lagi dengan seorang yang kami kenal hanya melalui alam maya.Cumanya,dalam persahabatan perlu ada sikap jujur,jika ada perkara atau perkataan yang membuatkan kita menjauh hati dengan kami mestilah diberitahu,jangan disimpan dalam hati.Mungkin kita ada alasan tersendiri untuk bersikap diam diri dan tidak menjawab pesanan kami. :)

Untuk pengetahun kita,kami sekarang dah berada di semester kedua pengajian di Kolej Universiti Insaniah dalam jurusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang.Pengajian di sini kelas pengajiannya diajar oleh syeikh yang berkelulusan PHD dari Universiti Al Azhar,Mesir.Alhamdulillah. :)

Akhir kata,kami minta maaf kalau dalam kiriman ini ada membuatkan kita terasa hati,Kami ini hanya manusia biasa dan tak terlepas dari salah dan silap,Andai kita membuat keputusan untuk tidak terus berhubung dengan kami pun tidak mengapa,kami hormati.Kami doakan kita dipermudahkan segala urusan dan menggapai cita-cita menjadi seorang pendidik yang berkaliber.Doakan juga kejayaan kami di sini,Insya Allah kita sama sama menjadi manusia berguna dan anak yang soleh solehah kepada kedua orang tua.Amin. :)


Yang selalu bersangka baik :)

Assalamualaikum.


annoying

-Annoying gila  bila menulis guna word "GUA" sebagai ganti diri dalam menulis kat blog nih-

Khamis, 13 Disember 2012

petunjuk dan dorongan.

betullah taufik dan hidayah itu dua entiti berbeza tetapi saling berhubung kait.

member gua pernah cerita dulu.

dia cerita dari kuliah seorang ustaz di sekolah dulu.

gua dengar dia bercerita bukanlah gua tak mendengar kuliah ustaz ustaz.

gua dengar,cumanya jarang-jarang.

itu pun masa tahun akhir.

senang ceritanya dua tahun terakhir gua belajar.

bodoh sombong ustaz gua kata kat geng geng yang culas masuk kuliah.

lepak bilik,bersembang makan.

hisap rokok tak da.

salah satu benda yang gua bangga.

enam tahun gua belajar,batch gua sekoq pun tak sangkut dengan benda yang cucuh lepas tu keluarkan asap ikut hidung dengan mulut.

hebat kan batch gua.(berlagak dua minit)

terlajak jauh cerita gua.

dah dua tiga kali gua usha dari balik tingkap.

ada dua tiga orang budak perempuan kampung gua yang lepak bawah pokok rambutan rumah gua.

lepak atas pangkin time member dia masuk rumah gua baca al-quran dan iqra.

sebelum gua terlupa,pelajar yang hadir kelas pengajian nih ada yang baca quran selain iqra.

yang menengah kebanyakkan baca quran.

gua akan jadi bidan terjun bila tenaga pengajar otai,emak atau bapa tak dapat attend tugas mengajar.

sasaran gua budak-budak baca iqra,senang piat telinga.yang besar besar nak piat pun susah,geng main bola sepadang.

ok.gua sekali lagi tersasar dengan objektif posting.

gua nak bagitahu,

taufik ialah kekuatan kita nak melakukan sesuatu amal.

hidayah pulak ialah seorang yang bernama hidayah.ok tak lawak.

hidayah bermakna segala benda yang salah kita nampak salah,yang betul nampak betul.senang ceritanya kita dapat bezakan yang hak dan batil.

apa yang gua nak hubungkan ialah,budak perempuan yang lepak bawah pokok rumah gua dia dapat hidayah,dia tahu belajar quran itu baik.tapi taufik belum Allah campakkan untuk dia duduk sama-sama dengan member dia belajar quran dengan emak dan bapak gua.




kalah ?

ok malaysia kalah.

tutup buku.

gua tengah hangin nih.

portal kolej masih tak boleh bukak.

patutnya daftar masuk sembilan haribulan 12,ni dah berapa.

lemah betul pengurusan IT.

macamana gua nak register kos.

macamana gua nak pilih syeikh yang sporting.

haih la.


Jumaat, 7 Disember 2012

Tok wa (part 1)

Pagi tu,aku bangun awal.Mandi pakai baju melayu warna merah hati,kain pelekat jalur maroon.

'Baim!mana minyak wangi hang,mai nak guna sikit."aku tanya.

"Ada dalam bilik aku la,atas meja study,jangan guna banyak-banyak,mahal aku beli tu."jawab Baim,mata terpejam.mulut cakap.

"kedekut gila."aku cakap dalam hati.

Niat hati,nak pergi jumpa Tok Wa,tok saudara sebelah emak.Susuk tua yang selalu jalan kaki ke masjid setiap waktu.Malu.Aku yang sihat cergas pergi masjid jemaah boleh bilang dengan jari.Bilang dengan sebelah jari pula tu.

Usai solat Subuh,aku cari Tok Wa.Jemaah masjid dah beransur pulang.Hari ini,entah kenapa,Imam Majid baca surah pendek.Selalunya kalau solat subuh,lepas al-fatihah Imam Majid baca surah panjang macam an-naba',an-naziat dan surah-surah awal juz amma.

''ada nampak Tok Wa dak pakcik Rim?"aku tanya pakcik Karim.

"Tok Wa hang ada kat stor belakang tu kot,kata nak kemas Quran buruk dalam bilik tu."jawab pakcik Karim.

"Tima kasih."aku berbahasa.


Selasa, 4 Disember 2012

nasihat ikhlas

"Menulis ni kena dari hati. Bukan pasal kau nak dapat ramai reader, ramai follower, ramai peminat. Kalau kau menulis pasal nak dapat banyak komen, nak ada orang ikut, ada orang suka, baik kau lupakan saja. Nanti bila takda orang komen, takda orang baca, kau jadi down. Menulis ni kena ada minat. Kau menulis apa saja yang kau suka, jangan peduli sama ada ada orang membacanya atau tidak. Dan dalam kau suka-suka menulis, kau seimbangkan segala adab, akhlaq, baraqah, ma'sum, fanaa, najaasah, nifaq, wahdat al-wujud, zalimun, hafith, ilmu, haqq, batil, infaq, naseeha, lagha, ma'ruf, alamin, basher, minhaj, nas, roh, dar'ud, falah, fitnah, taghut, fitrah, da'wah, mubah, tahir, dhikr, aslim taslam, mut'ah, awliya, 'azl dalam tulisan kau. Barulah ada kemanisan dalam menulis itu"


--BOZU--

Khamis, 22 November 2012

bosan.

gua cuti semester atau bahasa orang puteh,semester break.

bosan.

cukup mudah gua buat konklusi awal.

setakat ini,tiada apa yang menarik,selain main bola,tolong emak pergi kedai,kemas bilik.dan menonton tivi.


Isnin, 29 Oktober 2012

selisih

gua selisih sorang makcik dalam lingkungan 40 an galas beg anak sekolah sambil payung.melindungi dia dan anak dari terik panas membahang 12 tengahari.
gua syak budak sekolah rendah anak dia.

balik hantaq cik nana gua naik bas di pokok sena.

on the way balik rumah.

gua selisih lagi makcik dengan anak dia.

sangkaan gua meleset.

anak dia belajar sekolah menengah pokok sena.

1500 meter lebih kurang jalan kaki dari pekan pokok sena ke sekolah.

betapa pengorbanan seorang ibu untuk anaknya.

gua usha,budak budak lain pun jalan kaki,tapi dengan kawan kawan la.

tapi budak ni lain sikit.mak yang escort.

tersentuh juga hati lelaki gua.

bagaimana cerita di suratkhabar la ni,

anak buang ibu,

anak tinggal ayah di bus stand

di rumah orang tua.

hai laaaa.


notakaki :

selisih bermakna terserempak.
dan makcik yang gua selisih gua tak kenal.
sekian.

Ahad, 28 Oktober 2012

selamat hari raya aidil adha

rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan

 selamat hari raya aidil adha.

masa pantas berlalu.sedar ataupun tidak kita dah di hujung oktober.

saya di penghujung semester pertama.

rasanya macam semalam saya baru daftar masuk belajar.

rasanya macam baru semalam saya bergelak dan bergurau senda dengan kawan kawan.

semua lipatan suka duka disimpan.

kadang kadang buat kita tersenyum sendirian.

begitulah hidup.semakin hari semakin mencabar.

satu benda yang saya sudah diasuh sejak kecil ketika melalui tanah perkuburan islam ialah membaca al ikhlas.

perjalanan dari rumah saya ke rumah tok akan melalui sebuah perkuburan islam.

setiap kali melalui tanah perkuburan,setiap itulah mulut emak akan membaca surah al ikhlas.

pahala bacaan disedekahkan kepada penghuninya.

saya melalui jalan kedundung-derang-bukit pinang.

bermakna tiga tanah perkuburan akan saya lalui.

secara automatik mulut akan buka baca al ikhlas.

ada yang bertanya kenapa al ikhlas,kenapa bukan al fatihah.

ya,memang al fatihah yang disarankan.tapi tak salah membaca al ikhlas yang lebih pendek.

bukankah amalan yang sedikit berterusan lebih cun dari banyak tapi hanya sekali sekala.

saya masih ingat tarbiyah abang ketua bilik masa di sekolah menengah dulu.

diajar kami witir satu rakaat sebelum tidur.

bila dengar satu semua ahli ringan nak buat.walaupun la ni saya kurang lekat,tapi kita nampak betapa angka memainkan peranan yang sangat besar dalam sesuatu perkara.

sama halnya dalam menghadiri kelas.ha ha ha.

baiklah.

semalam saya bermain bola.

bola sepak padang rumput.

apa yang buat lebih berharga ialah main dengan kawan sekampung.

terasa ukhwah masih melekat.walaupun masa saya bersama mereka ialah masa sekolah rendah.

selepas itu masuk sekolah menengah dok asrama,balik seminggu sekali(walaupun peraturan balik 3 minggu sekali)

tetapi masa terbatas,lepas tiga thanawi,saya ambik stam di kepala batas,ulang alik dari umah sewa juga seminggu sekali.

tapi kuasa dari bola sepak berjaya menyatu padukan ukhwah kami.(cewahhh.bahasa gua bolih tahan falsafah)

tapi itulah hidupan,kita tak boleh hidup seorang.

walaupun pendidikan saya dari latar belakang agama,saya tidak pernah memandang mereka dengan satu perasaan yang tidak suka apabila melihat kepala lutut depa tersembui keluaq,main xpakai baju.slow slow tackle dan tarbiyah nanti.bagaimana islam tulen dan riadah dikira ibadah. :)

layan lagu sepam.

klik






Selasa, 2 Oktober 2012

jauh jauh

saya lihat luar tingkap.

tengok pokok nyior melambai lambai ditiup angin.

ada seekor tupai meniti di atas wayar on the way menebuk kelapa.

saya bosan.

ambik kitab fiqh.selak dua helai.

tengok tajuk bab membatalkan solat.

dua minit.saya tutup buku.

kepala otak menerawang jauh.

jauh sangat.

agaknya kalau diukur kejauhan otak saya menerawang mungkin tak dapat terukur dengan nombor yang ada.

assignment tak siap lagi.

ringkasa pun tak mula lagi.

ahhhh.

benda biasa.

yang luar biasa ialah selak buku lima bulan sebelum exam.

cerita lain.

kawan kawan saya di sekolah menengah dulu dah selamat melanjutkan pelajaran ke timur tengah.

jordan.mesir.ok.dua negara itu saja.

saya masih di malaysia.

masih melalui jalan yang sama.

bertutur bahasa yang diguna sejak berbelas tahun dahulu.

masih melihat jiran dan beli jeli kelapa yang sama.

cumanya level saya belajar sikit sudah meningkat.

lebih kurang 2 minggu lagi nak exam.

ok.sekian.



Isnin, 10 September 2012

random III

amboi.lama jugak saya tak menulis.
bukan apa.
banyak kerja.
dan sedikit malas.

2 3 minggu kebelakangan,kenduri doa selamat kawan kawan saya pergi belajar.
jordan.mesir.
tipulah kalau kata tak jeles.
rezeki ni Tuhan dah tetap masing masing.
minggu ujian hampir setel.
mudah.mudah sangat.
assigment pun banyak.
tapi buat gruping.
so tak ada masalah sangat.
oleh kerana minat yang mendalam terhadap buku.
5/6 tahun akan datang,saya akan buka sebuah kedai buku.
insya ALLAH.

buat buku ???
sulam sulam laaaa.

Isnin, 20 Ogos 2012

orang post raya,kenapa saya tidak ?

selamat hari raya aidil fitri.
maaf zahir dan batin.
raya tahun ini macam biasa.
paginya saya akan tolong emak masukkan kuih raya dalam bekas/botol.
bancuh air.bentang saprah.
duit raya juga saya pegang.
budak budak mana yang nak duit mesti salam cium tangan saya dulu.
tapi lelaki saja la.
kalau perempuan saya tengok jugak.
kalau 3 tahun ke bwah mesti salam.


entah macamana saya boleh terlupa tangkap gmbaq pakai baju raya.
tak boleh nak upload kat facebook.
#kahkahkahkahkahkahkahkah.macam best pulakkkk.

sekian.terima kasih.
stalker blog saya kurang2 tinggal la jejak sikit,boleh jugak kunjun balas.
macam raya la jugak. peace! 

Ahad, 29 Julai 2012

kisahnyaaa duaaa

sibuk betul saya sekarang.

sibuk belajar

sibuk main pes 2012,sibuk berfutsal.

belajar syariah bukan boleh main-main.

belajar apa pun tak boleh main-main sebenarnya.

Ramadhan pada tahun ini lain sikit rasanya.

ah,setiap tahun lain lain.ha ha.

kelas saya kebanyakkannya pagi.

saya berasakan,otak saya sangat cerdas pada waktu pagi.

ahad,isnin,rabu dan khamis semuanya bermula lapan pagi.

setakat sekarang,subjek fevret untuk saya tumpu 120 peratus ialah qadaya muasirah.

itu pun pasai,lecturer orang melayu pattani,bila syarah arab,selalu gunakan bahasa yang mudah.

lepas tu translate pulak bahasa melayu sikit-sikit.

fiqh syafie,fiqh muqaran dua-dua lecturer arab.

setakat ini,kehadiran saya masih bagus,setiap kelas hanya ada satu yang kantoi selepas 3 minggu belajar.hebat bukan ?




Khamis, 12 Julai 2012

kisahnyaaa

minggu ketiga saya belajar.

cepat betul masa berlalu.

perlahan lahan saya cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru.

ceh,poyo nak sesuai sesuai.

tempat dok tengok selalu kot.

sebenarnya,banyak juga benda baru.

kawan baru,style belajar baru.

tempat tidur baru.syeikh baru.

first masuk kelas.

pumpampumpam dengar syeikh syarah.

paham dengan tak paham sama banyak.

dan saya tak expect lebih lebih.

baru sehari masuk kelas kot.

bahasa arab pun berkarat lama tak guna(alasan)

secara diam-diam saya terfikir,

kenapa aku tak cuba untuk memajukan diri sendiri.

"sampai bila masih terikut ikut dengan cara sekolah"

makan cikgu suap.kadangkala,cikgu tolong hncurkan makanan.pelajar cuma telan.

ini lain.universiti.cara makan lain sama sekali.

banyak benda yang berlaku dan saya belajar sejak berada di sini.

sekian untuk masa ini.

Khamis, 28 Jun 2012

kolej dan ceritanya.

25 jun.
saya daftar belajar.
mak dan bapak yang hantar.
semangat lain macam sikit bila dua orang tua hantar.
hikhik.
keluar rumah pukul 7 40 pagi.
pendaftaran mula pukul 8 30 pagi.
arahan bapak langsung saya tak berani nak mintak excuse.
macam arahan gunting rambut sebelum pergi daftar.
sekali arahan,terus saya bergegas bangun.
lain cerita emak saya yang super power,sekali arahan saya masih berani ber'excuse'.
ok sambung cerita.
sampai sekitar jam lapan suku(saya lebih gemar menulis nombor dengan perkataan)
perkarangan kolej sudah sesak dengan kenderaan waris menghantar anak anak untuk belajar.
saya punya pakaian seluar hitam,kemeja putih lengan panjang,kopiah putih.(dalam buku panduan kena pakai songkok hitam.)


********

saya dirasuk kemalasan dengan tiba tiba.nanti sambung lain.

Sabtu, 23 Jun 2012

semangat kabur dalam jerebu.

selesai tengok karoot komedia x kat astro warna.

saya bergegas mandi menyejukkan badan.

semangat nak mentelaah kitab nahu ringkasan (stam).

persediaan nak imtihan qobul kuin.

perangat balik orang kata.

mati mati saya ingat sayalah manusia paling beruntung.

naeem,buku dia orang pinjam.

anney buku dia hilang.

saya bergelak ketawa pesaing-pesaing saya tak ada buku.

tapi lepas mandi,usha dalam kotak kitab stam tak ada pulak.

ah sudah!

cis,rupanya saya bagi pinjam pada pak Hassan di kidu.

oh,saya juga mengalami nasib serupa.

selongkar rak kitab,ada jugak terjemahan matan jurumiyah.

bolehlah habuan nak ingat balik skill lama dulu.(lama lah sangat)

tiba tiba semangat mentelaah saya juga hilang,seolah olah melayang dan ghaib dalam jerebu yang melanda pokok sena sekarang.


sekian.buat masa ini.

#ada orang tu pergi brayun,nak hirup udara segar konon,jerebu tebal udara segar celah mana.ha ha ha.
jangan balik rumah jadi semput sudah.

Rabu, 20 Jun 2012

SAYA SIKIT EURO SIKIT

musim euro.jadual tidur saya terjejas.tambahan pula tiada komitmen yang memerlukan saya bangun awal,gosok baju dan mandi seterusnya bergegas pergi ke sekolah/tempat kerja.
beberapa hari lagi saya akan mula belajar.
dan saya masih berharap untuk sesuatu yang lebih saya berkenan.


FORZA ITALIA !!!!








Rabu, 13 Jun 2012

random 14

tadi rasa ada idea.tiba-tiba hilang pulak.

chipsmore btul.

Selasa, 5 Jun 2012

SAMAR SAMAR

orang yang terer ialah orang yang ambil pengajaran dan sisi positif dalam perkara yang berlaku seharian dalam hidupnya.
samaada suka atau duka.

minggu pertama bulan Jun.
saya sempat menyertai himpunan ke putrajaya.
pengalaman baru.
hijau.
terbaik.itu yang mampu saya katakan.

banyak benda yang samar samar berlaku dalam hidup kita.
yang pasti hanya satu iaitu MATI.

yang penting kita perlu bersedia untuk menerima apa juga yang mendatang.
ah.saya dalam dilema.
membuat keputusan yang besar dalam hidup.
samada belajar di insaniah ataupun tunggu upu.

Insaniah yang sudah pasti saya diterima belajar.
dan keputusan upu yang masih samar-samar.

saya menyelesaikan kekusutan yang dialami dengan sibukkan diri dengan aktiviti lain.
walaupun pada hakikatnya akan sampai satu tahap saya mesti membuat keputusan.
saya masih berharap dan terus berharap diterima sebagai pelajar di universiti tuttt.

ahhhhh.....

************


abaikan semua di atas.

walau apa yang berlaku
ingat,Allah adalah sebaik-baik perancang.
dan saya kurang berani mengambil risiko mengabaikan kemasukkan kuin pada 25 jun 2012 dan menunggu keputusan upu pada 2 julai 2012..

kesimpulannya sekarang.

saya BLURRRR.

Rabu, 30 Mei 2012

bukan cara saya.

dua tiga hari kebelakangan ini saya agak semangat.

bagi siapa yang follow page saya di fesbuk tahulah.

update ntahapa hapa berkenaan jiwang.

sejujurnya jiwang bukan cara saya.ha ha ha.

serius.

mungkin kerana bosan,tak tahu nak buat apa.mungkin.

maka sasaran kerja saya ialah membaca.

membaca apa biarlah menjadi rahsia saya,makcik saya dan Tuhan.


ok.


saya baru selesai menonton filem SEEFOOD.

dan ianya sangat menarik untuk mengisi kebosanan berada di rumah.

Sabtu, 26 Mei 2012

ulang kalau dah suka.

pepatah arab ada sebut.

kalau kita suka sesuatu,kita akan ulang-ulang sebut.

okey,



madrasahzuhdiah
pondokzuhdiah
madrasahzuhdiah
pondokzuhdiah
madrasahzuhdiah
pondokzuhdiah
madrasahzuhdiah
pondokzuhdiah
madrasahzuhdiah
pondokzuhdiah
madrasahzuhdiah
pondokzuhdiah
madrasahzuhdiah
pondokzuhdiah
madrasahzuhdiah
pondokzuhdiah

amacam??ulang2 x saya sebut.

hikhik

Rabu, 16 Mei 2012

random (iii)

mak : ni tulisan kau ka hadie ?

saya : mana?(sambil ambik buku dari tangan mak) ha,dia la.

mak : kecik tulisan kau.

saya : ha,kecik la,tu time rajin.

****
kalau usha dialog di atas ada sedikit ralat dengan ganti nama yang mak berikan pada saya.

kalau ori guna ''hang'' tapi guna ''kau''

ha ha ha.

apa nak hairan.mak saya lahir di singapura.

dan ke'pure' kedahan itu kantoi jugak sikit.

antara bahasa lain ialah yang tidak jadi kedahan ialah

sarapan kalau pure kedah ianya jadi menyeghok.

dan ada beberapa istilah lagi.

****

cerita yang saya nak ketengahkan hanyalah

saya sudah diterima belajar.

ok.boleh rasa selesa sementara.

tak perlu kalut dok melangut saja di rumah.

****


Isnin, 14 Mei 2012

random (ii)







13 mei 2012.sempat meluangkan masa bertanya khabar beramah mesra dengan set set titibesi.
Mereka masih cool dan sempoi macam dulu.
Main futsal.peh.pancit.bahana terlalu lama rilex dan hanya tahu makan dan tidur.
Kalah menang tak jadi prioriti.
tapi kepuasan dapat lepak minum ayaq semeja yang layannya.

****

Macam biasa,jalan yang akan saya lalui untuk ke Kepala Batas ialah jalan kedundung-derang-bukit pinang.
Kedundung.tempat orang pelihara lembu tepi jalan.
tahun lepas,seorang pelajar kemalangan kerana melanggar sebuah motosikal yang terbalik di tengah jalan kerana melanggar lembu.
-tuan lembu bangang macam lembu-
pengajaran-tambatlah lembu di malam hari.takkan nak marahkan lembu.
nampak sangat lembu.
Derang.tempat yang saya katakan berkat dan sejuk mata dan hati apabila melalui situ.
Maahad yang diasaskan oleh Almarhum Ust Nikmat Yusoff.
kalau dari pokok sena,mula-mula sekali kita akan melihat pelajar sekitar 6-11 tahun.
Lelaki berpakaiang jubah putih dan kepiah.dan perempuan berpakaian jubah dan tudung litup melepasi bawah pinggang.
kalau kedepan sikit pelajar menengah dan tafaqquh.uniform sama.
Bukit pinang.tempat legend kalau nak lepak makan mee goreng.
pekan kecil yang padat.populasi masyarakt melayu 60 per cent dan cina 40 per cent.(saya wtpala)
Tapi apa yang saya perhati booth ayam goreng reny sudah bungkus.
Ayam yang seketul seringgit sudah tidak wujud.
Sebabnya,ada lagi satu booth ayan goreng wan.satu seringgit jugak.dan saya agak dia penduduk ori bukit pinang.dan itu antara sebab kukuh kenapa wan lebih sukses dari reny.

****

banyak buku yang saya beli masih tak terbaca.
bukan kerana banyak buku.
bukan jugak kerana sempit masa.
tapi kerana komitmen.
dan malas.
berada di rumah ujiannya lain sikit.
dengan internet,astro dan pes2012.
membuatkan saya jadi sibuk.
Buku tersusun di library mini dalam bilik.
segak tak terusik.
mungkin masa saya mentelaah buku-buku tersebut masa di kampus nanti.
berlagak.

*****

hari ibu.
menjadi persoalan boleh atau tidak sambut.
ha ha ha.
riuh rendah.
ada kata boleh.
ada kata tak boleh.
bagi saya.
sambut hari ibu dengan mendoakan kesejahteraan untuk ibu.
sentiasa.
bukankah doa anak untuk kedua ibubapa adalah amalan yang berterusan untuk mereka setelah meninggal kelak.

******


Khamis, 10 Mei 2012

random (i)

bercakap soal minat,semua orang ada minat tersendiri.

kadang-kadang untuk menyatakan minat tak perlu alasan.

''kenapa kau minat itu,ini?''

''tak tau,dah ter minat nak buat macamana''.

minat benda baik.

minat benda kurang baik.

minat benda yang langsung tak baik.

******

bercerita secara jujur dan telus.

susah hati jugak sebenarnya fikir mana nak sambung belajar.

kawan-kawan lain semua bukan main seronok belajar.

ah,tepu.

tadi sebelum buka laptop banyak idea nak tulis kat sini.

bersepah-sepah.






Isnin, 7 Mei 2012

pbkl dan kelate

Seminggu yang lalu saya berada di beberapa lokasi.

Jauh dari rumah saya.Pokok Sena.

Rancangan Allah kita tak pernah tahu.

Kita sebagai manusia hanya mampu plan itu dan ini.

Yang nak approve DIA.

30 april 2012.

Allah sampaikan saya ke PBAKL.PWTC.

Perasaan jangan cakap.

Sangat teruja.

Kahkah.poyo disitu.

Apadahal.

Kali pertama sampai kot.

PERAK seminit.(dibaca dengan epepet)

duit poket ayah saya bagi 200.

Kalau ikut nafsu memang tak cukup.

tapi,oleh kerana dari kecil saya diajar dengan sikap bersyukur dan menerima seadanya.

Secara automatik jumlah uang tidak menjadi isu disini.

Saya membuat beberapa pembelian bijak.

beberapa buku untuk emak saya dan ibu saudara.

dan untuk saya juga.

obses terhadap buku dan bahan bacaan itu bagus.

obses terhadap maksiat itu binasa.

bayangkan,saya berjaya membuat pembelian yang amat berbaloi dalam masa lebih kurang 3-4 jam sahaja.

Waktu yang sangat pack.

Tapi saya puas hati.

buku keluaran pts

''dahsyatnya doa ibu''
''kenapa Rasulullah tak pernah sakit''

dan beberapa buah lagi yang saya tak ingat judul.
(tak ingat judul bermakna banyak buah buku yang saya beli)

Jumaat 4 Mei 2012.

dengan Izin-Nya saya berkesempatan join konvoi kereta kodok

volkswagen atau folkswagen.

ke Jambori kenderaan Klasik sempena tahun melawat Kelantan 2012.

padang belakang TESCO Kota Bharu.berhadapan kolej Masterskill.

pengalaman baru.

dan apa yang saya perhati,rakyat kelantan sangat peramah.

sarapan utama nasik kerabu dan makan malan burger.
*pemerhatian saya selama 2 hari 1 malam. ha ha ha.

sekian.

Sabtu, 28 April 2012

mestilah saya sokong!


kuning,asfar,yellow.


bukti bahawa saya seorang remaja yang peka dan ambil tahu hal-hal semasa.

''hang tak join 3.0?'' kata majid.
''aku demo-demo ni kurang sikit,tapi kalau ceramah aku p'' jawab hanafi.

Sebenarnya bukanlah masalah besar kalau tak join.kata ust Azhar ianya fardu kifayah.

Bukan ulasan saya berkenaan hukum hakam.

Tapi masih ada segelintir di kalangan kita yang paham

SOKONG BERSIH -WAJIB JOIN.DUDUK BANTAH.JERIT REFORMASI,MINTAK 8 TUNTUTAN.

oh!sangat sempit.

teringat saya kata-kata seorang guru.

''ana kalau nak pakai baju PAS ada lambang bulan,gmbaq tok guru,tulis pakatan rakyat,pastu pacak bendera depan rumah sebenarnya kurang minat sikit..tapi kalau ceramah,,set time tepat.mesti p punya.ada munajat dengan pimpinan,ana join,ada tamrin ana masuk..semangat dalam hati,hijau piau''

hah tengok.kan lain orang lain style sokong.

Malas cerita panjang.

Kalau tak mampu jejak nak join,kirim doa,mintak para pendemo selamat,Allah tolong mudahkan segala urusan.SPR laksanakan 8 tuntutan.

Niat kita ALLAH tahu.



Khamis, 26 April 2012

sepicis mengarut

- blogger layout baru...binawe!tukaq tak mintak kebenaran saya.
-sedang berlatih menyesuaikan diri.
-semangat betui nak menulis.tapi idea tarak.ha ha ha.
-benda mudah sebenarnya,tapi dah banyak mengarut.
-banyak pulak benda nak buat.
-kena tahu beza mana keperluan,mana kemahuan.


*oh ya,saya menaip benda di atas 30 saat sahaja,laju bukan?ada banyak kelebihan saya sebenarnya.nanti saya cerita.

Selasa, 24 April 2012

sekilas lalu politik sekarang

Sebagai anak muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Saya melihat situasi politik Malaysia pada hari ini sangat-sangat menarik.

Saya malas nak ulas panjang.

Anak muda yang berwawasan macam saya mesti baca dan dapatkan ulasan mengancam berkenaan politik malaysia pada hari ini di sini


Hadam betul-betul.Jangan telan begitu sahaja.


Jumaat, 13 April 2012

penat

penat.

bukan main-main punya penat.

empat hari tiga malam buat program.

melatih kader kader islam.

menyubur dan membaja dengan perjuangan.

biar kental,kuat dan gagah.

Mukmin yang kuat dan mantap lebih baik dari mukmin yang lemah.

secara automatik kenangan 2006 mukhayyam tarbawi menjengah.

tahun ini giliran saya pulak.

lokasi dan modul lebih kurang sama.

ragging dan latu.

bukan sebagai peserta.

tapi pemudah cara.

kenangan manis pahit masam masin payau tawar.

semuanya bergaul menjadi satu.

13 14 15 april.

saya akan menjengah kawan-kawan di selangor.

mudah segala hendaknya.

sekali lagi.

PENAT.

dan sibuk.


Khamis, 29 Mac 2012

boleh kalah tapi jangan mengalah

Memang kita hidup untuk tempuh ujian.

Saya ada terbaca quote yang manusia ini macam uncang teh,

Dia tak tahu setara mana kekuatan,kekerasan,keampuhan,kekenyalan.

Sehinggalah ia uncang itu dicelop dengan air panas.

Hari ahad,dua puluh lima mac

Dua kali tayar motor saya pancit.

Satu dekat as selatan.

Satu di guar cempedak.

Dan syukur,saya mampu bertahan dengan ujian dari ALLAH.

Dua puluh ringgit malaysia saya bagi pada apek cina tukar tiub.

satu enam ringgit.murah.senang pecah.

Satu lagi empatbelas.kenyal.ok.selamat guna sampai hari ini.


perjalanan yang patutnya makan masa 1 hingga 1 1/2 ja berlarutan hingga 3 jam lebih.

Dengan cuaca yang membara.

Saya bersabar.

Ini semua ujian saya pergi menuntut Ilmu.

Akhirnya hari ini saya mampu tersenyum riang.

Bergurau dengan warga madrasah yang semuanya cool dan baik hati.

moralnya.Jangan mengalah.

Saya boldkan

JANGAN MENGALAH

KITA BOLEH KALAH.TAPI JANGAN MENGALAH.


*

Ahad, 25 Mac 2012

only hope.



Sedap pulak saya dengar muzik ini.
(paham sikit-sikit ja sebenarnya)

Sebenarnya salah satu kita belajar ialah melalui lagu.

Sebab itu para ulama dahulu menghimpun matan-matan ilmu dalam bentuk syair.

Senang nak ingat.

Salah satu contoh,matan alfiyah.ada seribu bait berkenaan ilmu sarf.

Tapi kalau nak belajar bab syair dan arudh.

Saya angkat tangan.

Saya agak perlahan.

Kurang berminat mungkin.

Banyak lagi lagu yang bagus untuk belajar bahasa inggeris.

Jangan asyik nak dengar Maher Zain saja.

Yusuf Islam ada.

Daud Wharnsby Ali ada.

Ramai lagi sebenarnya.

Tapi ini lagu only hope.

Saya layan sejenak sahaja.

Saya lebih gemarkan nasyid dan lagu slow-slow.

Tapi sarat dengan mesej.

sekian.

Sabtu, 24 Mac 2012

sekilas lalu

Esok saya akan pulang.

Belajar dan belajar.

Berjumpa tuan guru haji Rifaie.

Sangat tawadu'.

Berjumpa dengan ketua pelajar,Abang Abu.

Seorang yang sporting dan senang cool.

Juga rileks dan suka melawak.

Jujurnya saya tenang dan senang dengan warga madrasah ini.

Dengan orang-orang tua yang layak dipanggil tokwan dan tok.

Mereka peramah dan suka berkongsi cerita.

Kadang saya juga terfikir,apabila saya tua kelak,mungkin tempat sebegini paling sesuai.

Menghabiskan sisa hidup dalam medan ilmu.

Selaras dengan sabda Baginda Nabi.

Tuntutlah Ilmu dari dalam buaian hingga ke lubang lahad.

Sekarang saya betul-betul ketagih nak belajar.

Macam kawan-kawan yang lain.

Pergi ke kelas.Bawak buku.

Ah,manusia memang begitu.

Bila lapang rindu waktu sibuk.

Bila dah sibuk rindu nak lapang.

ok.dah banyak saya mengarut.

Nak kemas baju dan servis enjin jentera saya.

Kalau saya tiada dalam masa seminggu dua.

Rindu.Itu tanda hangpa semua manusia normal.

Bersyukurlah.


cerita lama....lama la sangat

Sebenarnya lama dah saya nak cerita,tapi tak dan,malas pun iya jugak.
sebelum baca,pastikan hangpa dalam mood yang cool.
bukan tengah panas atau sedang lapar nasik

set-set kawan masa kat ttbc

semuanya tak lebih.
sekadar senyum-senyum.
bukan niat lain.
kita kan kawan.




*lama dia berkawan dengan saya.beza,bukan saya berkawan dengan dia.perlu paham.
teman tengok bola,sembang bola,penyokong kuat henry dan thiru.
dari muassasah ke ttbc sekali.
bab amar makruf nahi mungkar dia otai.boleh mintak tunjuk ajar.
oh ya.dia juga suka makan nasik maksu simpang.


*ini jugak kawan lama saya.dari sekolah bukit larek lagi.
ada moto yamaha Z.bukan Rxz...Z sahaja.
jatuh moto tu hal biasa.
dari muassasah ke ttbc sekali
Sukakan haiwan ternakan.gambar diatas buktinya.
Kalau nak mintak tolong tukaq plug moto memang legend.


*sebenarnya saya fikir banyak kali jugak nak upload pic hamba Allah ini.
produk maahad yang gagal.tapi baik hati.
suka menolong orang dalam kesusahan,tapi bagi orang susah pun dia suka.
Jalan kat Alostaq semua dia tau,lorong keretapi,kedai makanan sedap dan shisha yang murah.
Geng saya,pencinta bundle.

*budak dari gunung keriang
Kemas dan suka membandingkan kehenseman antara saya dan beliau.
punya suara yang merdu.ahli nasyid sekolah
oh ya,senang diajak teman pergi kemana-mana pada siang hari sahaja.malam untuk berehat katanya.



*ahmad,samad ah,mana-mana pun boleh.
murah senyuman dan penggemar sate.
kalau tak cukup orang main futsal boleh msej beliau.
punya ibu yang garang dan pandai bergurau.
ustazah malihah guru hadith saya.terima kaseh ustazah!



*budak sungai petani.
suka melawak dan cita-cita untuk menjadi seorang tauke kedai menjual anak patung dan kaca mata.
boleh ajak kalau nak p karaoke lagu def gab c.
peramah dan punya kekasih tukang besi.ok.saya tipu.



*bagus.itu tandanya beliau sedang happy.
suka menolong kawan-kawan.
punya tenaga yang kuat.dikatakan pernah menumbangkan 5 orang musuh(dewasa) dengan satu tumbukkan.
kawan sembang dan minta pendapat masa saya perlu.
teman balut juga.


*siapakah ini ???
seorang yang jimat dan berusaha bermati-matian untuk mendapatkan apa yang dia mau.
suka bercerita dan saya sukakannya.

--sebenarnya masih ramai set2 ttbc yang saya tak sebut,anep,pali,pami,fitri,yaser,syukri dan ramai lagi.--

*peace!semoga jalinan yang terbina ini diberkati-Nya dan kita sama-sama berkumpul di bawah rahmat-Nya di SANA kelak insya ALLAH. :D


Like u anyway

sumber : sini

Sebenarnya kita boleh melalui hari-hari yang senang,tak ada rasa sakit hati dengan kawan,cukuplah berbekalkan sikap terima seadanya.Tapi kalau dengki,itu masalah.Itu nafsu jahat.

*kita tak suka,kemudian orang bercakap juga.Tak boleh marah,benda dalam hati mana nak nampak,lain la kalau bagitau,kemudian masih dok cakap benda sama.Sepak pungkoq pun ok.

Ahad, 18 Mac 2012

dua keping

Mempersembahkan




















Rumah saya.Kaler oren.












Oh ya.ini keluarga sebelah Ibu saya juga.dimanakah saya ???

Jumaat, 9 Mac 2012

jumaat

Genap tiga minggu saya bercuti dari Madrasah Zuhdiah.Memang aturan yang longgar.Tiada yang marah.Tiada yang catit nama kerana kesalahan ponteng.Tapi jangan ada yang ambil kesempatan dengan kelonggaran tersebut.

Nak berjaya perlu ada disiplin.Kena ada adab.Benda nampak remeh,sebenarnya sangat memberi kesan kepada diri kita.

Hari ini kita disesakkan dengan isu Lynas,konflik di syria,kanak-kanak hilang ketika pergi ke kedai.Dan kita tetap dengan tugas masing-masing,sebagai pelajar,pekerja,penganggur dan sebagainya.

Oh ya,banjir yang melanda ibukota.Kuasa Tuhan.

Fenomena pesbuk.Malas nak ulas panjang.

Cita-cita saya masih macam dulu.macam dulu masa tingkatan tiga kalau tak silap,cita-cita saya telah terpasak kukuh.Jika dulu masa kecil cita-cita bukan main nak jadi askar,dah semua kawan-kawan sebaya nak jadi orang kuat,gagah,lelaki,maka cita-cita seperti askar polis bomba sentiasa meniti di bibir.

ah!baik berhenti sebelum saya mengarut lebih jauh.

Khamis, 8 Mac 2012

jumain jantan

Selesai solat maghrib,Jumai bersila atas sejadah,baca Yasin.Amalan yang tak pernah Jumain tinggal(kecuali ada kelas) semenjak pemergian abang angkatnya.

Esok ada present berkumpulan.Macam biasa,Jumain punya posisi duduk saja,suruh member yang buat bahagian dia.Jumain cuba buktikan,orang yang belajar suam-suam kuku pun boleh berjaya dengan cemerlang.prinsip yang sampai hari ini masih belum terbukti untuk dirinya.Entah mana dicedoknya prinsip begitu.

''Man!makan jom.''ajak Jumain.

''Dah makan,maggi ja'' Jawab Man.

'Takkan maggi ja,sip duit ka apa''

''aku kena saving la,ayah aku sakit,dia nak guna duit,ni pun skip dua bulan dah ayah aku tak bank in''

''owh,tak da hal,jom aku belanja''

Azman bin Abidin,kawan sebilik Jumain.Asal Ipoh,Perak.Peminat Steven Gerard.Penuh locker dengan poster idolanya itu.Teman sembang bola Jumain.


Isnin, 27 Februari 2012

leka.

belakangan ini saya rasa agak buntu.agak keliru.terlalu sibukkan diri dengan urusan duniawi yang sangat sia-sia.yang sangat hampas.zero.manusia memang tak dapat lari dari sifat lalai dan lupa.tapi saya betul-betul punya leka.original bak kata orang putih.bukan leka yang cetak rompak.

Pasti syaitan-syaitan sedang bertepuk tapak kerana berjaya membuat saya leka dan hanyut.

jangan sampai 40 hari hati tak diisi dengan ilmu dan tak bersaman orang soleh.kelak dirimu akan berada dalam sedih yang tak dapat dicerita.saya pernah. :((

Jumaat, 10 Februari 2012

motivasi hari-hari


draf perjalanan hidup saya sipi-sipi terpesong dek kerana keputusan exam yang agak ceroi.Bukan semua kita nak buleh dapat.itu pasal saya tak mau sedih lama-lama pkiaq benda nih...saya percaya banyak yang menanti di hujung bila saya terus bersabar dan sentiasa bermotivasi tanpa jemu berusaha...jangan putus asa dengan DIA...itu kunci orang berjaya...ya,tak pernah jemu berdoa dan meminta setelah berusaha.

ok,sekarang saya sedang memotivasikan diri sendiri.

tekanan,masalah,kusut,serabut...hangpa semua boleh pergi terjun lombong!!

Khamis, 9 Februari 2012

dimanakah kau wahai cinta

tajuk cinta..ha ha ha ha(langsung tak dak kena mengena)


oh ya!ini gambar last dapat dirakam sebelum berpisah dengan tuan rumah sewa kampung hilir,berpisah dengan tuan haji ismail and the geng...dan jugak set-set lepak study masa stam.

ah!!rindu...

quote pendek tapi padat

seeing people change isn't what hurts.what hurt is remembering who they used to be

















Khamis, 26 Januari 2012

begini ceritanya

ini hasil saya.

QURAN TAJWID - JAYYID
FIQH - JYYID
TAUHID MANTIQ - JYYID
TAFSIR DAN ULUM - JYYID JIDDAN
BALAGHAH - MAQBUL
ARUDH DAN QAFIYAH - MAQBUL
NAHU DAN SORF - MAQBUL
INSYA DAN MUTHALA'AH - JAYYID JIDDAN
HADITH DAN MUSTHOLAH - JYYID
ADAB DAN NUSUS -MAQBUL

jika dilihat natijah di atas bahagian lughah saja yang x berapa nak cun...semua tibai maqbul.
tuding jari kena kat batang hidung sendiri.


*redha ditimpa ujian
syukur diberi nikmat.

ah!mula rindu madrasah zuhdiah.rindu baba rifaie.

Isnin, 9 Januari 2012

diam mencari ilmu




ok.mungkin SEPi tiada post untuk seminggu,2minggu,3minggu,sebulan,dua bulan...mungkin jugak 10 bulan.

kenapa...

saya cari ilmu kat sini pulak..

Allahumma zidna Ilma,ALlahumma zidna fahma.

Selamat menuntut ilmu untuk saya dan kawan saya.

*budak kecik kt pix tu anak tuan guru.