Jumaat, 28 Januari 2011

letih

semua berkisar tentang lapangan 2011..sekarang saya tempuhi dengan jayanya(harap-harap)

bermula pukul tujuhlimabelas pagi.terbaik!baca Quran dan selak fahami pula tafsir ayat yang telah dibaca....tiada kata lain...saya setuju dan salute!!

masuk kelas..macam biasa baca doa..amin.moga barkah dan makbul doa tersebut..
tumpuan 120%...tiada gangguan..cuma mengantuk datang menyapa sekali sekala...

tiada masaalah dengan guru..saya suka semuanya..

berjuang sampai dualimaminit petang bukan senang..bukan juga susah.letih...saya mengaku ikhlas dan jujur...tiada langsung paksaan dari sesiapa.juga tiada muncung pistol di kepala atau bilah pisau yang tajam di tengkuk....

solat zohor...selesai kewajiban....
yang marahnya,ada pulak manusia yang terlebih pandai bising dalam masjid...kalau tingkatan 1 mungkin maaf diberi...yang sudah limabelas kali baligh pun bising macam zoo apa pasal??
saya marah...

selesai wirid dan doa..siaga dengan persatuan,kelab permainan,unit baju seragam(uniform).....letih dan !@#$%**

pukul limapetang...gegas balik..masak nasi beli lauk.....
saya penat dan terpaksa usaha untuk terus hidup.....

asar...selesai kewajiban...syukur...
enampetang...online..bacabuka apa yang patut...

magrib...isyak...

badan sudah letih...celah mana nak study??siapkan homework..otak sudah pandai berkata-kata....REHAT


rutin berulang selama lima hari....
dan seterusnya....

kadang saya pikiaq juga...guru-guru pun manusia..ruang mereka rehat dan bersama anak-anak sekelumit jua...

itulah PENGORBANAN


saya letih..................tapi semangat nak habiskan...

jalan terbuka...
hidangan tersedia..
lampu penyuluh sepanjang jalan....
moga selamat ke GARISAN.......

ku pohon kekuatan YA RABB






Khamis, 27 Januari 2011

keluar tingkap






Post agak keluar tingkap kali ini..entah kenapa.bila sendirian aneka rasa datang bertandang..penangan buku itu agaknya..



catatan sambil dengar bunyi-bunyi helicopta...padan lah...kepala batas....

Ahad, 23 Januari 2011

Tuhan Maha Tahu

jangan terlalu mengharap pada manusia.semat di lubuk hati..Tuhan Maha Kaya dan Maha Mengetahui..hati sedih..lantas seorang kenalan menasihati...Ujian Tuhan..ada hikmah


saya kembali menghisab diri..ya!!saya lalai dari mengingati-NYA..syukur..saya kembali bepaut pada-NYA....

tujuan dan niat terpesong seketika...

selami dan susuri hadaf sebenar membuat hati ini kembali terubat dan berbunga...mereka disana mungkin jua begitu...entah...Tuhan Maha Mengetahui...


hati yang dekat dengan-Nya sentiasa dipagari.syukur masih dipermulaan..tidak terlajak jauh







sekarang aku lebih mengerti....rezeki ada dimana-mana....Allah yang utama...



hamba yang lemah hanya usaha dan doa

Sabtu, 22 Januari 2011

otak kembali ke sana

syukur.masih ada upaya tangan ini menari di ruangan ini..otak jua ligat mengerah idea.

sempat saya kirimkan alamat blog kepada beberapa kenalan....dan seorang senior..catatan yang saya datangkan ini sekadar mengisi masa yang terluang..oh ya!mungkin jua kerana minat menulis yang tersemai sekian lama membuatkan saya tega begini..terima kaseh tidak terhingga kepada kalian yang menyokong dan sentiasa meberi galakan agar saya tetap dengan jalan yang dipilih ini.terima kasih sekali lagi..

gambar ini diambil semasa tingkatan 3 di lapangan 2005..ustazah siti norhafiza..pantas otak memutar kembali kenangan bersama teman-teman ketika itu..ya!kehidupan saya sedikit berbeza dengan teman-teman lain.seragam hijau yang tersarung,seluar dan sepatu hitam.beban AMANAH yang singgah di bahu benar-benar menguji iman....lemah saat itu..


syukur..sempat mengecapi jerih sebagai sayap kiri guru...pengalaman yang diperolehi tidak ternilai harganya..rindu saat-saat di muassasah...


tersenyum sendirian tatkala mengimbas kembali saat-saat pulun dahulu..begitulah adat di muassasah..tidak lekang istilah pulun dari bibir pelajar-pelajar.

hujungnya,saya mengharapkan pendapat kalian yang menziarah ke laman saya ini.idea yang datang dari pemikiran kita berbeda dan saya sangat berbesar hati andai idea kalian dapat saya terjemahkan di sini..




terima kasih teman dari tt besi..kunjungan kamu ke blog ini saya hargai..tiada lain ingin saya sampaikan....hanya kalungan TERIMA KASIH..harap boleh kongsi ilmu bersama...



saya undur diri..semoga hari yang mendatang kita diisi dengan kemanisan iman...


senyum tatkala selesai membaca.... ^_^

Khamis, 20 Januari 2011

mencatat lagi

syukur pada ALLAH.semakin hari semakin teguh.pasak tiang sudah.satu semangat melonjak ingin menuntut ilmu.entah mengapa.

mungkin kawan-kawan baru...
mungkin guru-guru baru...

terus terang saya katakan..saya semakin selesa berada di titi besi ini..bantuan-NYA telah tiba.Tuhan titipkan tenang dan sabar pada lubuk hati agar senang berjuang di medan ilmu...

biasa mungkin.kejanggalan bagi penuntut seperti saya yang diadun mengikut amanat Al marhum ust Fadzil untuk mengikut terus cara baru ini..terima kasih kawan-kawan baru...

berubah pula cerita dengan kawan-kawan yang muslimat(kawan-kawan sekelas)...ternyata mereka biasa begitu.(bukan semua)..tidak enak jika dibandingkan dengan muassasah tempat saya mengenal ilmu ALLAH yang MAHA LUAS..bukan mahu berlebih-lebihan..sikap dan tingkah laku mereka seperti budak-budak biasa yang tidak diasuh dengan ilmu agama(suara perempuan aurat,jangan pakai wangi-wangian masa keluar rumah,tundukkan pandangan)

maaf..saya hanya menyampaikan rasa hati ini..bukan semua begitu...terdapat jua kuntuman yang mekar dan dijaga..sejuk dan jatuh hati...err???


hati terpaksa dibuka dan menerima segala aturan mereka..aduh!!badan beruniform??
rumah sukan??sukan dan persatuan???






nasihat sikit kawan-kawan
semoga kita semua mumtaz

Sabtu, 15 Januari 2011

catatan pertama selepas seminggu di lapangan 2011

syukur Alhamdulillah.pengalaman di lapangan baru benar-benar berharga.hari pertama sekolah dah lewat.bermacam-macam dugaan datang.lain pula cerita dengan kawan-kawan baru.

persekitaran yang nyata berbeza memberi kesan dalam gerak seharian.bayangan tarbiah selama 6 tahun terpatri kukuh.mana mungkin terhakis begitu sahaja.

legasi yang ditinggalkan seorang kenalan membuat kehadiran saya dan rakan-rakan dijulang sebagai pelajar hebat dan berilmu..keluaran muassasah.

situasi sebagai keluaran muassasah meletakkan saya sebagai tempat rujukan.
alahai..terasa kerdil dan jahil pabila diajukan soalan-soalan dari guru ataupun kawan-kawan baru.

maaf,aku tidak bisa menghulur pelampung yang kalian harapkan

soalan-soalan ingin tahu yang ditampilkan membuat saya seronok dan bersemangat untuk bercerita.

kat smidu ngaji banyak dah pa?
smidu tu bantuan kerajaan ka?
ustaz zainal asri mengajar smidu ka kidu?
selalu lepasan smidu lanjut pelajaran di mana hah??luar negara?

nah!beraneka soalan yang disuarakan..

pada fikiran guru-guru,produk muassasah terbaik,hebat,berpengetahuan luas dan bermacam-macam lagi...tatkala itu,aku hanya mampu tersenyum...
seolah olah mahu saja berkata

"ana pelajar biasa saja,x reti sangat pun"

ya!!memang,tapi mulut seakan-akan terkunci,entah rasa apa yang menyerbu di dada saat itu.
semoga Tuhan memudahkan perjalanan hamba-NYA yang lemah ini untuk menuntut ilmu.
sabar dan bersungguh-sungguh mahu saja ditambat di hati andai bisa sebegitu.



er!cik ayam goreng,kalau anda terbaca post saya ini,tinggalkan sedikit pesanan di chatbox ye...

Sabtu, 8 Januari 2011

hidup ini hati-hati

Hidup ini berhati-hati.Bagaimana hendak memperbetulkan kesalahan jika tiada peluang untuk berbuat demikian??

Beberapa ketika saya mengalaminya.bukankah senang jika berterus terang menyatakan itu dan ini tanda tidak berpuas hati??sukar bagi sesetengah manusi.mudah bagi sesetengah manusia.

dalam menjalani kehidupan seharian sifat berhati-hati sangat dituntut.situasi saya sekarang,telah mengguris hati seorang kenalan lama tanpa sengaja.

"kata-kata lebih tajam dari mata pedang"


cukup!!tanpa perlu diulang baca,makna yang mudah difahami.sukar jika tidak diberi peluang untuk penjelasan.

Alangkah indahnya jika kau memahami apa yang dinamakan QADA' dan QADR
tapi sayang,kita dibentuk dalam lapangan dan acuan yang berbeza lantas corak pemikiran kita jua!!

Jumaat, 7 Januari 2011

Aku sanggup

Membaca.membaca minat tidak dapat dilekang dari diri ini.sempat singgah di kedai buku siang tadi beli 2 buah buku.Ya!!aku sanggup!kalau buku atau bahan bacaan punya fasal harga tolak tepi.semestinya buku itu manfaat dan berguna.pinjam duit kawan pun sanggup.itu saya punya cerita.
terkadang lintas di fikiran,kenapa buku yang sebegini cantik pengisiannya tapi harga murah??saya menilai.positifnya harga murah buku yang bermanfaat,mereka yang kewangan biasa-biasa sahaja mampu untuk memiliknya.senang.teori yang senang.dan pelik juga bila ada orang yang sanggup bayar 3 kali ganda harga asal bila nak beli satu-satu benda..itulah kesedaran.kesedaran tentang nilai sesuatu benda.

sayang sekali manusia yang tidak minat membaca.rugi.saya katakan rugi!

kadang-kadang nak sesuatu benda perlu usaha.perlu tanam benih nak dapatkan pokok.perlu juga pokok untuk dapatkan hasil.nak dapatkan hasil perlu baja,air dan jagaan yang cukup..mudah!nak dapat minat membaca perlu usaha dan sabar..




dari membaca timbullah minat menulis.insya ALLAH jika ada rezeki,otak yang biasa ini bisa tampilkan sebuah cerita pendek sikit masa lagi....dua buku ini belum sempat saya khatam.


bila minat menguasai...harga sesuatu benda bukan satu halangan...


kepada dua teman seperjuangan
semoga ada jodoh
lama x baca penulisan hadie
rindu la tu
aku tahu aku tahu itu
^_^

Khamis, 6 Januari 2011


Hati.raja didalam diri.betapa hebat peranan hati.dari hati timbul simpati,dari hati timbul benci,iri hati.dari hati jua datang rasa kasih dan sayang.fitrah.sekeras mana pun hati,bisa jua dilembuti dan disirami kata-kata nyaman.

dalam bahasa arab hati disebut QULUB bermakna berubah.Hati yang sering berubah-ubah.terkadang kita tercari-cari ketenangan hati.dimanakah?tanpa disedari noda dan dosa yang terpalit menggusarkan hati.benar!!dan diri ini merasainya kini..

ALLAH..halus ujian-MU.aku tiada upaya tanpa-MU.

benar-benar berselirat hati ini..ujian Maha Hebat.tidak seperti ombak besar,gempa bumi,gunung berapi..musibah yang terzahir dek pandangan mata berbeda.musibah yang dicampak ke rohaniah sukar dirawati kecuali dengan memperingati ALLAH..

Ya TUHAN!!kepada ENGKAU aku meminta..bebannya aku terasa..Jika ini kafarah DosA hamba yang hina ini reda...reda....

bisik sang hati yang berbolak balik...sang penghasut yang tidak leka sesaat berjaya dengan misinya...

TidAK!!aku tidak boleh kalah....

bangkitlah wahai diri...
pandanglah cahaya bahagia....
tinggalkan derita semalam...
usah dibebani masa lalu...
kenangan biarkan ia terbang dibawa angin...
lihat dihadapanmu....
bahagia di SANA yang dicari...

ALLAH................aku datang kepada-MU....selangkah....

Isnin, 3 Januari 2011

lapangan baru

vietnam








malaysia















syukur,Alhamdulillah.merasai nikmat umur di tahun 2011.bermula episod yang baru.Lapangan berbeza setelah enam tahun tumbuh bulu di sekolah ust Fadzil.tiada lain meniti di bibir.
" semangatnya nak mula belajar di lapangan baru"
gembira dan cemburu menerjah di benak,tatkala mendengar cerita rakan-rakan seperjuang melanjutkan pelajaran di luar negara.Seronoknya dapat belajar di luar.Entah bagaimana perjalanan ilmu aku di lapangan baru nanti.
.....
berkobar-kobar nak start belajar
siap sedia dengan pelbagai onak
moga tiada putus asa datang bertandang
semua yang diharapkan bergerak dengan senang
tiada halangan
dan
kalaupun ada
tiada patah ditengah