Khamis, 13 November 2014

catatan november 2

Allah nak bagi sesuatu kadangkala dengan cara mudah.

Allah nak bagi sesuatu kadangkala dengan cara payah.

Cuba sekali, gagal.

Cuba dua kali, gagal.

Kita sedih sangat, tapi tak putus asa.

Cuba tiga kali, berjaya.

Kita senyum lebar dan gembira.

Dan kunci berjaya ialah jangan putus asa.

Dan jangan putus usaha.

Last, doa dan tawakal.

:)

Khamis, 6 November 2014

catatan November

Hampir dua minggu saya menduduki peperiksaan akhir. Baki lagi 3 paper. Petang tadi saya keluar dari bilik setelah seharian mentelaah pelajaran. Otak beri isyarat suruh berehat. Saya tukar pakaian riadah dan menuju taman jubli perak untuk jogging keluarkan peluh. Letih otak dengan letih badan, saya kira letih otak lebih teruk.

Taman jubli perak usai hujan dan tak ramai pengunjung. Sempat 20 minit saya lari diselang seli dengan jalan kaki. Cukuplah untuk hari ini. Otak dan badan ini sudah saya lunaskan kemahuan mereka.

Cuma apa yang menyedihkan saya ialah anak melayu yang naik moto laju macam celaka. Tempat pengunjung beriadah bersama keluarga jadi kurang selamat. Saya hanya sempat bersembang dengan salah seorang dari mereka. Tingkatan tiga, tinggal di taman lumba kuda. Naik motosikal Honda ex5. Saya sempat pesan jangan merempit di taman jubli perak. Tempat yang sangat tak sesuai.

Saya pulang dengan sikit perasaan kecewa. Anak muda Melayu jadi bangang sebegitu. Harapnya mereka sedar.