Khamis, 28 Februari 2013

catatan khamis

sedarlah aku sekarang,kita boleh heret lembu,kuda,kambing,babi untuk ke sungai,tapi tak boleh paksa binatang itu minum ayaq.

see,kita bukan siapa siapa nak suruh orang lain buat itu ini bagai,lain la kalau hang professor xavier macam dalam xmen tu.boleh kawal orang lain.

yang penting,rileks,sabar,berterusan buat satu kerja,pasal jadi atau tak jadi itu hal nombor dua.kalau tak jadi kita tak kecewa sangat,at least kita dah cuba.

Khamis, 21 Februari 2013

Tok Wa tiga

"Pi tolong Tok Wa la,benda ni bukan susah sangat,sapu sampah stor ja pun.Pi nak tolong Tok Wa,nanti cepat siap,kita boleh balik sekali" aku jawab pada Tok Wa.

Riak wajah Tok Wa tenang,senyum sikit,nampak garisan gigi tersusun rapi.Tak ada gigi yang gugur.Gusi Tok Wa kuat,rahsia Tok Wa ialah kayu sugi yang sentiasa terselit di poket baju.Sebelum wudhuk Tok Wa akan bersugi.Banyak kelebihan sugi Tok Wa cerita pada aku selain sunnah Nabi,bersugi dapat menguatkan gigi dan gusi,mencerahkan mata dan banyak lagi.Aku tak ingat sangat.Tapi bab pengamalan sunnah Tok Wa sangat teliti.Kalau makan nasi kat rumah Tok Wa pun dalam talam,setiap waktu solat serban kemas atas kepala,itu belum lagi minyak attar,tidur mengiring sebelah kanan.Pernah satu hari aku tanya Tok Wa,mana Tok Wa tau semua amalan sunnah ni,Tok Wa cakap belajar masa di pondok dulu.Aku angguk.Kisah Tok Wa belajar di pondok aku pernah dengar emak cerita.Tok Wa dulu belajar pondok di kelantan dengan kawan baik dia,Lebai Hussin tuan punya kedai runcit di simpang masuk kampung.

Selesai sapu sampah,aku tersandar letih di tiang masjid dekat dengan stor Tok Wa mengemas.Malu aku dengan Tok Wa,umur tua buat kerja macam orang muda.

Dah siap ka Tok Wa ? aku tanya.

Dah,jom balik.jawab Tok Wa sambil menutup pintu stor masjid.

Dalam perjalanan aku lihat mulut Tok Wa kumat kamit membacakan sesuatu.

"Tok Wa baca apa ?" aku ingin tahu.

"Selawat"pendek Tok Wa jawab.Senyum terukir.

Aku diam.Kami beiringan berjalan sampai ke rumah.

"Assalamualaikum!" aku mendahului salam.


Rabu, 20 Februari 2013

hangat-hangat tahi ayam

di balik jendela itu.

setiap petang.

setiap hari

aku merenung,

dengan penuh harapan dan semangat.

ada belia belia kampung aku turun padang main bola.

jenis hangat hangat tahi ayam.

main sehari,tak main sepuluh hari.main sehari tak main sepuluh hari.

Isnin, 18 Februari 2013

roda

hidup kita ini putaran roda yang sentiasa bergerak.

sejauh mana kesungguhan kita untuk sentiasa memohon kekuatan kepada Allah itu terpulang atas diri sendiri.

dahulunya saya belajar di tadika sungai durian,sekitar tahun 97/98

perh.

malas pulak nak tulis.

kahkahkahkah

Ahad, 10 Februari 2013

Selamat pengantin baru ust zikri.

Siang tadi saya sempat menghadiri walimah seorang sahabt sepengajian di muassasah dulu.Ya,saya dan dia tidak lama,sekitar tiga tahun lebih kurang.Daftar masuk dua ain dan berpindah masa satu thanawi.Tetapi moment yang terakam antara saya dan dia sepanjang detik itu tidak pernah reput.

Lurus dan baik orangnya,ingat sebuah al quran dalam dada sebelum menginjak lima belas tahun.Saya salute dengan kerajinan dan disiplin dia.Ketika satu asrama lewat untuk turun jemaah,dia tidak.Tidak langsung terkesan dengan suasa yang negatif bak kata orang.Asuhan maahad tahfiz tersemat kukuh pada beliau.

Saya seolah tak percaya,kawan yang dulunya merajuk keluar asrama setelah diprovok dengan berbagai cara,gurau senda mengikut dialek ust bukhori,senyuman tidak pernah lekang dari bibir bergaris beliau.Tapi sayang,jodoh beliau dengan muassasah tidak panjang,beliau mengambil keputusan berpindah dengan mengejut,sehingga kawan karib beliau sabu imam al geluguri  dan kawan separuh karib naeem al dergawi  tidak menyedari.hal ini.Mengikut khabar angin yang bertiup kencang ketika itu,beliau berpindah kerana tidak tahan diperkotak katikkan oleh segelintir kawan kawan sekelas beliau.Saya harap khabar angin itu tidak benar.

Apapun,sempat saya titipkan satu benda power untuk beliau ketika majlis tadi.

Selamat pengantin baru ust zikri zamri dan zaujah,semoga berbahagia hingga ke syurga hendaknya.


Khamis, 7 Februari 2013

retro sekolah menengah dua

Selesai kemas beg pakaian dan siap pasang cadar putih,aku dapat katil atas,besi pengadang tak ada,tangga jangan tanya la.Tilam aku bawak dari rumah,tilam arwah wan.Katil aku betul betul di penjuru bilik.Niat aku nak dapat katil bawah tak tercapai bila dah ada budak booking awal.Aku tanya brader baju hijau yang iring aku tadi

"katil bawah tak dak ka ?"

"tak da" sambil leheiaq dia terjengoi jengoi melihat keliling bilik asrama,kononnya sedang memerhatikan kot kot ada katil bawah yang kosong.

Selesai bagi nasihat sepam dua,pakcik Taupik aku balik rumah.Aku daftar masuk sekolah dengan pakcik Taupik,adik emak.Time tu emak dengan bapak pergi buat haji.Barang barang aku semua ada nama.Dari sekecil kecil barang sampailah ke sebesar besar barang seperti locker dan tilam.

Aku naik atas katil,sambil pikiaq idea untuk tidoq malam ni.Gila,tak pernah pernah aku tidoq katil atas tanpa penghadang ni.Walaupun aku ni tidoq sopan santun,tapi malang tak berbau orang kata.Selang beberapa minit,budak katil bawah muncul dengan seorang tua,aku syak ayah dia,berdasarkan paras muka yang lebih kurang sama.Aku hadiah segaris senyuman untuk mereka berdua.Niat nak bertaaruf aku tangguh bila dia sibuk dok mengemas barang.

Aku baring atas katil sambil melihat habuk habuk halus jatuh dari papan atas aku.Asrama dua tingkat,jadi bila budak asrama atas jalan hentak kaki macam gajah atau badak habuk habuk halus akan berterbangan jatuh.Setiap kali sebelum melelapkan mata aku akan kibas tempat tidur.

Aku turun katil untuk pergi ke musolla,ada taklimat sikit kata brader baju hijau tadi.Aku berseorangan melangkah pergi ke musolla.Bukan main ramai budak yang pakai baju putih tengah lepak dalam musolla.Sampai pintu masuk ada sorang budak panggil aku dok dekat dia.

Macam biasa,tanya nama,asal.Aku sebagai pelajar baru jawab dengan slow tanpa ada niat membantah atau menipu.

Selesai apa pala semua,balik asrama mandi.bilik ayaq ada empat,satu ada kolah panjang dan para untuk basuh baju,jamban tak ada.Dua bilik ayaq lagi ada para dan berkongsi kolah dia,jamban ada lima/enam(aku tak ingat) untuk setiap tandas tersebut.Last bilik ayaq ada satu kolah,ada para untuk basuh baju,ada satu jamban dan ada motosikal.Aku usha tak sampai lima jamban yang elok untuk buang ayaq dengan selesa.Ada yang tersumbat,pintu lekang.

Sebelah malam aku dibahagikan kumpulan.Minggu silaturrahim.Kalau bahasa lain minggu suaikenal ataupun orientasi.Geng dengan aku time tu irfan kadir,budak kurus nama naeem(budak yang nak sangat kawan dengan aku)dan beberapa orang lagi budak.Nama aku tak ingat sangat.Ketua kumpulan aku nama Amir,dia ni geng brader-brader pakai baju sekolah kaler hijau.Time tu geng yang paling riuh dok bersembang ialah geng sekolah rendah kat tandop.Jenis bawak geng mai masuk sekolah baru.Entah berapa lori depa angkut aku tak tau,tapi lepas tu aku masuk la jugak kepala dengan geng sekolah tandop ni.

Paling aku cam budak nama mat jaf beger,power tak patut,hari pertama masuk dah dapat nama gelaran.kisah dia berlaku bila bangun tidoq time slot ceramah(kalau tak salah) terus budak tu tanya member aku "kat sini ada orang juai beger dak ".Budak langkawi matjaf beger ni,mengaji tak dan habis,pindah.Entah macamana la keadaan dia sekarang.

#woi matjaf,aku harap hang lani berjaya bukak kedai koperasi kecil kecilan macam hang buat kat YC dulu!

Rabu, 6 Februari 2013

retro sekolah menengah.

Lapan tahun dahulu,minggu pertama dalam bulan Januari,aku daftar masuk ke sebuah sekolah menengah.Sekolah yang tak pernah aku bayang akan masuk.Sekolah yang selalu aku pergi ke musollanya mengikut orang tua setiap minggu pagi Jumaat.Tapi pada hari itu,status aku secara automatik bertukar menjadi salah seorang pelajar sekolah tersebut.Pakaian sekolah ni lain macam spesel,poket tebuk,seluar biasa,kaler putih,baju raihan,lepas luar.kasut putih.kepiah putih,tapi kepiah ada spesifik dia.aku nak gambarkan bentuk dan corak dia tak reti.

Pagi tu,selesai pendaftaran,aku bawak beg menuju asrama.Segala kelengkapan asas aku bawak sekali,timba,hanger,sabun buku,berus gigi,sabun mandi dan beberapa alatan kecil lain.Sampai di bawah pokok ceri tepi tandas asrama ada sorang brader pakai baju hijau iring sampai ke depan pintu asrama.Tandas asrama aku tak usha lagi time tu dia punya kondisi kebersihan dan prasarana.Bab tandas nanti aku cerita lain.

Aku melangkah kaki masuk ke pintu asrama.Aku lihat beraneka jenis manusia yang ada dalam situ.Semuanya pakai baju putih macam aku,cuma ada beberapa kerat yang pakai baju melayu,kepiah corak-corak."Baru masuk dah lawan etika pemakaian"aku cakap dalam hati.

Ada yang sedang kemas baju masukkan dalam locker,ada yang tengah sembang dengan kawan baru,ada yang tengah baring-baring.Bermacam gelagat.Ada budak suara pecah-pecah.Ada budak badan dia ada petak didada.Senang cerita,aku ditempatkan didalam asrama yang dihuni dengan manusia pelik.Aku cuba biasakan diri.

Jumaat, 1 Februari 2013

minat #1

tahun ini dua buah buku sudah aku beli.nafsu memang tak boleh tahan bila cerita pasal buku.

tadi sempat aku titip pesanan kepada kakak ipar untuk sebuah memoir rashid maidin.

kalau pasal buku memang aku jarang berkira.walaupun masa untuk baca kadang kadang sempit.

aku tak sempat untuk habiskan satu buku,dah buku lain pula yang dibeli.

aku kata pada diri sendiri.

"tak apa,buku tak ada tarikh luput,ada masa baca,tak ada masa tinggal,dia tak akan kecewa macam kalau kita tinggalkan dia tanpa berita dan hanya mencari di saat kita perlu berbeza dengan manusia,punya emosi yang sukar difahami"

mungkin genetik dari emak agaknya habit membaca aku ini.

bila selongkar buku lama-lama,kebanyakkan milik emak,kalau milik bapak kitab jawi.

sekarang emak masih minat membaca tapi dek kerana tuntutan tugas seharian,minat emak aku lihat sangat terbatas,cuma seminggu sekali menyelak helaian akhbar metro untuk membaca novel bersiri cikgu Rania.