Ahad, 29 Mei 2011

sembang kencang.habuk ada?tiada.

cuti datang lagi.macam-macam datang menyerbu.paling utama sekali mestilah nak bagi settle segala macam tugas sebagai calon sijil tinggi agama malaysia.

-hafazan surah Rum,Luqman,Sajdah.
overallnya 5% sahaja.kerja gila.saya memang banyak bersukaria,bermainsaja,membuangmasa.

-kerja kursus
overallnya 10%.lebih kurang gila jugak.banyak sembangkosong,semangatcakap.habuktiada.

-hafalan semua subjek.
overallanya 10.65%.juga kerja gila.sijil tinggi agama malaysia memang kena hafal.saya mengaku,saya terlalu banyak melakukan benda-benda yang tiada faedah untuk sijil tinggi agama malaysia.macamana nak berjaya dengan cemerlang sepertimana mereka terdahulu dari saya.

biar saya mula selangkah,dua langkah,tiga langkah.kemudian seribu duaribu tigaribu.ah!cakap banyak pun tak guna.bukan boleh bagi berjaya pun.baik buka buku,study.

biarlah mereka dengan dunia mereka.saya ada tujuan dan cita-cita.dan cita-cita saya sekarang mahu mumtaz dalam peperiksaan besar hujung tahun...bila dah berjaya,nak tulis pun layan.nak baca pun seronok.boleh senyum-senyum.

Ahad, 22 Mei 2011

bahasa syurga itu mesti dipelajari.

Pandangan Ibnu Taymiyyah mengenai hukum mempelajari bahasa arab:


إنَّ اللُغَةَ العَرَبِيةَ مِنَ الدِّيْنِ وَ مَعْرِفَتُهَا فَرْضٌ وَاجِبٌ فَإنَّ فَهْمَ الكِتَابِ وَ السُّنَّةِ فَرْضٌ وَ لاَ يُفْهَمُ إلاَّ بِاللُغَةِ العَرَبِيةِ وَ مَا لاَ يَتِمُّ الوَاجِبُ إلاَّ بِهِ فَــــــــهُوَ وَاجِبٌ



p/s: rugi mampuih sapa tak belajar bahasa Arab..rugi besaq..

Selasa, 17 Mei 2011

buat macam biasa

RABU 18/5
BLQ 0800-1030
REHAT 1030-1130
TANUS 1130-0200

KHAMIS 19/5
QURAN TAJWID 0800-1030
REHAT 1030-1105
BM 1105-0205

AHAD 23/5
0745-0900 TAU&MTQ 1
0915-1030 TAFIR ULUM 1
1030-1130 REHAT
1130-1220 TAFSIR DAN ULUM 2

ISNIN 24/5
0800-0915 FEQAH FARAID 1
0915-1105 REHAT
1105-0205 BI

SELASA 25/5
0800-1030 NAHU SOROF 2
1030-1130 REHAT
1130-0200 USUL FIQH

RABU 26/5
0800-0915 NAHU SOROF 1
0915-1030 ARUDH DAN QAFIAH 1
1030-1130 REHAT
1130-0200 ARUDH DAN QAFIAH 2

KHAMIS 27/5
0800-1030 FEQAH FARAID 2
1030-1105 REHAT
1105-0205 INSYAK DAN MUTOLAAH

AHAD 12/6
0800-1030 TAU DAN MTQ 2
1030-1130 REHAT
1130-0200 HADIS DAN MUSTOLAH

*speechless*
buat macam biasa.nothing different.
malam baru selak buku.

p/s:dulu,malam periksa baru buka buku.study target cukup-cukup makan.Syukur tepat.tak pernah tak tepat.Sekarang tempat baru,ketepatan tak berani nak cakap sangat.Style depa lain sikit.

*sapa ada otak yang cerdas??bagi pinjam sat.
dua minggu saja*

Sabtu, 14 Mei 2011

Terbayang wajahmu yang redup sayu.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)
al-ahqaf:15


Selamat Hari Ibu!Emak

Sungguh.Tidak terbalas jasa Emak dengan kata-kata dan perbuatan.
Pengorbanan Emak memang tiada tandingan.

hanya Tuhan yang tahu setinggi-sedalam-seluas mana aku sayang EMAK.
Inginku nyatakan

emak!

kau milik SYURGA.

*SAYA SAYANG EMAK SAYA*




ps:late is better than never.(betul ka word aku nie)
hampa agak aku tak buat post ka sempena Hari Ibu.
macam makan tak baca Bismillah kot kalau tak buat post Hari Ibu.



hari-hari ialah Hari Ibu...baqu layan...........

Selasa, 10 Mei 2011

kerana satu hati.kebenaran disembunyi.

Bala-bala.Bila ilmu yang dipelajari tak mampu diamalkan dan menjadi benteng perisai Iman.
Sayang sekali bila gerak kerja seharian macam budak yang kurang arif ilmu agama.Kadang-kadang sampai tak sedar terikut-ikut gaya dan cara mereka.

Bukan senang nak hadapi akhir zaman yang penuh fitnah.Tapi tak bermakna kita boleh melanggar aturan.Mata,hati,akal mesti sejajar dan seiring.Kita mesti mencegah kemungkaran dengan kuasa(tangan),lidah dan paling rendah iman ialah hati(benci).Buat sekadar 'kubuq asing-asing,hang buat dosa hang tanggung,biaq la dah aku mampu buat,aku ada hak atas diri aku'.

Susah cakap dengan orang yang letak nafsu didepan kemudian baru Agama.Bila terlalu banyak seronok hati MATI.Bila hati mati mula jadi payah nak nampak kebenaran.Kalaupun nampak cuma mampu melihat tapi tak mampu berfikir dan ambil pengjaran.

Takut jadi lain.Hati mengaku 'ya,aku tahu ini salah,ini dosa' tapi masih buat jugak.

Fahaman 'kubuq masing-masing' mesti dibuang jauh jauh.Takkan kerana nak jaga hati sampai nak sembunyi kebenaran kot.Tuhan dan Nabi tak pernah ajar.Jangan jadi macam segelintir orang yang sanggup ampu dan bodek kerana nakkan kemewahan dan pangkat.

telling the truth n making someone cry :'( is better than telling a lie n making someone smile...:)


Kesimpulannya.jangan sembunyi kebenaran.Jangan cakap guna kepala lutut.Jangan lepas terus apa yang bersarang dalam kepala otak.Biar fikir 18 kali pun tak apa,asalkan betul dan tak menjadi lubang untuk orang lain menuding kesalahan kita.Untuk tidak buat salah adalah MUSTAHIL,tapi kita boleh kurangkan dari melakukan kesalahan.


kepala hotak hang 'tak apa' !!
kalau dah salah kena teguq,bukan diam.senyum-senyum.

kena uji sikit dah gelabah,tunggang terbalik....lupa apa yang mengaji.

cakap tak guna otak.
ingat syurga neraka hak makhluk ka?


*tetapkan hati dan imanku di jalan yang KAU REDHAI YA ALLAH*

Khamis, 5 Mei 2011

sepintas lalu


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. [1:1-7]


pic from: syahirul.com


*saya rindu ustaz ayub,ustaz abdullah,ustaz zulkarnain,ustazah rohaya,ustazah mekiah,ustazah hafsah.rindu belaka semua guru-guru smidu*

16 mei dah tak lama.apa plan nak rai mereka ya?


Ahad, 1 Mei 2011

post pendek sebelum belajar di bulan Mei

hari hari tengok orang cakap tapi perbuatan tak seiring denga percakapan.
tapi tau mana satu pahala mana satu dosa.

iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.
raihan









kenapa nak marah pulak...time buat seronok sangat,tak ingat dunia langsung..bila kantoi semua dia nak sentuh..semua nak cari salah orang.
patut tak pernah maju pun.
Muhasabah itu penting.limaminit pun ok.



sifir yang cukup mudah.
siapa yang berusaha pasti akan berjaya.
Baginda Nabi dah bagitau lama.
tak kan tak tau lagi kot.