Khamis, 7 Mac 2013

jaf 3

Selesai minum petang.Jaf dan Nadira beiringan jalan.Lain macam getar di hati Jaf.Padahal ini bukan kali pertama Jaf jalan beriringan dengan perempuan.Dengan lagak selamba Jaf mengeluarkan gula-gula hack merah lalu dihulurkan kepada Nadira.

"tak mau"

"k"

"Nadira sewa rumah kat Taman Anggerik ka"?

"ha"

Natang,sepatah tanya sepatah jawab.Jaf mengeluh.

"Samalah kita,rumah nombor berapa?"

"34/c" sepatah lagi.

"oh,saya nombor 70/A"

"tak tanya pun"

"hah,tak apa la,nak bagitau"

Kali kedua Nadira 'tembak Jaf".Yang pertama masa di kedai makan tadi.Diam kan lebih baik kalau tak ada benda nak cakap.

Jarak kampus dengan Taman Anggerik sangat dekat.Kalau digunakan rokok Karim hisap sebagai pengukur,belum sampai separuh rokok dah sampai.Tapi perlu melintas dua jalan utama.Jalan yang penuh sesak dengan lori tanah yang keluar masuk.Dua hari lepas seorang budak umur lima tahun mati dilanggar lori tanah.Jaf dah mula berkira kira nak menunjukkan sikap gentleman terhadap Nadira bila nak melintas jalan sebentar lagi.

"eh,tadi ada cakap nama saya macam abang Nadira kan ? dia belajar lagi ka?"

"belajar kat pondok di Parit Panjang"

*******

Pon!Pon!

Pin!Pinnnnnnnnn!!

"Sesaknya jalan,macamana nak lintas ni"adu Nadira.

"Nanti,kita jalan sama sama,bagi saya pegang tangan Nadira"minta Jaf.

"tak boleh,haram"

Kecepek!rasa macam batu besar kena atas kepala Jaf.

"Dah tu,macamana Nadira nak lintas?Bahaya ni."

"Sebelum ni saya lintas jalan sorang ok ja,tak ada masalah pun"

"tak pernah kena hon?tak pernah sipi sipi nak kena langgar? tanya Jaf.

"tak pernah,ok pernah sekali"

"ha tu la,berlagak lagi,orang nak offer pertolongan tak mau"

"pertolongan ada cara,kalau nak pegang tangan mana boleh,kalau kita jalan sekali tak ada masalah kan?"

"ha" Jaf dah habis akal,ada betulnya juga kata Nadira.

Jaf dah mula tertarik dengan Nadira.Bukan mula,dah makin tertarik,kalau pagi tadi Jaf mungkin tertarik pada penampilan Nadira,gadis bertahi lalat di dagu,tapi sekarang Jaf dah tertarik pada dua,penampilan dan sikap.

Jaf tengok kanan,kiri,kanan.Kereta masih banyak.Ruang untuk melintas tak ada.Mungkin kalau Jaf seorang dah lepas.Jaf boleh berlari.Tapi hari ini Jaf berdua.Dengan seorang perempuan bernama Nadira.Yang Jaf tak boleh nak agak perangai dia.Hampir sepuluh minita Jaf dan Nadira tercegat tepi jalan menunggu kenderaan reda.

"banyak pulak kereta lori hari ni" getus Jaf.

"sabar"

Ok,Jaf kena sekali lagi.

Nadira menukar sandangan beg ke sebelah kanan bahu,terasa lenguh menyerap ke bahu sebelah kiri.Beg berat hari ini,kelas berturutan sampai lima.Segala bebanan buku dibawa.Berlainan dengan Jaf,buku dua buah dibimbit dengan tangan.Beg tak pernah wujud dalam diarinya sejak bergelar mahasiswa.Cuma kadangkala Jaf akan menggalas beg laptop ke perpustakaan kalau ada tuntutan assigment.

"line clear,jom kita melintas" Nada Jaf seperti iklan keselamatan jalan raya yang diadakan oleh kerajaan suatu ketika dulu.

Nadira beriringan tanpa ada riak geli hati dengan ajakan Jaf.

Eleh,nak senyum pun tahan Nadira ni.Jaf cakap dalam hati.

Selamat melintas seberang,tapi ada sebatang jalan utama lagi yang perlu diharung.Kadangkala Jaf hairan dengan pihak bertanggungjawab.Kenapa tidak dibina sahaja jejambat untuk orang ramai melintas.Bukankah itu lebih baik.Beberapa kali aduan dibuat pada YB kawasan,jawapannya nanti kita akan buat,plan pembinaan sudah ada.Sampai sekarang,jangankan plan,orang yang datang melihat tapak projek tak pernah nampak batang hidung.Orang begini yang memberikan tanggapan buruk pada ahli politik.Jaf kecewa.Seakan mahu sahaja bertanding dalam pilihanraya akan datang.membela nasib penduduk.cewah.

"Nadira,tunggu sat,saya nak beli majalah bola kat aci basikal tolak,kita lintas sekali"

Tak ada reaksi dari Nadira.

***

"aci,bagi majalah bola harian dengan hack seringgit,yang hujung buku merah tu bila punya?" tanya Jaf.

"lama punya"

POOOONNNNNNNNNNN!!GEDEGANG!

Jaf terkejut dengan bunyi dentuman yang maha kuat.Tanpa sempat membeli buku dan gula gula hack,Jaf pusing melihat kearah bunyi tersebut.Batang tubuh Nadira tak kelihatan dibahu jalan.Jaf melihat beg sandang biru cair dengan patung hello kitty dipenyek tayar hadapan lori.Jaf kenal beg itu.Kenal sangat.Darah pekat mengalir dari bawah lori.

"Ya Allah!Nadira!"

Jaf terduduk.Semangat lelaki yang kuat,gagah,tough seperti melayang.Air mata keluar dua titik,satu di mata kanan,satu di mata kiri.


TAMAT













Rabu, 6 Mac 2013

jaf 2

Selesai kelas miss Ayu,Jaf bergegas ke fakulti multimedia.Kad matrik yang terjatuh mesti dipulangkan hari ini jugak.Karim awal awal lagi dah balik rumah.Nak tengok sinetron.Minat Marshanda katanya.Kadang kadang Jaf sendiri bengang dengan Karim yang terlalu taksub dengan drama seberang.Ada sekali masa tengah lepak minum cendol pulut,Karim bangun tergesa-gesa bangun tanpa sempat menghabiskan cendol,tengok sinetron punya pasal.Sudahnya,Jaf makan dua mangkuk cendol hari itu.Satu cendol Jaf,satu lagi milik Karim.Membazir amalam syaitan,terngiang ngiang kalam Ust Nik masa sekolah menengah dulu.

*****

Jaf naik ke fakulti multimedia.Berhadapan dengan bilik dekan,ada satu kak kerani sedang menghadap komputer.

"Assalamualaikum,minta maaf kacau kak,ada kelas tengah berjalan tak la ni?"

"Ada,bilik A7,kelas Mr Jefri Haji Endut,hujung sekali" Jawab kak kerani.Matanya terus melekat pada skrin komputer.Sibuk benar gayanya,sampaikan ucapan salam Jaf tidak dibalas.

"ok,terima kasih".jawab Jaf tanpa mahu menggangu tumpuan kak kerani menyiapkan kerja.

Jaf sempat memandang skirn laptop kak kerani tersebut.

"puih,main facebook time kerja!"bentak Jaf dalam hati.

Jaf meluru ke papan kenyataan di tepi bilik dekan.Matanya meliar mencari nama yang tertera pada kad matrik yang digenggam.Ok jumpa.

"Tepat tekaan aku,marka ni kelas petang,waktu sekarang"

Jaf berlalu pergi.Kerusi batu bawah pokok yang bertentang dengan pintu utama fakulti multimedia dilabuhkan punggung.Helaian rambut yang jatuh menutupi dahi dibiarkan.Angin yang bertiup petang itu sangat sedap.Jaf berdiri sambil mendepakan tangan untuk menikmati angin petang,serasa macam Leornado di Caprio dalam cerita Titanic sahaja,bezanya cuma tak ada marka berdiri depan.Dengan riak muka yang suci tanpa sebiji jerawat,Jaf pasti misinya untuk memenangi hati marka berbaju kurung hijau akan tercapai.

Dari kejauhan Jaf dah nampak marka baju hijau pakai spek yang dinanti keluar dari fakulti multimedia.Lantas didekati.

"Nadira,Nadira"panggil Jaf

Marka pakai spek melihat ke arah suara yang memanggil.Seorang lelaki berjambang nipis,rambut belah tengah meluru ke arahnya.

"ya saya.kenapa?"

"nah"sambil menghulur sekeping kad kepada marka berbaju kurung hijau.

"oh my card!terima kasih,mana awak jumpa kad ni"

"sama sama,kat kedai roti canai pagi tadi,kad terjatuh masa awak bangun dari meja"

Tenang tenang,pujuk Jaf pada diri sendiri.

"Oh ya,sebagai tanda terima kasih,jom saya belanja awak minum petang,boleh makan cekodok pisang kat kedai Mak Senah."

Tepat sangkaan Jaf,lepas bagi kad,marka berbaju kurung hijau akan ajak minum petang.Klise betul cerita Jaf.
.
"ya ka ? tak menyusahkan?"

"susah jugak sebenarnya,tak apa la kalau awak kata macam tu"

"err,boleh ja kalau nak belanja pun"

Jaf dah mula cuak,peluang nak ejas marka hampir terlepas.Yang marka ni pun bendul,frasa 'tak menyusahkan' tu ayat peramah.

"ha,nak pulak,tanya lagi menyusahkan ke tak" Nadira senyum.


*****

Sebiji sebiji cekodok pisang masuk dalam mulut Jaf.Muka tenang cuba Jaf pamerkan.Dalam hati dup dap dup dap bergetar.Nadira diam tak berkutik.Air limau ais dihirup perlahan.

Dah kenapa pulak diam Nadira ni.Jaf berbisik sendirian.

"Awak kata apa tadi?"

Alamak,dia dengaq!

"err,tak,kenapa Nadira diam ja dari tadi?"

"dahtu ? nak cakap apa ?"

Tenang Jaf tenang.Jaf tarik nafas.

"cakap la apa pun"

"diam kan lebih baik kalau tak ada benda nak dicakap?"

Perh,rilek betul Jaf kena.

"ya,betul,by the way nama saya Jafran Bin Isa"

"dah tau pun"

"awak tau mana?

"tu kad matrik tergantung kat lehiaq tu apa benda? Nama macam abang saya"



Jaf 1

"aku lapaq la Jaf,pagi tadi tak makan apa,terus mai kelas"

"sapa suruh tak makan,itu silap hang,orang mengaji macam kita ni kena ambik sarapan pagi,baru otak cerdas,badan sihat.nak belajar pun tenang"

Jaf dan Karim bergerak ke kedai roti canai.Kedai sesak dengan manusia yang mahu mengisi tembolok pada pagi itu.Kebanyakkan pelanggan macam Jaf dan Karim.Di leher tergantung kad matrik dengan tali warna kelabu.

"meja penuh la.nak dok mana ni?"tanya Karim

"rilek rilek,kita usha mana-mana geng yang boleh masuk pala,kita dok sekali depa"tenang jawab Jaf.

Mata Jaf liar memerhatikan keliling kedai.Di sudut hujung kedai,ada dua orang marka yang tengah makan,sambil gelak-gelak.Sorang marka berbaju kurung hijau pakai spek sedang melihat ke arah Jaf.Comel.Desis Jaf.Niat Karim mengajak Jaf  sarapan di kedai roti canai pagi itu telah memberikan tuah kepada Jaf.

"ok,jom!kita p dok kat meja hujung tu"ajak Jaf sambil menarik tangan Karim.

*********

"hai,boleh dok sini?"tanya Jaf sopan.

"boleh"jawab marka berbaju kurung hijau pakai spek.

"bang!oder bang!"

Jaf ambik port setentang dengan marka berbaju kurung hijau pakai spek.Karim duduk tepi Jaf.Senyuman paling manis cuba dilontarkan Jaf, tapi tak dilayan.Marka yang sorang lagi buat tak tahu sambil hirup air teh o ais limau.Lekat sikit pelembab bibir di hujung penyedut minuman.

"dah habis makan?" tanya Jaf pada marka dihadapannya

Diam.Dua dua marka tak jawab pertanyaan Jaf.

"Perh,sombong betul! Jaf kata dalam hati.

Karim buat buat main handset.Entah main apa tak tau la.Handset nokia torchlight,setakat game bounce tu ada la.Bola lantun lantun.Di zaman orang menggunakan telefon pintar,Karim masih memegang prinsip, "guna selagi elok,kalau tak elok repair,kalau dah tak boleh repair baru beli baru".Panjang nak mampus prinsip Karim.

Selang tujuh minit setengah,order Jaf dengan Karim sampai.Marka dua orang dah siap,bangun nak bayar.Jaf pandang dengan ekor mata.Karim dah celapak hirup air stroberi campur susu.Tak hirau langsung dengan marka dua orang depan dia.

tup!

Sekeping kad matrik jatuh dari beg sandang marka berbaju hijau pakai spek.Jaf tolak dengan kaki,kad tersebut masuk bawah meja.Jaf dah ada akal macamana nak jumpa lagi marka pakai spek.Jaf ada idea macamana nak mendekati marka pakai spek.Jaf dah terbayang dalam kepala,lepas bagi kad matrik,marka pakai spek akan ucap terima kasih dan belanja minum,masa tu Jaf akan cuba berbual,ejas marka tersebut.Karim melihat Jaf tanpa riak.

"apa lagi hang ni Jaf,ntah ntah marka tu dah ada orang chup"

"orang chup pun tak apa,aku nak bagi kad matrik dia ja"

"sembang macam aku baru kenai hang sehari,dah la,hari ni hang bayaq,satg lunch aku pulak bayaq,cepat !kelas miss ayu leceh kalau lambat,dia tanda pen merah"



Sabtu, 2 Mac 2013

catatan hujung minggu

Aku tak tahu nak mula dimana.Segala rasa senang dan tenang bagai diragut kasar bila menerima satu panggilan telefon pagi tadi.Segala plan aku untuk minggu ini seakan terbantut.Sempit.

Petang tadi aku sempat join buku jalanan jitra.Steady bukan main baca buku tepi tasik sambil disapa lembut angin tasik.Aku salute jugak grup depa ni.Kongsikan bahan bacaan kepada umum tanpa mengira latar belakang.Just share.Ambik buku yang depa letak,cari port tepi tasik,duduk dan baca.Bahan bacaan alternatif,mainstream,rare semua ada.Koleksi sendiri pulak tu,yang paling rare majalah pengasuh,seratus peratus jawi.

Amboi,hilang pulak point aku nak karang.

Ok,Jumaat kelmarin,aku join konvoi motosikal melawat anak yatim derga.

Cerita lain.Petang tadi jugak aku p jitra mall cekau tiga buah buku.Niat asal nak beli dua buah,tapi bila harga buku #ceritaseram kurang lima ringgit dari bajet asal,Aku beli tiga buah terus.Puas hati.Masa lepak dengan buku jalanan pun aku sempat sembang hal-hal buku sedas dua.Rancak bila jumpa orang yang sama minat dengan kita.

Cerita lain.

Cuti ni banyak aku buang masa dengan hal hal yang kurang bermanfaat,kalau nak senaraikan aku jadi segan.ha ha ha.Bila buka semester nanti harapnya ada keajaiban akan muncul,kalau tak banyak,sikit pun jadilah.

Masih bawah tajuk buku.Purata rakyat malaysia membaca buku setahun ialah dua buah.Sikit gila.
Aku pun sebenarnya bukan rajin sangat,tapi bila bosan,aku ambik jugak sebuah dua baca,tak dapat habiskan,baca sehelai dua pun jadilah,sekurangnya ada input yang masuk.

Sekarang kecoh kes lahad datu.Semoga rakyat malaysia di sabah khususnya dijauhi dari segala bencana yang tidak elok.