Khamis, 13 November 2014

catatan november 2

Allah nak bagi sesuatu kadangkala dengan cara mudah.

Allah nak bagi sesuatu kadangkala dengan cara payah.

Cuba sekali, gagal.

Cuba dua kali, gagal.

Kita sedih sangat, tapi tak putus asa.

Cuba tiga kali, berjaya.

Kita senyum lebar dan gembira.

Dan kunci berjaya ialah jangan putus asa.

Dan jangan putus usaha.

Last, doa dan tawakal.

:)

Khamis, 6 November 2014

catatan November

Hampir dua minggu saya menduduki peperiksaan akhir. Baki lagi 3 paper. Petang tadi saya keluar dari bilik setelah seharian mentelaah pelajaran. Otak beri isyarat suruh berehat. Saya tukar pakaian riadah dan menuju taman jubli perak untuk jogging keluarkan peluh. Letih otak dengan letih badan, saya kira letih otak lebih teruk.

Taman jubli perak usai hujan dan tak ramai pengunjung. Sempat 20 minit saya lari diselang seli dengan jalan kaki. Cukuplah untuk hari ini. Otak dan badan ini sudah saya lunaskan kemahuan mereka.

Cuma apa yang menyedihkan saya ialah anak melayu yang naik moto laju macam celaka. Tempat pengunjung beriadah bersama keluarga jadi kurang selamat. Saya hanya sempat bersembang dengan salah seorang dari mereka. Tingkatan tiga, tinggal di taman lumba kuda. Naik motosikal Honda ex5. Saya sempat pesan jangan merempit di taman jubli perak. Tempat yang sangat tak sesuai.

Saya pulang dengan sikit perasaan kecewa. Anak muda Melayu jadi bangang sebegitu. Harapnya mereka sedar.

Khamis, 23 Oktober 2014

Johari yang kena double impact hatinya

"Tuhan tu Maha Adil Joe. Dia ambil dua orang tua paling kau sayang. Tuhan berikan kau 3 adik beradik yang sayang kau sepenuh hati. Aku tak sangka kau tak boleh move on lagi lepas 6 bulan Joe. Bangun Joe bangun. Bangun dan lihat orang sekeliling kau yang tak pernah putus ada bagi kau semangat. Amirah, Munirah dan Zahirah semua sayang kau Joe. Semua tak berhenti berdoa supaya kau jadi abang Johari yang dulu. Abang Johari yang selalu buat lawak, abang  Johari yang selalu masak mee goreng power untuk Amirah. Abang johari yang bonceng Zahirah dengan vespa buruk arwah abah kau tiap petang. Abang johari yang selalu mengusik Munirah dengan katak getah sampai menangis ketakutan. Move on Joe. Aku rindu Johari yang happy go lucky"

Johari membatu. Pandangannya jauh ke arah garaj kereta arwah abahnya. 6 bulan lalu dia berjanji mahu hadiahkan abah dan emak segulung ijazah. Johari terkandas, tempoh waktu 4 tahun yang sepatutnya sudah graduasi jadi sebaliknya. 5 subjek gagal dan perlu tambah tempoh pengajian di kolej. Johari ralat. Johari kecewa dengan diri sendiri. Emak dan abah pergi tanpa sempat melihat johari berjaya. Emak dan abah terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan mahu ziarah Johari di kolej. Kereta dipandu abah dilanggar sebuah lori tanah yang terbabas dari arah bertentangan. Tiga orang adiknya selamat tanpa ada sebarang kecederaan. 

Johari hanya mengurung diri dalam biliknya . Masa johari hanya ada untuk tiga bahagian iaitu tidur, makan dan mandi. Semangat johari dah hilang. Semangat Johari dah mati. Semasa dapat panggilan dari hospital memaklumkan pemergian emak dan abah mengadap Ilahi, Johari jatuh pengsan serta merta. Dua hari kemudian Johari sedarkan diri dan terus menyepi hingga ke hari ini.

Tak apalah Joe. Aku balik dulu. Esok aku datang semula sembang dengan kau lepas aku habis kerja.

Aku sempat letakkan nasi putih dengan daging masak merah di atas meja. Aku beli dari kedai Abang Kamil. Lauk kesukaan Joe. 6 bulan Joe tak bercakap, tak terurus. Rambut dah macam orang gila. Berjambang serabut. Macam Tom Hanks dalam cerita Cast Away.

Kata Munirah, Joe sedih sebab kecewa hancurkan harapan emak dan abah. Aku punya tanggapan pula lain. Joe sedih sebab kematian emak abah dan ditinggal tunang kesayangan.

Aku diam. Esok aku akan datang lagi melawat Joe. Aku dapat tahu pada hari emak dan abah meninggal dunia ialah hari yang sama tunang Joe pulangkan cincin pertunangan dan beralih ke lelaki lain yang lebih kaya. Double impact punya ujian Joe kena hadap.

"Rehatlah Joe. Esok aku datang jenguk kau lagi. Aku sayang kau Joe walaupun kau tak pernah sedar. Pada kau, aku mungkin hanya sahabat perempuan sepermainan dari kecil. Bagi aku, kau lebih dari seorang kawan. Kau kekasih aku Joe, kekasih!

Aku sempat luah dalam hati sebelum berlalu pulang ke rumah.

Selasa, 21 Oktober 2014

Untuk aku dan kita

Sebenarnya kita kena takut dan selalu beringat.
Dosa silam kita pada orang orang di sekeliling kita.
Bila bila masa Allah akan balas apa kita buat pada orang.

Selagi kita tak minta maaf.



Paling susah,
Kita buat orang sakit hati.
Orang teraniaya dengan sikap kita.
Sengaja atau tidak.

Yang kita ingat.
Dan yang kita lupa.

Aku, minta maaf.


Sabtu, 18 Oktober 2014

peperiksaan akhir semester

Saya dah mula study week sekarang.

Malas tu biasa, ada sikit sikit.

Rajin pun ada sikit sikit.

6 subjek

17 jam seminggu.

Saya harap dapat ingat dan faham dengan cemerlang.

Semester ni banyak main.

Semester ni juga banyak tidur makan dan berfoya foya.

haih.

start 26 haribulan oktober.

kamu, yang sedang membaca.

tolong sebarkan hal final saya dan doakan saya berjaya.

Allah pasti membalasnya.

Ensha Allah.

Rabu, 8 Oktober 2014

Rabu yang tak berapa tenang.

Setiap yang bernyawa akan mati.
Itu fitrah.
Bila
Dimana
Bagaimana
Itu jadi rahsia Tuhan. 
Cumanya kita ada kuasa berdoa.
Agar diberikan kekuatan menghadapi saat itu.
Orang yang kita sayang pergi
Atau kita yang pergi terlebih dahulu.
Al fatihah
Untuk semua yang telah menyahut seruan Ilahi. 

Selasa, 7 Oktober 2014

Kita dan yang kita suka

Kita ni
Bila kita dah betul betul suka
Kita nak kongsi semua rasa dengan yang kita suka
Benda remeh
Benda temeh
Benda kecil
Benda besar
Semua
Tapi jangan kita paksa
Sebab yang kita suka tu manusia. 
Bukan kerusi meja
Bukan pokok bunga
Bukan lembu dicucuk hidungnya. 
Kita dan yang kita suka
Ada hati yang perlu dijaga.

Isnin, 6 Oktober 2014

Catatan raya haji 2014

Setiap orang ada idola sendiri.
Kita mahu jadi seperti mereka.
Ikut mereka.
Dari pakaian hingga ke perangai.
Boleh ikut idola.
Kita ambil yang baik baik sahaja.
Yang kurang, kita tinggalkan. 
Yang tak boleh, kita mahu jadi seratus peratus seperti idola.
Tuhan ciptakan kita dengan identiti tersendiri dan unik.
Kalau kita cari, setiap orang punyai nilai tersebut. 
Ya, ada.
Yang jadi masalah, kita berterima kasih pada Tuhan atau tidak dengan  pemberian tersebut.
Selamat hari raya Aidil Adha. 

Selasa, 30 September 2014

Blues Tuesday

What you give you get back ni  boleh tahan jugak pergi dia.
Rasa terhantuk.
Kuat.
Sakit.
Sekarang baru aku paham perasaan Majnun.
Kah kah kah!

Selasa, 16 September 2014

Blues Tuesday woi (2)

Ah manusia.
Ada saja tidak kena.
Ada saja tidak cukup.
Pujuklah hati.
Sentiasa bersyukur.
Ada baik budi.
Ada hasad dan dengki.
Mahu manis tanpa pahit.
Tidak mungkin.
Cantik sebuah taman bukan sekelip mata.
Berkilat sebuah kereta bukan hanya dengan air liur.
Ada penat dan keringat.
Ada sukar dan halangan.
Semua itu wujud
Kerana ada sikap,
Tidak pernah mengalah di tengah.

Isnin, 15 September 2014

Monday Blues woi! (dua)

Banyak dosa aku dengan Tuhan.

Dia uji aku.

Jauh aku dengan Tuhan.

Dia bagi aku peringatan.

Aku lupa surat cinta-Nya.

Ada seribu satu ketenangan.

Ada lembar kisah kisah.

Ada lembar teladan.

Ada lembar pengajaran.

Kalau mahu, bukalah dan baca.

Lembar terjaga sampai hari kiamat.

Moga aku kuat.

Kuat yang betul betul kuat.

Bukan kuat sekejap, kemudian lemah.

Monday blues woi.

Rasa pasir.
Bangun pagi aku tengok matahari masih tetap buat kerja dia. 
Sakit dada.
Embun yang masih berbaki pada daun dan pohon renek perlahan lahan hilang.
Pening kepala. 
Bau tanah lembab buat aku makin ingat kenangan lalu. 
Hati jadi sedih sedih.
Ini part paling naya. 
Aku minta pada Tuhan. 
Undur masa sehari untuk betulkan kesilapan.
Daun yang ada takungan embun berdekah dekah ketawa.
Matahari senyum sinis mengejek. 
Tanah lembab seperti menjerit kata aku gila.
Mana mungkin masa berulang. 
Walau segunung emas jadi cagarnya. 




Khamis, 11 September 2014

Pengalaman melihat dinosaur.

'' Aku takut ni Mael, aku takut. Memang betul kata orang, Tok Aki bela dinosaur belakang rumah dia"
Terketar ketar nada Badrul bercerita.

" bila ko tengok Bad?, aku teringin benar melihat dinosaur. Minggu lepas ada aku menangis hendak tengok dinosaur di Zoo Negara, tapi abang aku yang bernama Kadir tu cakap dinosaur dah pupus kira kira 100juta tahun yang lalu." aku cuba sembunyikan perasaan teruja bila bercakap dengan Badrul.

"Baru 2 minit yang lalu, kemas binaan kandang dinosaur tersebut. Siap ada elektrik mengalir pada pagarnya. Aku cuba melihat lebih dekat, tiba-tiba t-rex datang seakan mahu menerkam aku. Lintang pukang aku lari selamatkan diri. Kamu pasti mahu melihatnya juga bukan?" cerita Badrul lagi.

" ya, aku mahu melihatnya, dengan mata kepala aku sendiri. Marilah lekas, matahari pun sudah nak terbenam ni." Aku sempat mengambil pisau lipat yang terselit di tepi tangga rumah. Kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan.

Jarak rumah Mael dengan Tok Aki tidaklah jauh mana, kalau diukur ianya sekadar tempoh menghabiskan sebatang rokok jenis John merah.

Bersambung.....

Jumaat, 5 September 2014

September #1

Sudah sebulan lebih aku tak menulis di sini rupanya.
Kondisi sekarang buat aku lupa akan kehadiran blog.
Aku sibuk dengan pelajaran.
Mungkin juga cinta.

Beberapa buku yang dibeli juga masih ada yang belum terusik.
Lemah.

Cuma satu aku harapkan.
Jangan pernah lupakan mereka yang pernah ada jasa dan budi dengan kita.
Pada aku dan pada kamu.
Doa kita, rahsia.
Tapi Tuhan tahu.
Sekian.


Rabu, 30 Julai 2014

Terima kasih Tuhan!

Cerita semalam indah betul.

Sampai ke cerah aku dok teringat.

Entah kali berapa aku hanya senyum sendirian.

Ah! Raya kali ini terlalu sempurna.

Di balik gembira, aku terfikir duka.

Entah macamana perasaan mereka, raya tanpa yang tercinta.

Macamana pula raya tanpa rumah.

Raya dengan hiba.

Raya dengan cela manusia.

Dunia ini penuh pro dan contra.

Cinta dan hasad.

Aku bersyukur ada dikalangan cinta.

Terima kasih Tuhan!

Jumaat, 25 Julai 2014

Catatan Ramadan 26

Minggu lepas aku sempat habiskan sebuah karya dari seberang. Ya, karya hebat dari manusia hebat. Buya Hamka. Karyanya yang bertajuk Tenggelamnya Kapal Van der Wijck. Buku tersebut aku beli dari seorang brader dari Jitra tahun lepas. Hampir separuh tahun juga aku simpan tak baca. Bukan apa, bahasa sastera Indonesia dalam buku tersebut terlalu pure, terlalu tinggi. Aku baca ada yang skip, tapi tak adalah sampai dua tiga helai. Ada sebaris dua yang aku rasakan tak akan mencacatkan pemahaman dan penghayatan terhadap sebuah karya power.

Zainuddin hero dan Hayati heroin. Kisah Zainuddin yang cintakan Hayati, kemudian diutus sekeping surat menceritakan isi hati pada Hayati, dalam surat tersebut juga ada disebut yang Zainuddin sudah sedia dengan apa jua jawapan dari  Hayati tentang perasaan Zainuddin terhadapnya.

Beruntung Zainuddin apabila kasihnya disambut.

Ok, aku main taip ja post ni sebenarnya.

Hari ni dah jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan. Kena pula malam ganjil 27, malam top untuk mengejar seribu bulan. Kata orang di facebook, benda begini jarang berlaku. Last kena ialah 35 tahun yang lalu.

Aku sempat titipkan pesanan kepada beberapa kenalan berkenaan perkara ini. Hidup kita biarlah saling ingat mengingat tentang kebaikkan.

Sambung cerita pasai Zainuddin dengan Hayati aku rasa malas.

Aku nak tumpu kerja amal malam 27.

Sekian.

Pokok Sena,
Julai 2014

Selasa, 22 Julai 2014

Acah acah.

Kalau betul ada superhero boleh kawal hati manusia. 

Aku nak jadi dan kawal hati kau suka aku.

Apa adanya. 

Sampai mati. 

Bolehkan? 


Isnin, 21 Julai 2014

Catatan Ramadan 23

Aku rasa hari ini dan semalam hari paling besar setakat menempuh hidup 22 tahun.

Hala tuju hidup masa depan sedang dikarang.

Kuasa Tuhan untuk approve.

Semoga aku dan engkau baik baik sahaja.

Kita tempuh barang mendatang dengan lapang dada.

Selasa, 15 Julai 2014

Catatan Ramadan dan tikus rumah sewa.

Ramadan ke 18.
Hampir dua minggu aku mula belajar.
Dan sejujurnya belum teruji dengan erti sebenar Ramadan.
Alhamdulillah. Tak banyak dugaan.
Aku sebenarnya nak beritahu perihal tikus di rumah sewa aku duduk sekarang.
Lain macam dia punya perangai.
Hobi geghit sabun mandi.
Masuk hari ni dah 5 biji.
Geghit dan bawak lari.
Kalau mintak elok elok aku boleh kira cara lagi.
Tapi mencuri.
Mencuri ni benda semua orang tak suka.
Agaknya inilah ujian Ramadhan untuk aku dan kawan rumah sewa pada tahun ini.
Siapa tak hangin bangun pagi nak mandi pergi kelas tapi sabun tak ada.
Mandi tak sabun ni koboi bolehlah.
Aku tak rasa ada kalangan rumah sewa aku sekarang ada manusia koboi.


Hati hati  dengan tikus rumah hangpa.
Aku rasa penyakit geghit dan bawak lari sabun mandi dah menular di kalangan masyarakat tikus.
Tikus menuju wawasan 2020 semakin mempunyai nilai intelek yang tinggi.
Tak mustahil sikit hari lagi mereka akan mencuri boxer dan pakaian dalam kita semua.

Ingat mengingati sesama insan ni kerja bagus, nak pulak bulan mulia begini.
Sekian.

Khamis, 10 Julai 2014

Ramadan ke 12

Selesai daftar kelas.

Next week mula belajar.

Aku tahu apa yang aku mahu.

Aku harap kamu juga tahu apa yang kamu mahu.

Aku harap kita semua baik baik sahaja.

Aku harap tiap kali lupa berdoa sendiri, aku masih dalam doa kamu yang mahu baik baik sahaja untuk aku.


Ahad, 29 Jun 2014

Catatan awal Ramadhan

Alhamdulillah. Hari ini kita menyambut satu Ramadhan. Bersyukur dipanjangkan umur. Waktu sekarang sangat pantas berlalu. Kenangan puasa tahun lalu masih segar.

Natijah peperiksaan sudahpun keluar. Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur. Natijah keluar dengan sedikit d,iluar jangkaan. Ini semua rezeki dari Allah.

Aku mengambil kesempatan menulis usai menolong emak menyiapkan makanan untuk berbuka. Cuaca yang sangat redup di Pokok Sena ketika ini. Aku yakin di seluruh dunia juga cuaca yang sangat baik menjelang fasa awal sepuluh hari pertama bulan Ramadhan kerana Rahmat Allah Taala.

Kalam Ustaz  Zainul Asri masih melekat kukuh memberitahu Ramadhan yang 10 awal selalu redup, sejuk cuacanya. Rahmat Allah pada anak anak kecil yang mula belajar berpuasa. Menjelang fasa 10 kedua dan ketiga, barulah terasa bahang membuatkan kita benar teruji

Lebih kurang seminggu kelas di Insaniah bakal bermula. Rutin di rumah sewa ni selalunya aku agak gemar. Sahur kurma dan air masak kemudian sambung tidur sampai subuh. Nutrisi kurma mampu membekalkan tenaga sepanjang hari bahkan Nabi kita Muhammad juga pernah bersahur dengan Air dan Kurma dalam bilangan ganjil.

Cuma yang aku masih tak faham kenapa makwe makwe di pasar Ramadhan masih belum mampu tutup aurat yang syar'ie. Benda ni aku perhati setiap tahun. Entah mana silapnya aku kurang pasti. Rupanya Ramadhan masih belum mampu dihayati sepenuhnya oleh kita jika benda basic seperti aurat masih belum mampu diikut sepenuhnya. Itu belum lagi yang jual murtabak bawang dengan telur sampai 4rm. Jual karipap isi angin.

Tika syaitan dibelenggu dan hanya nafsu menguasai diri. Kita boleh agak dimana tahap iman kita.

Sekian

Khamis, 19 Jun 2014

tak kena timing

Kurang dua minggu Junaidi nak bernikah dengan Markonah. Makanya banyaklah hal yang perlu diuruskan Junaidi. Dari hal booking katering sampai ke hantaran, semua Junaidi arrange sendiri. Bukannya dia tak mahu orang tolong, tapi Junaidi lebih gemar untuk buat sendiri. Puas hati katanya. Buat benda dengan kemahuan sendiri. Letih juga sendiri. 

Satu malam tengah ketika Junaidi sibuk menggubah hantaran dan sirih junjung di dalam bilik, masuklah kakak Junaidi yang sulung bernama Gina. Nama yang agak urban untuk seorang perempuan kampung. 

Niat Gina hanyalah untuk membantu adik lelakinya yang seorang itu. Walaupun sudah dilarang beberapa kali, Gina tetap berkeras mahu menolong. Akhirnya Junaidi sendiri mati akal untuk mencari helah melarang. 

Nak dijadikan cerita, Gina sedang kesedihan mengenangkan pemergian suami tersayang ke medan perang di Syria. Awang Leman begitu bersemangat untuk menyertai jihad setelah membaca beberapa artikel tentang pahala jihad di Facebook. Makanya untuk mengelakkan Gina dari terus bersedih memikirkan hal ditinggal (sementara) oleh suaminya, Gina menyibukkan diri dengan melakukan seberapa banyak kerja yang terdaya.

"Dah selesai ke Junaidi? Kamu nak akak tolong apa lagi?" tanya Gina.

"Hampir selesai sudah akak, janganlah risau, saya tahu menguruskannya sendiri. Akak perlu risaukan dengan keadaan diri sendiri yang agak mendung sejak pemergian Abang Awang Leman" tenang Junaidi menjawab.

"Tahulah akak menjaga diri. Kamu tu rehatlah juga, jangan terlalu kuat menekan diri. Tidur hendaklah cukup agar kualiti kerja hantaran yang kamu tengah gubah itu menjadi perfect" Gina membalas.
Selesai meluncurkan kata kata tersebut, kedua belah ibu jari Gina diangkat tunjuk kepada Junaidi sebagai tanda bagus.

"Baiklah akak, saya tahu, banyak juga video gubahan yang saya lihat di YouTube dan Instagram. Saya pasti Markonah akan menyukainya" kata Junaidi

"Yakin betul kamu ni ya Jun, kamu mempunyai konfiden level yang cukup tinggi. Masa akak kahwin dulu tak ada hantaran ni semua. Cukuplah mas kahwin sebentuk cincin dan senaskah Quran.

"Zaman dah berubah akak, kita kenalah ikut, nanti apa pulak kata orang"

"Iyalah Jun, hantaran apa saja yang kamu bagi pada Markonah Jun?"

"Dua hantaran pendek dan tiga hantaran silang akak"

"Pedepang! "

Junaidi menggosok gosok pipi kanannya yang sedikit pedih dan kelihatan warna merah jelas, riak muka Junaidi antara sakit dan menahan tawa.

"Orang serius kau buat lawak salah timing"

Kata Gina sambil berlalu keluar dari bilik.

" orang nak buat lawak musim world cup pun marah" getus Junaidi dalam hati.

Jumaat, 23 Mei 2014

Panda datang Malaysia

Semalam ada dua ekor panda dari China tiba ke Malaysia.
Orang ramai hangat memperkatakan tentang biayanya yang tinggi tatkala rakyat Malaysia yang dibebani dengan pelbagai cukai dan bebanan hidup.
Tujuan China memberi (pinjam) dua ekor panda kepada Malaysia ialah satu usaha diplomatik, atau bahasa mudahnya nak bagi elok erat hubungan antara dua negara.
Malaysia bukanlah negara pertama yang menerima panda, bahkan ada beberapa negara lain juga menerima panda untuk dibela.
Ada nilai positif dan negatif bila berlaku hal yang sebegini.
Macam biasalah manusia.
Pro kerajaan kata bagus.
Pro pembangkang kata membazir.
Gua ambil jalan tengah.

Buat biasa, macam tak ada apa berlaku.

Kah! kah! kah!

Allah bagi apa yang hang bagi.


Beberapa bulan lepas, lewat malam begini, saya kelaparan dan keluar dengan Tokbon mencari nasik. Pencarian saya (yang laparnya saya) sehingga ke Jalan Putra. Nasik bundle ayam (sais steady) 1.50rm sebungkus. Alang alang keluar, saya bawa juga 3 botol kosong untuk diisi air mineral mesin satu liter 2 kupang di Pantai Johor (tempat saya sewa rumah). Saya bawak duit 3 ringgit untuk nasik bundle ayam dua bungkus dan duit syiling 4 kupang untuk membeli air mineral mesin. Duit memang cukup cukup dalam dompet ketika itu. Selain itu, yang ada duit 50 belum pecah. Sebelum ini, tiga biji botol yang saya bawa, untuk botol ketiga tidak penuh isiannya dengan nilai 3 kupang. Jadinya saya bawak 4 kupang dengan harapan botol ketiga akan penuh terisi.

Sesampainya di kedai, saya beli nasik dua bungkus dan Tokbon beli 3 bungkus. Kedua kami membuat keputusan makan nasik tersebut dirumah masing masing. TokBon rumahnya dijalan dato kumbar. Saya terpaksa berpatah balik ke pantai johor.

Sebelum start motosikal, Tokbon nak pinjam duit saya sekupang, katanya mahu beli ubat nyamuk. Dia ada hanya 3.10rm. Dalam kepala saya berperang samaada hendak beri atau tidak. Kalau bagi, tidak cukuplah isian air saya nanti. Kalau tak beri pun, dia kawan saya. Saya buat keputusan untuk bagi sekupang. Hati saya masa itu memang ralat gila. Isi ayaq tak penuh. Dalam perjalanan dok menyesal. Ha Ha Ha!

Sesampainya di mesin ayaq mineral, ada sorang brader tengah isi ayaq dalam botol 5 liter. Bila dia selesai, giliran saya pula. Terpampang di skrin mesin tersebut ada lagi baki duit sekupang dari brader tersebut.

"bang, ada belen ni" saya beritahu dia.

"ambiklah, saya dah selesai"


Saya tersenyum sendirian semasa mengisi air tersebut. Allah dah balas sekupang yang saya berikan TOkbon tadi. Pemberian yang saya kira separa ikhlas. Ha ha ha!

Agaknya kalau full ikhlas berapa Allah bagi agaknya.

p/s : Penuhilah hajat sahabat kita, Allah akan penuhi hajat kita. Insya Allah

Selasa, 20 Mei 2014

Pengalaman Jefri

"Aku ada masalah ni Ji, aku tengah down pasai sorang perempuan."

Sambil minum air biak, gua dengan Jefri duduk bersembang. Perbincangan kami kadangkala melibatkan masalah global sehingga ke benua Afrika. Isu Aids/Hiv contohnya. Tapi petang itu Jef macam nak ajak gua bersembang hal perempuan. Gua dah boleh agak dari tadi lagi. Jef kalau ada masalah dengan makwe mana mana, dia selalu ajak gua. Gua rilek sebab gua ada ilmu sikit pasai perempuan ni.

"Pehal? Kena reject ke?" Sambil minum gua selang seli dengan hembus asap rokok daun. Dia punya feel gua tak reti nak cerita. Jef garu punggung sebelah kiri. Dia macam tengah cari ayat nak mula.

"Bukanlah, aku kena tipu ja. Tapi penipuan ini aku anggap serius la juga. Ini melibatkan kaum niqabis. Kepercayaan aku terhadap niqabis sedikit demi sedikit terhakis"

Phew!  Hampir tersembur juga air biak gua minum. Boleh tahan juga Jef ni susun ayat. Pakcik yang minum air sama macam kami dah usha slack. Gua usha balas balik, terus dia buat buat pandang ke lain.

"berat juga masalah kamu ni Jef".

Gua buat intonasi suara seperti drama korporat yang selalu dimainkan di kaca tivi. Drama yang tak habis habis dengan cinta cliche.

"bagaimana penipuan itu berlaku"

Gua ajukan lagi pertanyaan untuk menyedapkan perbincangan kami. Gua tak mahu perbincangan ini jadi berat sebelah. Tidak enak pula dipandang bila Jef sahaja bercerita.

"Aku ada add sorang makwe ni kat wechat. Boleh tahan cantik mata dia. Muka aku tak dapat tengok lagi sebab dia pakai niqab. Mula dia macam jual mahal la tak mau layan chat aku. Lepas dua tiga kali aku bagi salam, dia reply."

Jef berhenti, minum air dua teguk. Nampak halkum dia berdenyut telan air. Gua tenang hisap rokok daun sambil buat asap bulat. Buat asap bulat ni gua belajar dengan Jef. Dua hari juga gua belajar, Jef kata kena jentik halkum dulu sebelum hembus.

"kemudian?" gua tanya.

"kemudian kami hanya berkenalan biasa biasa sahaja. Sempat bertanya benda basic. Aku berlagak bagus la bila chat dengan makwe niqab ni. Benda tertutup kan selalunya bagus. Agak lama jugaklah kami bersembang. Lebih kurang dua minggu jugaklah. Bila dah sampai dua minggu, makwe ni mintak gambar aku. Gambar yang aku guna buat profile tu tak clear katanya. Dia ingat aku bodoh agaknya. Aku kata kena tukar gambar, tapi gambar muka penuh. Aku sebenarnya nak uji saja, nak tengok boleh dapat ke tidak. Makwe pakai purdah la katakan. Duduk mana biarlah aku rahsia. Nanti hang cari pulak. Kah Kah Kah"

Jef berhenti cerita untuk balut rokok daun. Cerita Jef ni boleh tahan juga. Gua sabar tunggu dia sambung.

"amacam? nak dengar sambungan tak?"

 Jef tanya gua.

"mestilah nak Jefri.Kamu ni cerita sedap sedap sahaja ya"

Bersambung.

Ini perihal bolasepak saya.


Saya sembang macam bagus bukan. Sebenarnya post ini ialah berikutan kemenangan pasukan Arsenal memperolehi FA cup untuk musim 2013/2014.Saya tak tahu tarikh sebenar saya mula menyokong Arsenal. Lagi pula saya pula malas untuk mengimbau kenangan lalu bila tarikh tersebut. Apa yang pasti saya terpengaruh dengan kawan baik saya semasa sekolah menengah. Sembilan tahun tanpa piala bukanlah masa yang singkat. Sekarang saya minat Arsenal bukan lagi ikutan. Saya minat Arsenal kerana Arsenal itu sendiri. Bukan kerana siapa, kenapa dan bagaimana. Lagi pula warna merah bukanlah warna kegemaran saya.

Saya juga sering berangan angan bila musim baru bermula dengan kepulangan semula Cesc Fabregas dan Alexandre Song. Kedua-dua mereka bermain dikawasan tengah padang atau bahasa bolasepaknya ialah midfielder. Nama pemain bolasepak (yang diingati) dalam kepala otak saya agak ramai. Ini kerana game bola yang saya main saban hari di ruma sewa (kecuali cuti semester). Siap tahu lagi specialist dan kebolehan antara mereka. Perlu diingat, pemain bola sepak luar negara, iya.

Adapun pemain bolasepak tempatan malas saya mahu mengulasnya. Oh ya, saya juga ada menyokong pasukan bolasepak negeri Kedah. Pasukan yang kini agak sederhana prestasinya.

Untuk piala dunia edisi kali ini, saya menyertai rombongan kelab penyokong Itali (Malaysia) ke Brazil. Duit dalam akaun yang ada sekarang membolehkan saya menyertai rombongan kelab tersebut. Rm 13 ribu termasuk tiket pergi dan balik, tiket menyaksikan 3 perlawanan pasukan Itali di peringkat kumpulan dan juga penginapan hotel. Gila babi betul. Lagi pula sekarang saya tengah cuit semester. Pasport antarabangsa saya belum ada, esok saya akan segera ke Utc di Alor Star untuk membuatnya. Tidak sampai sehari boleh siap.

Siapa yang mahu kirim ole-ole boleh pesan melalui facebook saya.

*perenggan last tu aku kecoh. Kah! Kah! Kah! tapi yang support Italia tu betul.

Jumaat, 11 April 2014

Junaidi yang pemarah

"Butoh!"

Hanya itu yang terpacul dari mulut Junaidi. Macam tak percaya Junaidi kena kencing dengan apek tua kedai jual telefon Alor Star. Habis duit gaji Junaidi bulan tersebut. Nak buat apa pun dah tak boleh sebab tak ada hitam putih. Hanya angguk dan bayar duit, kemudian pulang. Sekarang Junaidi tengok orang guna telefon pintar semua Junaidi rasa nak terajang. Bulan lepas, Junaidi kena kencing dengan budak sekolah menengah. Kononnya nak buat makwe, sekali budak tu cuma nak suruh Junaidi tolong payungkan top up dengan makan mcd. Pada hari budak tu kantoi, Junaidi sempat tampar kepala dengan tarik rambut. Bila budak tu menangis, cepat cepat Junaidi start moto pergi.

Emosi hari ini memang tak stabil langsung. Mana ada orang boleh tahan kena kencing dua bulan berturut turut. Tambah pulak Junaidi jenis tak kuat iman. Sembahyang tak jaga. Kerja kadang kala curi makan. Walaupun kerja di kedai makan, Junaidi rembat lauk tengahari masa tengah atur lauk pauk dalam bekas besi ataupun nama inggerisnya tray banyak bukan main. Kawan yang kerja dengan Junaidi, Harun namanya, juga sama perangai cuma Junaidi lebih bendul dan rebel orangnya.

Tong sampah yang berada di tepi kerusi batu berdekatan bangunan Tnb Junaidi terbalikkan. Habis segala isi dalamnya terkeluar. Bau busuk boleh tahan. Orang Alor Star ni buat sampah semua busuk nak mampos! Bodoh! Butoh!. Bentak Junaidi dalam hati.

Junaidi rasa tak boleh terima duit gaji bulan Mac burn dengan handset China. Fuck China! buat handset tiruan! Fuck Kastam! sebab bagi masuk barang haram! Fuck! Fuck! makwe budak sekolah menengah bodoh!.

Kalau tahu dek Harun ni. Tiga hari Junaidi kena kata betul bendul. Balik rumah, Junaidi terajang pintu bilik.

"gedegang! ktung ktang plang plung!"

Bunyi tin susu ashtray rokok yang diletak tepi pintu terbalik. Pada mulanya Junaidi ingat nak terajang pintu rumah terus, tapi mengingatkan terajang bapaknya Haji Miskam. Junaidi simpan sahaja niat tersebut.

"Butoh hang Jimi Hendrix, negro hitam macam babi!"

Marah Junaidi pada poster gitaris legenda yang ditampal pada biliknya.

"fuck off Liverpool, makan biawak punya jongang!"

Kali ini team bola kesayangan Junaidi pula jadi mangsa. Pasukan yang diminati Junaidi hari itu jadi sasarannya memaki hamun. Habis disebut satu persatu nama player pada poster tersebut.

Jendela bilik dibuka. Hanya terlihat sepi jalan dihadapan jendela tersebut. Junaidi melihat jam di dinding bilik. Sudah menunjukkan waktu 2 petang. Waktu yang Junaidi ternanti nanti untuk melihat Intan Badriah balik dari sekolah. Hanya budak tersebut yang mampu buat emosi stabil hari itu. Intan Badriah anak perempuan Long Timah. Rumahnya betul tepi sungai yang mengalir ke terus bendang. Dulu setiap kali nak mandi sungai tersebut, Junaidi akan melihat ke rumah Long timah, kalau ada Intan Badriah, Junaidi akan mandi dengan mengenakan spenda gambar superman. Itu spenda paling Junaidi suka. Sambil terjun menggayakan aksi superman terbang, Junaidi akan melihat ke rumah Long Timah. Puas hati Junaidi dapat memperagakan gaya tersebut.







Ahad, 6 April 2014

Perkongsian semalam

Manusia kadang kadang suka susahkan benda yang senang. Kononnya nak nampak hebat. Padahal orang lain sedang mentertawakannya. (ini intro yang tak ada kaitan langsung)

 Semalam, saya sempat meluangkan masa bersama beberapa makwe, ok, bukan makwe, mereka yang lebih tua dari saya. Tua yang agak banyak. Berapa umurnya bukan penting. Kami sempat berbual tentang mahasiswa sekarang yang selalu ambil jalan mudah untuk berjaya. Mereka nampak kesenangan yang sementara. Secara jujurnya, saya juga rasa tersauk sekali. Kah! Kah! Kah!.

Biarlah, sekali sekala diri ini perlu diajar sebegitu. Rupanya bila bersembang santai sebegitu, saya belajar banyak perkara. Pandangan dan pendapat orang lain selalunya tidak sama dengan apa yang kita faham. Bila bersembang tentang belajar, selalu dibandingkan dengan zaman mereka(yang saya panggil kakak) dengan zaman saya belajar sekarang. Katanya mahasiswa lelaki sekarang yang aktif berpersatuan sangat sedikit. Mungkin itu rumusannya apa yang dilihat di tempat saya(dibaca kami) belajar.

Persoalan yang lebih serius tentang bait muslim. Saya lebih senang menjadi pendengar dan sekali sekala mencelah. Pengalaman mereka saya adunkan untuk jadi garis panduan bila saya berada ditempat mereka. Maksud saya apabila berumah tangga.

Panduan belajar juga saya sempat bertanyakan kepada mereka. Walaupun saya bukanlah lagi newbie, tapi knowledge yang diperolehi menggambarkan seolah olah saya budak yang baru masuk dan masih kekok dengan budaya dan cara belajar universiti. Katanya lagi, sikap pelajar melayu yang malas bertanya dan jarang mendekati para pensyarah Arab amat amat merugikan.(ini saya rasa tersauk kali ke dua). Katanya, belajar didalam kelas sahaja tidak mengcukupi. Kecuali hang memang terer gila. Itu hal lain.

Apa yang saya perhatikan, mereka termasuk dalam kategori (terer gila). Tetapi masih juga rajin dan selalu bertanya. Agaknya kalau dibandingkan, saya mungkin tertinggal beribu batu dengan cara mereka dan saya belajar.

Habis diskusi saya berterima kasih dan melontarkan senyuman yang agak manis. Mungkin ada pertemuan kali kedua, ketiga keseratus lapan belas kali. Mungkin juga tiada. Entah macam mana Tuhan sampaikan saya disitu semalam. (disitu merujuk satu tempat makan yang power)






Rabu, 2 April 2014

exam menjelang.

Aku ingat malas nak tulis. Ye lah, sibuk.

Final start 16 April.

Oklah, jadual tak pack sangat, sedang sedang sahaja.

Macam biasalah, tolong doa apa yang patut.

Bukan kena duit pun.

Keh keh keh!

Sekian.

Selasa, 18 Mac 2014

siri bercerita azzam (Azzam dan bahas)

Kadangkala benda yang kita cari sungguh sungguh Allah tak temukan. Allah nak lihat sabar kita, usaha kita, kemudian bagi yang lebih baik. Azzam kena buat kerja kursus yang boleh tahan mencabar. Bila tanya kawan kawan lain, yang pernah mengambil subjek tersebut, adakah mereka masih mempunyai rujukan/bahan yang lepas-lepas. Mereka jawab tiada dalam simpanan. Masa yang diberi oleh pensyarah adalah sebulan, tapi Azzam yang sibuk dengan urusan duniawi dan serba sedikit tentang hal menonton bolasepak, maka masa yang berbaki hanyalah 3 hari untuk disiapkan. Subjek yang Azzam ambil pula ialah elektif, iaitu perbandingan agama, subjek teras dalam jurusan usuluddin. Azzam mempunyai alasan yang agak kukuh kurang mahir dalam subjek sebegini. Azzam bersengkang mata mencari bahan, segala cara digunakan termasuk tanya kawan kepada makwe kawan Azzam, kawan kepada kawan perempuan kawan Azzam, hasilnya masih mengecewakan. Mujurlah Azzam masih waras dan tidak menggunakan khidmat raja bomoh yang hangat diperkatakan sekarang. Agaknya kalau Azzam gunakan khidmat bomoh tersebut, sudah tentu sekarang Azzam tengah bersenang lenang duduk bersila panggung sambil menghirup minuman kegemaran.


Pulang kelas enakmen tengahari ini, Azzam mendapat mesej dari kawan yang turut serta bersama menyiapkan bahas, katanya ada bahan dari seorang kawan dia. Azzam tidak mengenali kawan tersebut. Kerja kursus yang sepatutnya disiapkan kelmarin tidak berjaya kami hantar. Esok rabu, bermakna dua hari terlajak dari tarikh yang ditetapkan, Azzam berharap pensyarah duktur amru akan menerima kerja kursus tersebut. Kita usaha, dan jalannya akan Allah tentukan. Bukannya duduk buang masa tunggu kerja siap sendiri.

-Abdullah Azzam, 245 petang selasa dalam bilik acai-

Rabu, 12 Mac 2014

Nasihat gua pada diri sendiri











Bila hang buat permintaan pada manusia, hang kena ready dua benda. Permintaan dipenuhi ataupun ditolak. Berharap boleh, tapi jangan terlalu.

                                                  -hadie, 2014-

Isnin, 10 Mac 2014

Sekilas ulasan Kapal terbang

Aku tengah layan misteri kapal terbang ghaib.

Sehari, dua hari.

Masuk hari ketiga, aku dah rasa boring sikit.

Gila tak boring.

Baca info sama berulang.

Dah la assignment banyak. Amal sanah lagi.

Siapa tak tahu makna amal sanah pi tanya Syafiq Chong.

Tak kenal Syafiq Chong pi tanya Abdul Muhamin budak Gunung Keriang.

Kalau tak dapat juga jawapan. Mai tanya aku semula.

Ok, nampaknya dah mula mengarut sikit.

Benda aku nak bagitau ni, kita rileks dah la, boleh caring pasal kapal hilang, tapi sikap kena jaga.

Bukan main redah salah orang sana sini. Tuduh macam macam. Kemudian racist.

Malas aku nak list perangai orang Malaysia ni.

Yang tafsir ayat quran pakai akal sendiri lagi aku barana.

Prioriti aku sekarang. Belajar. Exam dah dekat.

Jangan tak tahu, exam ni kayu ukur saja. Sebenarnya belajar ni nak dapat redha Allah.

*siapa ada otak cerdas lebih? bagi aku pinjam!

Selasa, 25 Februari 2014

catatan hujung bulan

Dah masuk hujung bulan  Februari.

Mengaji macam biasa.

Ada malas, ada rajin, tapi rajin aku rasa banyak dari malas.

Assignment ada qadaya, usul fiqh, muqaranah dan enakmen.

Semua dah ada draf.

Lepastu jadi malas.

Ha ha ha.

Berhenti la sekejap.

Hal sosial aku malas sentuh.

Tak penting pun.

Kah kah kah.

Aku tulis ni melampias gian.

Oh ya, aku ada beli  2 buah novel wishlist untuk 2014.

Lepas dapat baucer buku, setle lah wishlist tu. (kot)

Dan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekian.

Selasa, 11 Februari 2014

thomas #1

Hai, nama saya Thomas. Saya tinggal dengan seekor kucing jantan  berwarna jingga dan bernama cik man. Kucing itu saya jumpa di tepi longkang semasa dalam perjalanan pulang dari pusat tuisyen. Keluarga saya tinggal jauh dari ibukota. Hujung bulan saya akan pulang untuk mengambil duit belanja dari ayah.

Perjalanan hidup saya sebenarnya agak rumit selepas kematian bonda. Saya hilang orang yang amat disayangi. Bonda menderita sakit kanser tulang sudah lama, rambutnya botak akibat menjalani kimoterapi. Ayah hanya menasihatkan saya agar reda dengan pemergian bonda. Saya mengambil masa yang lama untuk merawat kesedihan tersebut.

Saya menyewa sebuah bilik atas bangunan kedai di Kuala Lumpur. Keputusan berpindah dari rumah yang ayah tinggal sekarang kerana saya tak mahu bersedih mengenang kenangan bersama  bonda di rumah tersebut. Bila melihat buaian dari bilah rotan di beranda rumah, hati saya menjadi sayu, di buaian itulah bonda mengait baju sejuk untuk saya dan kakak.

Sehari sekali saya akan bertanya khabar ayah melalui telefon, Kami jarang berbual lama, sekadar tanya kondisi kesihatan ayah dan makan minumnya. Kadang kala kalau terlalu sibuk, saya hanya akan meninggalkan pesanan melalui whatsapp. Kurang sebulan dari sekarang saya akan menduduki peperiksaan SPM. Saya mengambil semula SPM selepas result  SPM sebelum ini tak boleh pergi langsung. Pemergian emak benar benar membuatkan saya hilang semangat.

Kini kehidupan saya agak tenang bersama cik man. Di pusat tuisyen ada seorang gadis bernama Sofea. Gadis misteri yang selalu saya perhati dari jauh sahaja. Saya tidak berani hendak menegur Sofea kerana dia telah mempunyai kekasih. Saya dapat tahu cerita ini melalui Saiful, kawan saya di pusat tuisyen. Pada saya, cukuplah cinta saya pada Sofea disimpan dalam hati, kerana bukan semua cinta itu dapat kita miliki, adakalanya kita terpaksa mengalah untuk biarkan cinta itu pergi ke mana yang dia suka dan gembira.

Cinta ialah melihat orang yang kita cinta itu bahagia walaupun bukan bersama kita.

Plan saya selepas SPM ialah melanjutkan pelajaran ke universiti. Cita cita Bonda yang mahu melihat saya berjaya di menara gading saya sematkan kukuh didada. Sekarang saya perlu bersiap siap untuk membantu brother johnny di kedai burgernya. 

Ahad, 9 Februari 2014

kekecewaan dirijek

Angin yang bertiup petang itu tidak langsung memberi kesan. Kawasan yang selalu aku ambil angin di bawah pohon melaka juga seakan turut meraikan kecewa di hati. Peristiwa semalam masih segar dalam ingatan. Aku luahkan perasaan pada seorang kawan yang dah lama aku pendamkan. Alasannya aku lambat. Dah ada orang lain yang lebih awal. Bila ditanya siapa, katanya aku akan tahu juga satu hari nanti. Aku tanya lagi,  kenalkah aku siapa dia yang bertuah itu? Juga tidak dijawab. Perasaan malu malam itu bukan kepalang lagi. Si dia yang aku ucapkan buat muka selamba seolah tiada apa yang berlaku. Waktu itu mahu sahaja aku jadi halimunan dan hilang serta merta dari pandangan si dia. Ini semua rancangan sepupu aku Kamarul. Dia seorang yang tahu hal ini. Dia sepupu yang banyak aku kongsi cerita. Entah macamana sehari sebelum kejadian dia sarankan untuk aku berterus terang. Katanya aku perlu berterus terang dalam hal begini. Jangan sampai terlepas. Nanti kecewa. Sekarang aku sudah pun terlepas dan kecewa.

Susah mahu aku gambarkan. Aku bukanlah seorang yang pandai sangat bab hati dan perasaan. Ini pula kali pertama aku bertindak bodoh (mungkin). Patutnya aku biarkan dan pendam sahaja. Tidak mungkin aku akan kecewa dan malu seperti sekarang. Dia itu aku kenal dari awal sekolah menengah. Walaupun tidak pernah bertutur kata sembang berdepan, maksud aku, kami sekadar berutus dan berhubung melalu mesej di whatapp.

Bila hal sebegini terjadi, aku semacam tak senang duduk dan ralat. Aku seolah tak pernah kenal dia. Mahu bersembang( whatapp)  seperti selalu juga  malu. Kalaulah aku tidak luahkan perasaan, mungkin aku dan dia masih boleh bersembang. Berkongsi cerita di tempat belajar masing masing. Kamarul belum tahu hal ini. Hendak beritahu dia pun aku rasa malas.

Jumaat, 3 Januari 2014

Ratna 2

Ratna!!! ooo Ratna!!!

Dimana kau Ratna, aku sudah lapar, kenapa kau masih belum siapkan makannya?

Telinga Ratna dipulas sehingga kemerahan. Ishak lelaki yang sukanya tidur dan makan, hanya harapkan Ratna bekerja mengambil upah menjahit baju dan menjual kuih. Perutnya yang boroi turut bergerak gerak apabila berjalan ke dapur. Misai Ishak yang melenting seperti Maniam yang menjaga rumah orang kaya di ladang getah  tidak jauh dari kawasan tempat mereka tinggal.

Sejak berkahwin dengan Ishak, hidup Ratna banyak duka daripada suka. Segala makan pakai Ratna yang uruskan. Seolah Ratna pula ketua keluarga. Selepas makan tengahari Ishak akan berjudi di pondok buruk hujung kampung bersama Johari, Bahadur, Maniam dan beberapa orang lagi. Modal berjudi jugak diminta dari Ratna. Jika tidak diberikan modal, Ratna akan dipukul oleh Ishak sehingga lebam lebam badannya.