Jumaat, 3 Januari 2014

Ratna 2

Ratna!!! ooo Ratna!!!

Dimana kau Ratna, aku sudah lapar, kenapa kau masih belum siapkan makannya?

Telinga Ratna dipulas sehingga kemerahan. Ishak lelaki yang sukanya tidur dan makan, hanya harapkan Ratna bekerja mengambil upah menjahit baju dan menjual kuih. Perutnya yang boroi turut bergerak gerak apabila berjalan ke dapur. Misai Ishak yang melenting seperti Maniam yang menjaga rumah orang kaya di ladang getah  tidak jauh dari kawasan tempat mereka tinggal.

Sejak berkahwin dengan Ishak, hidup Ratna banyak duka daripada suka. Segala makan pakai Ratna yang uruskan. Seolah Ratna pula ketua keluarga. Selepas makan tengahari Ishak akan berjudi di pondok buruk hujung kampung bersama Johari, Bahadur, Maniam dan beberapa orang lagi. Modal berjudi jugak diminta dari Ratna. Jika tidak diberikan modal, Ratna akan dipukul oleh Ishak sehingga lebam lebam badannya.