Jumaat, 30 Disember 2011

salute







"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.





apa hal tiba-tiba saya upload buku kaler maroon nieh.
saya salute dengan penulis.muda setahun dari saya.tulis novel.
596 mukasurat.bukan calang-calang.
cetakan ke-6 pada september 2011.
dok peghelih darussunnah.
banyak makan harumanis.(saya agak)

penulis pun comel...nak tau sila klik
DAH DAH DAH.JANGAN TENGOK LAMA-LAMA.ha ha ha
cun bukan??tudung pun steady.senyum pun harumanis.



*jangan risau.saya tak baca novel jiwang-jiwang nieh.
tau pun pasai makcik saya cerita.
muka ganas hati lagi ganas ha ha ha.




nak jugak jadi writer....blushhhhhh..segan...ha ha ha
buleh jauh hati beb kalau tengok pic dia lama lama(ok.ini saya mengarut)abaikan.

doa senjata orang mukmin.



tahun 2012 bakal menjengah..apamacam 2011??
hampir 3/4 tahun nie saya habisi,penuhi dngan tadah ilmu kat SMAD.
macam-macam cerita..
ah!! kalau tak dapat jumpa salam cium tangan guru-guru...kirim doa pun ok jugak...


azam tahun baru???


ada ada....nanti la bagitau...mana masuk 2012 lagi.

sibuk azam tahun 2012...masa tahun baru hjiriah tak terhegeh-hegeh nak berazam pun.

banyak benda boleh buat kalau pandai.
semua orang pandai.mana ada orang tak pandai.
saling melengkapi kita manusia hidup kat bumi ALLAH.
kalau kata professor pandai.ada jugak benda dia tak pandai.
acu try p suruh dia motong getah,jala ikan,panjat pokok...ha ha ha..







Selasa, 13 Disember 2011

biar gambar yang bercerita.











Puas hati p usha2 Airshow Langkawi baru nie.
Good experience.Atas kepala jet2 nie terbang,berdesing anak telinga.
Sangat bagus bagi mana-mana pihak yang tak pernah tengok airshow live atas kepala.
bukan macam selalu tengok kat langit,nampak jet besaq semut,atau nampak bekas asap kat langit.
Ini betul-betul.bukan cubaan.
Letih,Kulit terbakar.
tak apa.janji hati puas.

Rabu, 7 Disember 2011

jarang kadang sekali sekala

jarang-jarang update sekarang.bukan xda masa.malas cuma.hari-hari buang masa.naik berkarat otak.tapi baik le jugak,boleh spend masa dengan makayah sebelum p mengaji jauuuuuh.hari-hari lepak rumah,hirup udara kampung yang segar.untung jugak.orang bandar hari2 hirup udara tercemar hari2 tengok betis dan paha.

cerita lain.


hari nie p kedai moto.tulis buka pukul 10,padahal 11 baru buka.sejam saya tunggu...ada satu hari tu ada p kedai runcit nak beli kentang..tengok dalam kotak,semua kentang dah naik tunas....patut orang melayu payah nak maju dalam bisnes.saya dah tau sebab apa...pastu mula nak marah-marah pasai puak Cina dan India pegang ekonomi Malaysia...

Ahad, 20 November 2011

idea random.

  • sekarang musim orang dok kecoh bising takpuashati dengan masyarakat seberang.bukan main lagi melenting bila lagu tanah tumpah darahku tak dihormati.Ok.itu bagus.ada semangat nasiolisme dan patriotik.
  • Dan lagi bagus kalau melenting dan bermati-matian mempertahankan Islam bila kes-kes Murtad dan puak-puak kaum sejenis datang menyerang.Akhir zaman.Mintak lindung YA Allah.
  • Ada pulak orang yang kurang mengaji.dok ingat semua orang buleh terima style dia.Hentam kromo layan semua kawan-kawan macam dah kenal lama.Itu salah.Mana boleh terus serang.Kena plan.Cuba try selak sejarah.berapa lama Jepun plan nak kasi hancuq Pearl Harbour.
  • Sekarang musim ramai orang pakat-pakat cari salah orang lain.Nak tunjuk kata depa saja betul.Padahal lagi teghuk.Maaf.Macamana nak bersangka baik bila terang-terang depan kepala kita dia buat salah?
  • Kalau tak manfaat masa yang ada dengan baik-baik jangan pulak menyesal nanti.Orang lain boleh baca kitab arab takda baris hang terhegeh-hegeh baca.Tupun jangan.Sembang lebat.
  • Kalau orang tanya kita sesuatu tak tau jawab saja( ''saya tak tau'')...biar orang kata mengaji saja tapi benda mudah taktau...dari kita bohong....mudah-mudahan kita tak bagi fitnah kepada Islam dan paling penting berlaku Jujur.
  • Ramai mana yang sanggup jual agama sekarang.Sanggup sembunyi kebenaran.Takut nanti kena buang kerja.Gaji takdak.Tak boleh sara anakbini.Tu tak masuk lagi yang sanggup buat fatwa baru.Halal jadi haram.Haram pulak jadi halal.Nauzubillah.
  • Hidung tak mancung pipi lagi tersorong sorong.Tolong jaga adabmu.Islam itu Indah dan tiada yang lebih Indah darinya.
*ayuh dong!!koreksi diri.!!opps!!....muga terus selesai aja perbalahan ini.
*Mohon doa jauh bencana banjir melanda utara Malaysia...Siam nak lepaih ayaq empangan.

Jumaat, 11 November 2011

satu keping




*buah tangan bila layan cerita budak pakai topi jerami badan dia macam getah



When I was young, a treasure map
Was spread in my mind
Making sure that someone unknown won't take
The miraculous place that I've been searching for

Right now, it's life filled with dusts
Someday, I'll leave it up to
Everything's time

If the world ever changes
Take me to myself that never knew a thing
Making sure that memories won't fade away

I was singing since I was small
Warming the heart that dreams
The secret melody that everyone imitated
Making sure that it can be done better this time

Right now, I keep on sighing
Everyone is still unable to
Grab the true dream

If the time ever goes back
Takle me to myself that learned tears
Making sure that loneliness can't catch up

If the world ever changes
Take me to myself that never knew a thing
Making sure that memories won't fade away

Making sure that loneliness can't catch up.

gomo gomo go rocket!!!!

Rabu, 9 November 2011

perlu ka tak perlu.

Jumain suka bola.Jumain akan main bola setiap petang.Dulu masa sekolah rendah memang cita-citanya nak jadi pemain bola sepak profesional.Tapi sejak kematian abang angkatnya Azwan bin Suboh kerana disambar petir ketika bermain bola di padang awan taman sri piandang,terus cita-cita Jumain terkubur bersama-sama jenazah abang angkatnya itu.

Suatu petang...

''Mu ado gewe Main?'',tanya Wan Amir.

''Takdak,perlu ka ada marka la?'' jawab Jumain.

''Rugi ah,takdo gewe,nikmat oo ado gewe time study gini,heaven,nak wat gapo pun semangat''padat jawapan Wan Amir.

''Hahaha!poyo la hang''kata Jumain sambil berlalu pergi.

Lewat malam tu Jumain fikir ''apa benar perlu gewe waktu mengaji?"

Sabtu, 5 November 2011

Jumain Jantan...(buah mula)

Jumain bin Muhd Jantan.remaja cekal berbadan kecil berambut kerinting punya tahi lalat di bahagian perut sebelah kanan.Punya motosikal 135 lc.Suka memakai kemeja kotak-kotak tetapi tidak suka berkain pelekat.

Kehidupan di Universiti Profesional Bungaraya langsung tidak terduga oleh Jumain akan sekeras dan sepayah begini.Keluhkesah tidak membantu.Jumain bertekad akan keluar dari UPB dengan segulung Ijazah Bahagian Penyediaan dan Pengurusan Industri Steam/Kukus.


*lama jugak simpan autobiografi Jumain Jantan.baru hari nie approve.

Sabtu, 29 Oktober 2011

tiru dan tampal.

"Eh, Man! Budak mana tu?" tegur Sufian ingin tahu.

"Mana? Oh, yang tu ke? Aku tak kenal. Nanti dulu aku nak tanya'kabel' aku." balas Usman sambil tersengih. Sufian kepelikan dengan jawapan Usman itu lantas bertanyakan semula.

"'Kabel' mana pulak ni Man?" soal Sufian.

"Alah kau ni. Intan budak sekuliah kita tu la. Dia mesti kenal siapa budak yang kau ushar tadi tu." Usman teruskan langkah ke kafeteria.

"Oh, Hee..." Sufian tersengih dan sudah tahu dengan jawapan kawan baiknya itu. Mereka berdua meneruskan langkah ke kafeteria. Sufian seorang pelajar universiti tempatan. Menuntut dalam bidang sains politik. Kini sudah berada di tahun 3.

3 hari selepas kejadian pada tengahari itu, Usman datang mendapatkan Sufian yang ketika itu berada dalam perpustakaan. Usman meluru laju ke arah Sufian.

"Sufi!" Usman jerit kecil.

"Man, kau tak nampak ke kita dalam perpustakaan ni. Suara kau tu perlahan lah sikit.." Sufian mula menegur tindakan Usman yang boleh mengganggu tumpuan orang lain.

"Ops, maaf Sufi. Aku ada benda nak bagitau ni." bersungguh-sungguh Usman.

"Apa dia Man?" soal Sufian inginkan kepastian.

"Aku dah tau siapa budak perempuan yang kau tengok hari tu." ujar Usman penuh perasaan.

"Yaka? Bagitaulah aku cepat." Sufian menarik Usman supaya duduk di sampingnya. Tangannya memeluk erat bahu Usman.

"Nama budak ni Nur Mutmainnah. Budak ni baru masuk universiti kita ni. Tapi aku rasa lebih baik kau tak payah kacau laa." Usman memaku tepat matanya ke arah Sufian.

"Kenapa pulak?" soal Sufian kehairanan.

"Dia ni budak bagus. Kawan aku bagitau memang bagus sangat. Sesuai ke dengan kau?"

"Kenapa? Kau ingat aku ni jahat sangat ke?" balas Sufian.

"Kau tak jahat. Tapi cuma baik tak sepenuhnya laa." ujar Usman pula menyindir. Sufian memeluk lembut tubuh kawan baiknya itu sambil tersenyum lebar.

********************

1 tahun berlalu..... Sufian masih lagi menyimpan perasaannya terhadap Nur Mutmainnah. Sehingga kini Nur Mutmainnah masih tidak menyedarinya. Dan sepanjang tempoh itu juga Sufian tak pernah menghubungi Nur Mutmainnah. Nur Mutmainnah seorang yang baik. Tak pernah bergaul sesuka hati dengan mana-mana lelaki. Sufian pun tak pernah melihat Nur Mutmainnah berbual-bual dengan lelaki lain di mana-mana tempat sekitar universiti. Tingkah laku Nur Mutmainnah juga penuh kelembutan sebagai wanita melayu. Keayuan wajahnya usah dipersoalkan lagi. Nur Mutmainnah juga sentiasa berbaju kurung dan bertudung labuh menampakkan perwatakannya seperti seorang ustazah walaupun Nur Mutmainnah bukanlah berjurusan agama. Walaupun Nur Mutmainnah berada di tahun 2 dan Sufian pula di tahun akhir, ini tak menyukarkan Sufian untuk selidiki sifat-sifat yang ada pada Nur Mutmainnah. Bagi Sufian, memang tepat pilihannya jika ingin dijadikan isteri. Tapi adakah Nur Mutmainnah sudi jika Sufian melamarnya? Perasaan itu masih bermain-main dalam mindanya. Ah, kalau aku tak cuba, bagaimana aku nak dapatkan hasilnya? Getus hati kecil Sufian. Bagi Sufian sudah tiba masanya untuk Sufian meluahkan rasanya selama setahun ini. Jika masih bertangguh, pasti dia juga yang akan menyesal. Akhirnya Sufian mengambil tindakan berani iaitu dengan merancang untuk melamar Nur Mutmainnah.

Petang itu Sufian menghubungi Usman untuk mendapatkan pertolongannya. Sufian ingin dapatkan nombor telefon Nur Mutmainnah. Dia nak telefon sendiri Nur Mutmainnah untuk dapatkan kepastian.

"Kau biar betul ni Sufi?" soal Usman yang tiba-tiba pelik dengan sikap Sufian. Sufian terus menganggukkan kepala. Yakin benar dia kali ini. Akhirnya Usman berjaya dapatkan nombor Nur Mutmainnah.

"Assalamu'alaikum.." perlahan suara Sufian memberi salam dalam talian.

"Wa'alaikumussalam.... Ni siapa yaa?" soal Nur Mutmainnah kembali.

"Eerr... Saya ni Sufian. Cik Nur memang tak kenal saya pun.Tak pa lah saya kenalkan diri saya dulu. Saya Sufian. Tahun akhir jurusan sains politik." Sufian seolah-olah mati akal untuk meneruskan percakapan.

"Yaa.. Boleh saya tahu jika ada yang boleh saya bantu?" tanya Nur Mutmainnah. Sufian sedikit gugup berhadapan dengan situasi begini. Dia serba salah samada nak putuskan talian atau berterus terang saja. Lama juga Sufian berdiam tak terkata apa-apa.

"Ada orang ke tak ada ni?" Nur Mutmainnah seakan bercakap seorang diri. Sufian cepat-cepat menumpukan perhatian. Peluh mula menyiram ke dahinya.

"Sebenarnya saya nak lamar cik Nur....." terus Sufian putuskan talian. Dia seolah-olah tak mahu dengar apa kata balas dari Nur Mutmainnah. Nur Mutmainnah sedikit terkejut dengan tindakan Sufian itu. Sufian terus meraup wajahnya.

"Aduuuh.... Agak-agak dia terima tak lamaran aku tadi? Dah la aku buat kerja ekspres pulak tu." Sufian masih lagi bermain dengan perasaannya. Dia pun tak percaya dengan apa yang dia katakan tadi.

Esoknya Sufian menerima 1 mesej dari Nur Mutmainnah. Ringkas saja tulisannya..

"Jika awak benar-benar serius, pergilah berjumpa dengan ibu bapa saya..."

Terbeliak mata Sufian bila membaca mesej itu. Dia bagaikan tak percaya apabila Nur Mutmainnah menerima lamarannya. Dibacanya sekali lagi mesej itu. Yaa. Benar. Nur Mutmainnah sudi terima lamarannya. Gembiranya bukan kepalang lagi. Tanpa membuang masa dia terus berjumpa Usman untuk berkongsi berita gembira itu. Usman turut menyokong sahabat baiknya itu. Akhirnya pada cuti raya puasa, Sufian pergi bertamu ke rumah Nur Mutmainnah. Dia mengajak Usman turut serta. Pada mulanya dia berasa gementar untuk ke rumah Nur Mutmainnah. Tapi oleh kerana ingin tunjukkan kesungguhannya, dia gagahi jua.

Encik Fuad, ayah Nur Mutmainnah sudah dimaklumkan bahawa ada kawan lelaki ingin bertamu ke rumah mereka. Dari awal lagi ayahnya sudah sedia untuk menerima tetamu. Sufian tiba bersama Usman ke rumah Nur Mutmainnah. Langkah mereka perlahan tika melintasi pintu pagar.

"Assalamualaikum..." mereka memberi salam.

"Waalaikumussalam..." sahut ayah Nur Mutmainnah.

"Masuk lah. Jangan malu-malu." pelawa encik Fuad kepada mereka berdua.

"Kau lah masuk dulu Man." Sufian masih bermain tolak-tolak dengan Usman. Masing-masing berasa malu untuk masuk dulu ke rumahnya. Akhirnya Sufian terpaksa menunjukkan kejantannya masuk ke rumah Nur Mutmainnah dengan tenang. Mereka berdua pun perkenalkan diri masing-masing. Nur Mutmainnah tak keluar dari dapur. Air dan kuih pun disuruh adik lelakinya yang hantarkan. Rancak mereka berdua berbual dengan ayahnya. Tiba-tiba...

"Pak cik nak tanya kamu, Sufian..." soal encik Fuad. Mata Sufian terkebil-kebil sambil cawan dipegangnya masih berada di mulut.

"Apa dia pak cik..." jawab Sufian. Tangannya mengelap lembut mulutnya. Usman dari tadi lagi sudah memaku tepat matanya ke arah encik Fuad. Nur Mutmainnah turut memasang telinga. Kebetulan dia berada tidak jauh dari ruang tamu.

"Pak cik nak tanya kamu betul-betul ni. Kamu ni nak kat anak pak cik ke?" Sufian terdiam.

"Macamana pulak ayah dia boleh tahu aku ni suka kat anak dia?"bisik hati Sufian. Dia masih terdiam. Tak tahu nak balas apa. Encik Fuad masih tepat memandang Sufian.

"Kamu dengar tak pak cik tanya ni?" encik Fuad mula sedikit mengeras.

"Saya, saya dengar pak cik... Yaa, memang saya suka kat anak pak cik dan saya dah bercadang nak lamar dia untuk jadi isteri saya pak cik..." Sufian berterus terang walaupun suaranya sedikit ketar.

"Sebenarnya camni Sufian.. Pak cik bukan tak suka dekat kamu. Cumanya pak cik dah ada calon untuk Nur Mutmainnah tu.."

"Calon??" Sufian tercengang. Nur Mutmainnah juga turut tercengang. Dia pun tak pernah tahu akan hal ini. Tiba-tiba saja ayahnya mengatakan begitu.

"Yaa... Lagipun anak pak cik ni tak abis lagi belajarnya di universiti." encik Fuad menjelaskan keadaan.

Nur Mutmainnah teringin benar bertanya pada ayahnya tika itu juga. Namun dia tahankan diri. Menunggu saja Sufian dan Usman pulang dahulu. Sufian sudah kelihatan hampa. Mukanya mula berubah. Usman awal-awal lagi sudah memegang bahu Sufian. Dia cuba menyelami perasaan Sufian kala ini. Sufian ingin sahaja membantah. Namun dia sabarkan diri. Dia tertunduk. Tiba-tiba terpacul dari mulutnya,

"Tak apa lah pak cik. Kami minta diri dulu..." lemah bicaranya....

***********************

Nur Mutmainnah jadi serba salah. Perlukah dia hubungi Sufian untuk minta maaf atau sebaliknya. Dia mundar-mandir sendirian di dalam biliknya. Akhirnya dia mencapai telefon bimbitnya..

"Assalamualaikum..." Nur Mutmainnah mulakan bicaranya.

"Waalaikumussalam, cik Nur..." lemah bicara Sufian.

"Saya nak minta maaf tentang hal kelmarin. Saya memang tak tahu yang ayah saya dah carikan calon untuk saya. Saya minta maaf sangat-sangat." Nur Mutmainnah cuba cerahkan keadaan.

"Tak apa. Saya faham. Kalau itu dah pilihan ayah Nur, apa lagi yang mampu saya buat? Nur ikutlah pilihan keluarga Nur itu. Itu lebih baik.." ujar Sufian.

"Izinkan saya bertanya pada awak... Kenapa awak pilih saya sedangkan awak baru mengenali saya dan baru juga awak nyatakan keinginan awak pada saya.." tanya Nur Mutmainnah.

"Awak silap Nur....Saya bukan baru kenal awak. Tapi dah setahun saya mengenali awak. Mula-mula saya kenal awak masa awak jadi pelajar baru di U kita. Saya dah lama perhatikan awak dan bertanya-tanya tentang awak pada kawan-kawan awak yang lain. Saya jatuh hati pada awak kerana perwatakan dan perangai awak yang cukup baik. Bukan baru 2,3 hari saya kenal awak. Dah setahun lamanya. Setahun saya simpan perasaan ini. Baru kini saya luahkan pada awak. Saya cintakan awak, Nur......" luah Sufian. Dia beranikan diri.

Nur Mutmainnah terkesima sebentar dengan luahan Sufian itu. Timbul rasa terharu dalam dirinya. Matanya mula bergenang air mata. Setahun bukanlah jangka masa yang singkat. Dia tak sangka Sufian sudah lama menaruh perasaan terhadapnya. Apa yang perlu dia buat?

"Tak mengapa lah Nur. Ini hanya perasaan saya saja. Bukan apa-apa pun. Saya doakan moga Nur bahagia hendaknya... Assalamualaikum.." Sufian matikan panggilan. Hampa perasaannya. Hajat hati untuk dapatkan Nur Mutmainnah tidak tercapai. Dia rebahkan badannya ke katil. Akhirnya dia terlelap.....

Nur Mutmainnah pula sudah gugur manik-manik jernihnya itu kerana terharu.

************************

2 tahun sudah berlalu...... Nur Mutmainnah akan menghadiri majlis konvokesyennya di universiti tak lama lagi. Dan dia juga akan melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan ayahnya seorang anak tok imam lulusan jurusan agama dari universiti tempatan juga. Nur Mutmainnah sudah bersedia untuk menjadi yang sah di sisi Ahmad, tunangnya. Ahmad kini bekerja sebagai seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah kerajaan di ibu kota. Ahmad seorang yang baik. Pandai mengambil hati. Nur Mutmainnah juga turut terpikat dengan keelokkan perangai Ahmad. Nur Mutmainnah sudah lama melupakan peristiwa 2 tahun lalu. Namun nama Sufian dia tetap ingati..

Sufian kini sudah bekerja sebagai pegawai di jabatan kerajaan di ibu kota juga. Dia sehingga kini masih membujang. Hati dan perasaanya tetap dambakan Nur Mutmainnah. Namun dia cuba terima kenyataan bahawa Nur Mutmainnah akan berkahwin dengan orang lain. 3 tahun dia dambakan cinta pada Nur Mutmainnah dan sehingga kini jua cintanya tetap pada Nur Mutmainnah. Sufian juga dijemput menghadiri majlis walimatul'urus Nur Mutmainnah dan Ahmad. Dia nak pergi, namun kadang-kadang perasaannya rasa sayu. Sayu kerana seorang wanita yang selama ini dia dambakan akan menjadi milik orang lain. Usman banyak memberikan nasihat pada Sufian. Mereka sewa rumah bersama walaupun Usman bekerja di tempat lain. Usman pernah bertanya pada Sufian agar berkahwin saja dengan orang lain. Tapi Sufian tak mahu. Hatinya tetap teringatkan Nur Mutmainnah.

"Sufi... kau tak boleh macam ni saja. Sampai bila kau harus begini? Nur akan berkahwin tak lama lagi. Terimalah kenyataan ini. Aku tak boleh tengok kau kadang-kadang muram." Usman cuba menasihati kawan baiknya itu. Sufian bukan tak sedar semua ini. Dan dia pun dah sedaya untuk lupakan. Tapi 3 tahun berlalu ini masih tak nampak hasilnya.

"Tak apa lah Sufi. Fikirlah yang terbaik untuk diri kau.." Usman tinggalkan Sufian sendirian di ruang tamu.

Tiba masanya majlis walimah Nur Mutmainnah dan Ahmad. Sufian tak datang. Hanya Usman saja yang hadir. Kelihatan berseri-seri wajah dua mempelai. Usman turut tumpang gembira.

"Assalamualaikum Nur. Saya nak sampaikan salam Sufi pada awak. Dia ucapkan moga bahagia hendaknya..." ujar Usman pada Nur Mutmainnah. Nur Mutmainnah senyum mendengar pesanan itu. Namun jauh di lubuk hatinya masih terasa dengan peristiwa lepas. Rasa itu perlu dibuang jauh-jauh agar tak mengganggu keharmonian rumah tangganya bersama suami tercinta.

*********************

"Man, aku nak kahwin lah.." kata Sufian lembut. Usman terkejut dengan kata-kata kawannya itu.

"Betul ni Sufi? Alhamdulillah.. Dengan siapa?" tanya Usman bersungguh.

"Dengan kawan sepejabat aku..." balas Sufian

"Kau bersungguh ni?" tanya Usman inginkan kepastian.

"Takkan aku nak main-main pulak..." tegas Sufian.. Lantas Usman memeluk erat kawannya itu.

Akhirnya Sufian selamat diijab kabulkan dengan seorang gadis yang sama tempat kerja dengannya. Sufian mahu melupakan segala episod dukanya dulu. Semoga perkahwinannya dengan Asmah menjadi permulaan hidup barunya walaupun cintanya pada Nur Mutmainnah masih berbuku..

"Abang redho Asmah jadi isteri abang..." kata Sufian pada Asmah sambil mencium ubun-ubun isterinya itu.. Asmah turut terharu....

Nur Mutmainnah turut hadir tika hari perkahwinan Sufian. Sufian menyambut dengan senyuman walaupun masih ada sekelumit rasa sayu itu. Dia cuba sedaya sembunyikannya agar siapa pun tak sedarinya.

***********************

"Abah, petang ni kita jalan-jalan kat taman nak?" rengek Amin anak Sufian sambil menarik lembut baju Sufian. Amin sudah berumur 5 tahun. Kini Sufian bahagia bersama isteri dan anak-anaknya. Anaknya yang nombor dua berusia 1 tahun 8 bulan dan masih menyusu dengan ibunya..

"Iyaaa.. Untuk anak abah, petang ni kita pergi yaa.." pujuk Sufian lembut pada anaknya. Didakap kemas tubuh kecil itu..Berkali-kali dia gomol pipi lembut anaknya itu. Asmah hanya tersenyum dari jauh melihat gelagat dua beranak itu. Terserlah benar kebahagiaan yang Sufian kecapi bersama keluarganya..

***********************

"Nenek..... Jom lah kita pergi sekali... Abah suruh ajak nenek sekali.." tiba-tiba lamunan Nur Mutmainnah dikejutkan panggilan oleh cucunya itu. Dia cepat-cepat mengesat air matanya.

"Eh, nenek menangis ke? Kenapa ni nenek?" cucunya yang sudah berada di alam universiti itu menghidu sesuatu dari Nur Mutmainnah.

"Tak ada apa lah.. Nenek teringatkan arwah tok wan kamu saja... Insyaallah nenek pergi bersiap-siap dulu yaa.." kata Nur Mutmainnah. Kini Nur Mutmainnah punyai 20 orang cucu dari 6 orang anak-anaknya. Yang tegurnya tadi adalah cucu keduanya. Suaminya Ahmad pula sudah lama meninggal dunia akibat sakit serangan jantung pada usia 65 tahun. Kini usia Nur Mutmainnah sudah menjangkau 70 tahun. 1 usia yang cukup tua bagi seorang insan. Kulit badan pun sudah berkedut. Dia pun sudah kurang sihat. Kadang-kadang perlu ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Kini banyak dihabiskan masa bersama cucu-cucunya sahaja. Tiba-tiba datang anak lelakinya..

"Mak, esok kita ada tetamu nak datang.." ujar anaknya itu.

"Siapa pulak yang nak datang ni?" balas Nur Mutmainnah kehairanan.

"Entah laah. Tadi kakak bagitau kat saya. Katanya tetamu istimewa..."

Nur Mutmainnah bertambah lagi kehairanannya. Namun dia tak banyak bertanya.

"Yaa, kita tunggu esok saja yaa.Mak nak bersiap-siap dulu ni. Abang kamu nak bawa mak jalan-jalan katanya." kata Nur Mutmainnah. Anak lelakinya itu mengangguk faham.

Esoknya mereka sekeluarga sudah awal menanti di rumah. Menanti tetamu seperti anaknya khabarkan. Nur Mutmainnah ingin tahu juga siapa tetamu istimewa itu.

"Mak, mereka dah sampai.." kata anak perempuan Nur Mutmainnah.

"Yaaa... Ajaklah mereka masuk.." Nur Mutmainnah mempelawa mereka.

Maka masuklah para tetamu itu. Kelihatan seorang lelaki tua bersama anak-anaknya. Tak kurang 5 orang mereka datang bersama 2 buah kereta. Tuan rumah sambut dengan gembira kedatangan mereka. Nur Mutmainnah mula kaget bila melihat kelibat lelaki tua itu. Umurnya juga lebih kurang Nur Mutmainnah dan mungkin tua sedikit darinya. Tidak sempat untuk mereka semua ambil tempat, tiba-tiba Nur Mutmainnah bersuara....

"Abang Sufian?" tegur Nur Mutmainnah.

"Yaaa Nur.. Ni abang Sufian. Tak sangka Nur masih kenal dengan abang.. Dah berpuluh tahun kita tak ketemu. Tapi Nur masih kenal dengan abang.." Sufian memulakan bicara. Anak-anak Nur Mutmainnah dan Sufian sengaja biarkan mak dan abah mereka berbicara.

"Ya Allaah.... Macamana abang tahu rumah saya?" tanya Nur Mutmainnah.

"Ni semua jasa baik anak-anak kita yang nak sangat abang berjumpa dengan Nur.." balas Sufian lembut.

"Allahu akbar... Nur tak sangka akan bertemu dengan abang lagi. Anak-anak saya pun tak pernah bagitau apa-apa pada saya tentang hal ni. Mana kak Asmah?" soal Nur Mutmainnah lagi.

"Kak Asmah dah lama tak da. Dia meninggal dunia 5 tahun lepas kerana sakit." ujar Sufian.

"Maaf, saya tak tahu...Bagaimana keadaan abang sekarang? Sihat kah?"

"Abang sihat. Tapi sihat cara orang tua lah. Dah 73 tahun dah umur abang sekarang. Dah tua kita Nur... Tapi muka Nur tetap macam 50 tahun yang lepas..."

"Mana ada abang Sufian. Saya dah kedut sana sini...." kata Nur Mutmainnah.

"Sebenarnya kami ada hajat besar datang ke mari.." sampuk anak lelaki Sufian yang sulong, Amin.

"Kami datang sini nak meminang seseorang..." ringkas kata-kata Amin.

"Nak minang siapa pulak?" Nur Mutmainnah cepat-cepat jawab.

"Abang nak pinang Nur untuk jadi isteri abang....." tiba-tiba saja Sufian meluahkan rasa. Nur Mutmainnah terkejut. Anak-anaknya yang lain turut terkejut. Tapi mereka tetap buat seperti tiada apa-apa.

"Abang biar betul? Nur bukan Nur yang dulu. Nur dah tua sekarang ni bang. Anak-anak ramai. Cucu pun ramai. Adakah abang masih nak berseloroh dengan Nur?" Nur Mutmainnah bagaikan tak percaya apa yang diluahkan Sufian itu.

"Abang benar-benar ni Nur. Abang juga dah tua. Abang juga punyai anak-anak yang ramai. Cucu-cucu abang pun ramai. Adakah Nur nak hampakan rasa cinta abang selama 50 tahun ini? Selama 50 tahun ini rasa cinta abang pada Nur tak pernah padam walaupun abang juga mencintai isteri abang, kak Asmah. Inilah kehebatan Allah bila Dia boleh berikan perasaan ini pada orang lelaki.." Sufian tertunduk segan kerana meluahkan rasa itu di depan anak-anaknya dan anak-anak Nur Mutmainnah. Anak-anak mereka semua sudah terdiam. Kaku tak terkata apa-apa...

"Nur, dulu abang boleh terima kenyataan yang Nur dah jadi milik orang lain. Bahkan abang bersyukur kerana lihat Nur bahagia... Tapi adakah sekarang Nur masih nak menolak lamaran abang ini?" Sufian bersungguh-sungguh dalam kata-katanya..

"Abang Sufian.. Jangan begini. Kita ada di depan anak-anak sekarang ni. Malu pada mereka nanti.."

"Biarkan.. Biarkan mereka tahu bahawa 50 tahun yang lepas, Nur adalah wanita pertama yang abang cintai...."

Akhirnya Nur Mutmainnah tak boleh berikan apa-apa alasan lagi. Tiba-tiba Nur Mutmainnah menitiskan air mata kerana begitu terharu pada Sufian yang masih lagi mengingati dirinya....

**********************

Sufian dan Nur Mutmainnah sudah selamat diijab kabulkan.. Anak-anak mereka semuanya tumpang gembira dan ada juga rasa terharu dengan kisah mereka berdua..

"Nur... Walaupun kita berdua sudah tua, tapi abang tetap cintakan Nur. Abang tetap cintakan diri Nur. Walaupun kita sudah tak lama di dunia ini, sekurang-kurangnya cinta 50 tahun abang ini tak sia-sia..." kata Sufian lembut sambil mencium ubun-ubun Nur Mutmainnah..... Nur Mutmainnah memejamkan mata sambil menitiskan air matanya. Akhirnya cinta mereka bersatu jua.............. Tamat kisah Cinta 50 Tahun... :)

*copypaste saja*


Jumaat, 14 Oktober 2011

sikit

Memang spoil dan kecewa gila.Sedih bersulam takut.
Masa lalu kadang-kadang kena ingat jugak.Bukan nak kondem,tapi supaya benda sama tak berulang.
Lanie gheyau kluaq ayaq mata darah pun tak buleh ulang dah.Nasib badan.Pahit kelat kena telan jugak.Ini semua ketentuan Tuhan...cukup buat masa ini.




masih berbekas sakit semalam......

*cis!!tiba-tiba post kali nih berbaur 'poyo'...yaka ?

Sabtu, 10 September 2011

mudir


entry hari ini bermula dengan quote ''kalau tak tahu hujung pangkal suatu cerita jangan ikut campur''.
lenggok dan uslub saya berbaur dari seberang.apa salahnya.kita kan satu rumpun.tiada beda.setakat lagu negaraku jangan berkira sangat.

Belajar tinggi tapi masih melakukan perkara-perkara bodoh.Agak kasar bahasa.maaf,saya memang tak puas hati dengan manusia yang suka menjaga tepi kain orang lain.Dari situ akan bermula bermacam-macam masalah dan konflik.

Sebab tu mudir pesan.

''kita mengaji nie,jangan ambik tau benda yang tak perlu sangat,tumpu mengaji,baru senang nak buleh''

Benar,saya sangat rindu kepada mudir Ust Mat Ayub bin Mat Daud.kalau boleh tak mau masa berlalu masa tiga thanawi.(mood rindu plus sedih).

cukup buat masa ini.Tak boleh lebih lebih.nanti lain jadinya.
Semoga hari mendatang menjanjikan 1001 kemanisan dan kelazatan dalam beribadah kepada-NYA.


*kangen bangat sama mudir!!!

Selasa, 30 Ogos 2011

eid

ingat nak update cerita pasai raya tahun nie.memang superb....tiba-tiba mai angin malas..true punya malas..bukan cetak rompak...

bila rajin nanti ada update kot...kot ja la...

btw...mintak maaf zahir dan batin..

Ahad, 21 Ogos 2011

seminit dua.








Heaven sungguh hidup kalau sekadar berangan-angan dan bangun pagi esoknya sudah menjadi kenyataan.


*tak habis-habis berangan.banyak sangat makan buah berangan kot.



Jumaat, 5 Ogos 2011

terlintas lalu diluahkan.selamat beribadat.


sentiasa optimis dengan setiap gerak kerja yang dilakukan.selalu berfikiran positif dengan keadaan yang berlaku disekeliling.baru hidup tenang.hidup lancar teratur.Jangan lupa sedetik dengan DIA.tumpang berkat bulan Ramadhan,macamana orang bersesak-sesak nak masuk stadium tengok bola,macam tu la berebut-rebut ibadat siang dan malam.

Trial sjil tinggi agama malaysia...keputusan yang bakal keluar tu akan digunapakai sebagai shahadah sekolah titibesi.Study dibulan ramadhan memang heaven.nikmat.Rugi sapa yang kata tak larat,mengantuk,lapar dahaga dan segala macam alasan tipikal bila mai bulan ramadan.

Masuk pulak satu bab,yang dok meghenyeh dengan ______.
Tak kira tempat,tak kira masa.Itu semua ujian,tapi kalau leka,maka hanyutlah dikau.tenggelamlah dikau.Bagaimana orang lain yang tak ditimpa ujian sebegitu tidak mengambil peluang atas kelalaian manusia yang ditimpa ujian.(ayat level tinggi).

Maaf,ada jugak manusia yang bila dah tak suka suatu benda,dia tak akan tunjuk dengan kata-kata,dengan perbuatan tangan atau kaki.ada manusia yang lebih suka berdiam diri dan melihat segala macam perlanggaran aturan yang dilanggar oleh manusia lain.Lalu dibuat satu kesimpulan.Buatlah apa yang kau suka selagi mana tidak kantoi.

Sayang jugak,kalau tujuan asal dah terpesong...bukan nak pakai quote sambil menyelam minum ayaq...gila,mau tersedak....

dibulan Ramadhan ini,marilah kita sama-sama merebut peluang mengerjakan segala amal ibadat dan jauhi segala maksiat....pahala amal ibadat dilipatgandakan...tapi hati-hati,dosa maksiat juga dilipat gandakan.....


*gambar diatas,bangunan sekolah yang digunapakai oleh saya dari 2006-2011.segala macam kenangan ada disitu.......

Isnin, 1 Ogos 2011

catatan pertama hari pertama.

Mula entry di bulan Ramadhan yang Barakah.Hari pertama puasa.Pembetulan segelintir kita yang suka sebut 'bulan puasa'.Maaf,saya tidak menggemari begitu.Bukankan lebih baik,bagus,cantik dan comel jika disebut 'bulan Ramadhan.Itu beza kita yang mengaji agama dengan tak.(kawan saya kata.buka saya)

Idea untuk menulis memang tak menjengah langsung.Menulis terus apa yang terlintas.Jika ada yang merapu atau mengarut,harap dimaafkan.Bercerita tentang bulan Ramadhan,(bukan 'bulan puasa'),Saya lebih gemar mengisi masa yang terluang(kalau x mengaji)dengan playstation2,tidur,online dan novel.Memang superb.Langsung tak ada space untuk mentelaah pelajaran.Kalau lebih 'baguih' tidur sampai pukul 12.Tinggal lagi separuh hari saja nak puasa.Terbaik bukan??

*ingat lagi ustaz cerita,bulan yang awalnya rahmat,kita akan terasa redup,tenang,nyaman,aman dan sebagainya,kerana rahmat Tuhan yang melimpah pada sepuluh yang awal.Juga kerna anak-anak kecil yang mula belajar berpuasa.Maha Pengasih Allah.




*maaf,idea 'cun' tak menjengah lagi....selamat berpuasa.semoga kita dapat beribadat 83 tahun 3 bulan.

Khamis, 21 Julai 2011

biasa-biasa aja.

*hafaz quran
*hafaz hadith
*belajar hormat guru
*jaga berkat ilmu
*meletakkan niat menuntut ilmu tidak lain hanya KERNA ALLAH.

hebat.manusia hebat lahir dari institusi yang hebat.mana saya belajar semua benda-benda hebat nie...tu ha,badges ada di atas,sekali alamat.Tempoh 6 tahun bermula '05 hatta '10.
Bukan calang-calang yang bisa melepasi tahap shahadah nihaiyyah.yang betul-betul terpilih saja.

Lambang BULAN ditengah mata pena dah bagitahu mesej yang jelas kepada geng-geng keris tak bersarung.Jangan coba-coba dekat jika niat jahat.melakar Sejarah tersendiri demi mempertahankan tanah untuk membangunkan intitusi atas nama islam.Jasa mereka terdahulu dibayar dengan lahirnya generasi berilmu yang akan bangkit mempertahankan Islam kelak.




*Bukan calang-calang manusia nak stay sini.Ada masa nanti saya bicara lebih lebar.Lebih dalam.Biar semua tahu,saya dari tempat yang hebat,walaupun saya tak hebat..wiuuu..~~

Khamis, 14 Julai 2011

punya cara masing masing


"Jangan biar ideologi pisahkan kita. Biar semua ada pemikiran masing-masing. Baik berfikir dari tak berfikir. Bila berkawan, kawan itu kita tak ambil badannya saja. Kita ambil mindanya juga; seluruhnya dia. Jangan anggap kawan kita tak boleh berfikir.

Accept differences instead of going around telling people which side to choose"





*petikan dari wani ardy.





Rabu, 6 Julai 2011

sabar dan berfikir.

saya sedikit terkilan dengan segelintir kita yang terlalu meremeh-remehkan dosa pahala.Jika manusia yang kurang mukalaf mungkin boleh dipertimbangkan lagi.Sikap yang tak sepatutnya dimilki oleh manusia yang sentiasa dihidang dengan quran,hadith,tauhid dan pelbagai cabang yang lain.

Alasan yang dicipta terlalu dangkal untuk mempertahankan diri sebagai pelaku maksiat.Tanjak sekali jika dikata bodoh.bangang dan yang sewaktu dengannya.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan,
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji


Quote diatas yang dikeluarkan.benar,indah,bagus.Bagaimana jika saya mengambil pendekatan,

'orang buat jahat dibalas jahat'

kadang-kadang manusia perlu diajar bagaimana menghormati perasaan orang lain,kesedaran datang dari ALLAH.KIta sebagai makhluk berusaha sehabis baik untuk mendapatkannya.

Maaf,saya betul-betul anti kepada orang yang seolah-olah meremehkan dosa pahala,syurga neraka.

Apa pun yang berlaku,saya tetap berlapang dada,cuba menerima dan berfikir apakah hikmah ujian yang Tuhan lemparkan kepada saya ketika ini.Dengan izinnya saya bersabar dan cuba memperbaiki diri sendiri.

Jangan kerana terlalu asyik dibuai nikmat dunia yang sementara,kita tenggelam punca dan jadi manusia rugi selama-lamanya.Biarlah saya dikatakan rugi kerana tidak melalui usia remaja yang penuh warna warni jika warna warni itu membuat saya beroleh kemurkaan ILLAHI.


*siapa kita hendak menolak takdir-Nya ??.

Sabtu, 2 Julai 2011

19




ingat nak upload banyak gambaq,slow pulak tenet hari nie.sabtu.2 julai 2011.genap umur 19.bukan senang nak makbapak nak bela sampai jadi besaq nie.bertambah umur semakin dekat mati.



dari cecair cinta dua manusia dari benih berumah dinding
dari darah beku ke daging ketul dari otot, tulang diselimut
dari organ anggota, kuku semua dari jasad menyambut tiupan ruh
sembilan belas tahun lalu dia lahir untuk aku
سبحان ألله


by wany ardy.


terima kaseh emak
terima kaseh bapa
tiada dapat dibalas segala jasa
hanya doa dikirim sampai bila-bila

*mood:tak dapat detect.

Jumaat, 1 Julai 2011

kongsi itu ambil berat.

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.

Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.

Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.

Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.

Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.

Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.

Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.
Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.

Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh.

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh!

Setakat “tak boleh”, lut ke?

Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)

Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.

Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”

Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.

Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya.Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.

Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,
kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.

Dan seperti kawan saya kata,
tempatnya cuma ada satu.

*copy paste dari wany ardy

karya beliau saya salute bangat.kurniaan TUHAN.

Sabtu, 25 Jun 2011

bilang hari

masa semakin singkat.masih ditakuk lama.apa sudah jadi.yakin pada diri sendiri main peranan.study mau smart.mesti tau tackle markah.itu yang dipelajari lama dahulu.dimana-mana juga sama.jika sudah tahu cara dan gaya,payah boleh jadi mudah.belajar dari kesilapan.kalau tak buat silap bukan manusia.

11 julai syafawi atau bahasa inggerisnya oral. Al-quran,hadith,muthala'ah.(mesti pandai tackle markah)


cita-cita masih yang dulu jugak.
mintak jasa baik HAMBA ALLAH sekalian doakan saya.mudah dalam semua urusan.syafawi utamanya.



*jangan sampai orang lain muak tengok drama hgpa.ingat dosa woi.sia-sia mengaji agama.

Jumaat, 17 Jun 2011

warkah ringan di/pada penghulu hari

hari ini hadir ke walimah senior Muassasah.
ada pulak kawan tanya.

abdul syukur mohd don:"ada ka orang yang buat kenduri kawen hari Jumaat?"
khairul amri zakaria:"ada.nie,depa buat."(muka tahan gelak,saja buat tak paham soalan.)

nak share sikit antara perkahwinan yang berlaku pada hari Jumaat,sayyidul ayyam.
  • perkahwinan Nabi Adam dan Hawa
  • Nabi Yusuf dan Zulaikha.
  • Nabi Musa dan Shafura binti Ayub
  • Rasulullah salallahalaihiwasalam dan Khadijah
  • Rasulullah salallahalaihiwasalam dan Aisyah binti Abu Bakar
  • Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Mudah-mudahan ada sikit percambahan maklumat dan pengetahuan untuk kita.


selamat pengantin baru hafiz halim dan pasangan.
moga bahagia selamanya.
note:tajuk post agak konpius,nak letak di atau pada sebab tu ada tanda (/).....walaupun dapat 1 bm.oppss!

Sabtu, 11 Jun 2011

selamat maju untuk Hadie.


Seminar Mumtaz STAM.
9-10 Jun 2011.
tempat : *sila rujuk gambar diatas.


esok sudah mula belajar.
paper exam penggal baki 5 kertas lagi.(kot)
bahas nusus.balagahah.ok.sudah ada peningkatan.
quran,hadith.juga ada sedikit peningkatan.

ada sikit kemajuan.
semoga saya terus maju.!!







Rabu, 8 Jun 2011

Baik jadi pelajaran,jahat jadi sempadan.

Bila kita tengah marah nak berfikiran rasional pun dah tak boleh.Sebab tu antara syarat nak menjadi hakim(qhadi) menjatuhkan hukum mesti bukan dalam keadaan marah.Bila marah,tengok benda semua salah,semua jadi tak betul.Nampak salah orang lain selalu.Kesalahan diri sendiri langsung tak.Susah kalau berhadapan dengan orang macam nie.

Kadang-kadang elok jugak marah,marah dengan maksiat yang dilakukan.Nak marah bila ada orang dengan bangganya mengaku telah melakukan maksiat.

Satu lagi bila kita dah tak suka dengan satu manusia.Tak suka bukan kerana hal besaq pun,benda kecik saja.Tak suka sampai tak mau tengok muka.Tapi bila dah letak akal mendahului syariaat,segala jadi porak peranda.Kita senang sangat nampak kesalahan orang,dalam masa yang sama,kita lupa nak menghisab diri kita.

Cakap memang tinggi melangit,ayat tersusun macam prosa klasik,susah paham tapi gaya bahasa indah,buat sidara cair.Buat apa itu semua.Bukan itu yang dikejar.Sekarang saya nampak kesalahan orang lain,tapi saya juga sedang muhasabah diri sendiri.Saya juga banyak kesalahan.Biarlah,penilaian manusia tidak sama dengan penilaian Tuhan yang Maha Kuasa.Apa salahnya ambil yang baik dari manusia 'jahat'.Silap kita,apabila jumpa manusia yang 'jahat',segala yang baik dari dia kita tolak,buang,lontar sejauh-jauhnya.Silap.

Saya juga tefikir dengan nikmat duniawi yang sementara,rasa hati yang mengundang MURKA,benar,kita manusia lemah,senang menjawab,

"itu semua qada qadr ALLAH,aku nak buat macamna"

Ada tempat juga kita nak gunakan alasan seperti diatas ini.

Bagaimana yang dikatakan rasa hati yang mengundang murka??
jawabnya mudah.

seorang lelaki yang rasa senang hati,gembira,bahagia apabila selesai melakukan maksiat dengan perempuan yang tidak halal baginya.Konteksnya luas disini.Maksiat bukanlah hanya melakukan zina,berkhalwat,bersentuh-sentuhan,tetapi berbual-bual tanpa ada tujuan yang dibenarkan.Menjalinkan hubungan yang tidak sepatutnya.

Satu kelemahan segelintir kita apabila ditegur,
marah kalau yang menegur kita bukan sama taraf,ataupun guna ayat

"hang pun dua kali lima,nak teguq aku"

Sama-sama kita merenung segala tingkahlaku seharian,jika ada yang tergelincir dengan landasan Islam,cepatlah perbetulkan,dan saya bukanlah yang seorang yang sempurna,kadangkala tindakan saya juga melebihi haprak.

Ambilah yang baik,tinggalah yang buruk,bagaimana cuba kita sediakan satu air yang sedap dari sebiji limau yang masam.






*sedang plan nak buat cerpen.sesapa tolong bagi idea??
selamat menempuh peperiksaan senior !! :))

Jumaat, 3 Jun 2011

catatan tanpa tajuk

Taktau kenapa cuti-cuti jadi 'ter' rajin ''angkat tarikh'' blog.

Ini semua pasai semangat nak aplikasikan quote

"internet,dunia tanpa sempadan,semua maklumat di hujung jari anda"

ada ka quote ni??ada,tapi bukan macam ni..kira aci la tuh.kalau jawab shahadah,ustaz zul dah bagi markah.

nak bagitau sikit saja hari ini.

satu cerita.boleh kita ambil pengajaran.ya.gunakan otak sebaiknya.jangan persiakan.saya pernah terbaca satu cerita dalam sebuah buku(tajuk tak ingat).



Seorang pelaut terumbang-ambing di lautan teduh selama 21 hari, tatkala selamat dia ditanya oleh orang ramai tentang pelajaran terbesar yang dia dapat dari peristiwa itu. Maka, jawablah si hero malaya : "Pengajaran terbesar yang dapat aku ambil dari pengalaman ini adalah ; ''Jika kau orang masih memiliki air yang bersih dan makanan yang cukup, tidak perlu sedih."






masing-masing sudah tahu.membaca,menulis.berfikir apatah lagi.

word sedih sudah dihighlight.Pelan-pelan pikiaq dapat la apa makna terselit tu.




ok selamat 1 rejab.jatuh hari Jumaat pulak.Puasa woi.






ps*cuba atasi kelemahan sebelum penggal kedua pengajian bermula..


~~hari tu ada jumpa buku burhan sodiq,"Ya Allah,Aku Jatuh Cinta".Tukang jual perempuan pulak.nak beli segan kot.nanti la mintak tolong kawan beli.~~ malu tapi mau...






Rabu, 1 Jun 2011

Sepintas lalu.










kita akan
sedar betapa berharganya
seseorang itu bila dia
meninggalkan kita samaada
sementara atau selamanya


mana boleh campuraduk halal dan haram.
Kalau dah tahu tapi buat jugak.
Sendiri mau ingat la.
Kalau rajin,cuba semak apa nasihat imam Waqi' kepada imam Syafie ketika mana diajukan tentang keburukkan ingatan imam Syafie.
Nanti terhegeh-hegeh pulak tanya,kenapa payah faham,awat susah nak hafaz quran,hadith,etc.

Ahad, 29 Mei 2011

sembang kencang.habuk ada?tiada.

cuti datang lagi.macam-macam datang menyerbu.paling utama sekali mestilah nak bagi settle segala macam tugas sebagai calon sijil tinggi agama malaysia.

-hafazan surah Rum,Luqman,Sajdah.
overallnya 5% sahaja.kerja gila.saya memang banyak bersukaria,bermainsaja,membuangmasa.

-kerja kursus
overallnya 10%.lebih kurang gila jugak.banyak sembangkosong,semangatcakap.habuktiada.

-hafalan semua subjek.
overallanya 10.65%.juga kerja gila.sijil tinggi agama malaysia memang kena hafal.saya mengaku,saya terlalu banyak melakukan benda-benda yang tiada faedah untuk sijil tinggi agama malaysia.macamana nak berjaya dengan cemerlang sepertimana mereka terdahulu dari saya.

biar saya mula selangkah,dua langkah,tiga langkah.kemudian seribu duaribu tigaribu.ah!cakap banyak pun tak guna.bukan boleh bagi berjaya pun.baik buka buku,study.

biarlah mereka dengan dunia mereka.saya ada tujuan dan cita-cita.dan cita-cita saya sekarang mahu mumtaz dalam peperiksaan besar hujung tahun...bila dah berjaya,nak tulis pun layan.nak baca pun seronok.boleh senyum-senyum.

Ahad, 22 Mei 2011

bahasa syurga itu mesti dipelajari.

Pandangan Ibnu Taymiyyah mengenai hukum mempelajari bahasa arab:


إنَّ اللُغَةَ العَرَبِيةَ مِنَ الدِّيْنِ وَ مَعْرِفَتُهَا فَرْضٌ وَاجِبٌ فَإنَّ فَهْمَ الكِتَابِ وَ السُّنَّةِ فَرْضٌ وَ لاَ يُفْهَمُ إلاَّ بِاللُغَةِ العَرَبِيةِ وَ مَا لاَ يَتِمُّ الوَاجِبُ إلاَّ بِهِ فَــــــــهُوَ وَاجِبٌ



p/s: rugi mampuih sapa tak belajar bahasa Arab..rugi besaq..

Selasa, 17 Mei 2011

buat macam biasa

RABU 18/5
BLQ 0800-1030
REHAT 1030-1130
TANUS 1130-0200

KHAMIS 19/5
QURAN TAJWID 0800-1030
REHAT 1030-1105
BM 1105-0205

AHAD 23/5
0745-0900 TAU&MTQ 1
0915-1030 TAFIR ULUM 1
1030-1130 REHAT
1130-1220 TAFSIR DAN ULUM 2

ISNIN 24/5
0800-0915 FEQAH FARAID 1
0915-1105 REHAT
1105-0205 BI

SELASA 25/5
0800-1030 NAHU SOROF 2
1030-1130 REHAT
1130-0200 USUL FIQH

RABU 26/5
0800-0915 NAHU SOROF 1
0915-1030 ARUDH DAN QAFIAH 1
1030-1130 REHAT
1130-0200 ARUDH DAN QAFIAH 2

KHAMIS 27/5
0800-1030 FEQAH FARAID 2
1030-1105 REHAT
1105-0205 INSYAK DAN MUTOLAAH

AHAD 12/6
0800-1030 TAU DAN MTQ 2
1030-1130 REHAT
1130-0200 HADIS DAN MUSTOLAH

*speechless*
buat macam biasa.nothing different.
malam baru selak buku.

p/s:dulu,malam periksa baru buka buku.study target cukup-cukup makan.Syukur tepat.tak pernah tak tepat.Sekarang tempat baru,ketepatan tak berani nak cakap sangat.Style depa lain sikit.

*sapa ada otak yang cerdas??bagi pinjam sat.
dua minggu saja*

Sabtu, 14 Mei 2011

Terbayang wajahmu yang redup sayu.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)
al-ahqaf:15


Selamat Hari Ibu!Emak

Sungguh.Tidak terbalas jasa Emak dengan kata-kata dan perbuatan.
Pengorbanan Emak memang tiada tandingan.

hanya Tuhan yang tahu setinggi-sedalam-seluas mana aku sayang EMAK.
Inginku nyatakan

emak!

kau milik SYURGA.

*SAYA SAYANG EMAK SAYA*




ps:late is better than never.(betul ka word aku nie)
hampa agak aku tak buat post ka sempena Hari Ibu.
macam makan tak baca Bismillah kot kalau tak buat post Hari Ibu.



hari-hari ialah Hari Ibu...baqu layan...........

Selasa, 10 Mei 2011

kerana satu hati.kebenaran disembunyi.

Bala-bala.Bila ilmu yang dipelajari tak mampu diamalkan dan menjadi benteng perisai Iman.
Sayang sekali bila gerak kerja seharian macam budak yang kurang arif ilmu agama.Kadang-kadang sampai tak sedar terikut-ikut gaya dan cara mereka.

Bukan senang nak hadapi akhir zaman yang penuh fitnah.Tapi tak bermakna kita boleh melanggar aturan.Mata,hati,akal mesti sejajar dan seiring.Kita mesti mencegah kemungkaran dengan kuasa(tangan),lidah dan paling rendah iman ialah hati(benci).Buat sekadar 'kubuq asing-asing,hang buat dosa hang tanggung,biaq la dah aku mampu buat,aku ada hak atas diri aku'.

Susah cakap dengan orang yang letak nafsu didepan kemudian baru Agama.Bila terlalu banyak seronok hati MATI.Bila hati mati mula jadi payah nak nampak kebenaran.Kalaupun nampak cuma mampu melihat tapi tak mampu berfikir dan ambil pengjaran.

Takut jadi lain.Hati mengaku 'ya,aku tahu ini salah,ini dosa' tapi masih buat jugak.

Fahaman 'kubuq masing-masing' mesti dibuang jauh jauh.Takkan kerana nak jaga hati sampai nak sembunyi kebenaran kot.Tuhan dan Nabi tak pernah ajar.Jangan jadi macam segelintir orang yang sanggup ampu dan bodek kerana nakkan kemewahan dan pangkat.

telling the truth n making someone cry :'( is better than telling a lie n making someone smile...:)


Kesimpulannya.jangan sembunyi kebenaran.Jangan cakap guna kepala lutut.Jangan lepas terus apa yang bersarang dalam kepala otak.Biar fikir 18 kali pun tak apa,asalkan betul dan tak menjadi lubang untuk orang lain menuding kesalahan kita.Untuk tidak buat salah adalah MUSTAHIL,tapi kita boleh kurangkan dari melakukan kesalahan.


kepala hotak hang 'tak apa' !!
kalau dah salah kena teguq,bukan diam.senyum-senyum.

kena uji sikit dah gelabah,tunggang terbalik....lupa apa yang mengaji.

cakap tak guna otak.
ingat syurga neraka hak makhluk ka?


*tetapkan hati dan imanku di jalan yang KAU REDHAI YA ALLAH*

Khamis, 5 Mei 2011

sepintas lalu


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. [1:1-7]


pic from: syahirul.com


*saya rindu ustaz ayub,ustaz abdullah,ustaz zulkarnain,ustazah rohaya,ustazah mekiah,ustazah hafsah.rindu belaka semua guru-guru smidu*

16 mei dah tak lama.apa plan nak rai mereka ya?


Ahad, 1 Mei 2011

post pendek sebelum belajar di bulan Mei

hari hari tengok orang cakap tapi perbuatan tak seiring denga percakapan.
tapi tau mana satu pahala mana satu dosa.

iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.
raihan









kenapa nak marah pulak...time buat seronok sangat,tak ingat dunia langsung..bila kantoi semua dia nak sentuh..semua nak cari salah orang.
patut tak pernah maju pun.
Muhasabah itu penting.limaminit pun ok.



sifir yang cukup mudah.
siapa yang berusaha pasti akan berjaya.
Baginda Nabi dah bagitau lama.
tak kan tak tau lagi kot.


Jumaat, 29 April 2011

selongkar setiap ruang dan ceruk

Syukur atas kurniaan rezeki dari-Nya.

Agenda seterusnya.

Sekarang saya kecap nikmat rajin menjengah masjid solat jemaah.

Dapat kenalan dengan otai-otai kepalabatas titibesi nie.

Yang penting.Selalu dijemput menunaikan empat takbir.

Hidup sekarang memang kena pandai survive.Kalau leka sikit akan terkandas.

Masa nak test power dah tak lama.Tiga minggu saja lagi dari sekarang.Harap-harap Tuhan approve segala plan yang saya rencanakan.

Ok.Jangan jadi macam satu manusia tuh.Suka sangat irihati tak bertempat.Patut pun.Niat tak pernah Ikhlas.

Imbas kembali time dulu-dulu.Tiap kali lepas solat subuh.Ketua Asrama YD tahun 2005 pesan dengan suara yang boleh dengaq satu masjid

"perbaharui niat....mengaji kerana ALLAH"

lebih kurang macam tu la.(tak ingat sangat)

Usrah kali pertama.Dengan ahli seramai 16 bukan mudah.Kalau tak dapat banyak dari saya..dapat sikit pun jadilah.Sayang sekali.Mereka yang "semangat berusrah" diganggu oleh yang "kureng semangat berusrah"...Itu cerita hidup..ada baguih dan sebaliknya..(selit sikit cerita minggu ini)

*selongkar segenap ruang dan ceruk mencari semangat nak berjaya dalam exam kali ini.Betul-betul punya..tak main-main*







ini gua nak marah..kalau dah buat privasi macamana nak kunjung ke laman engkau makhluk?!! gua tak tau lu sengaja atau tak sengaja..


kenapa tiba-tiba rasa macam tak best bila tak dapat p ke

PBAKL2011 :(



Jumaat, 22 April 2011

cerita yang belum tersingkap



















MESTILAH RINDU

author unknown:la tak tau pun??

saya: dah tak tanya...