Khamis, 24 Oktober 2013

catatan hujung minggu

Hari ini ada sembang sembang dalam group whatapp jasa.

Rancang nak buat reunion.

Nama sahaja reunion.

Padahal majlis makan makan.

Ok lah tu.

Bila semua masuk belajar, susah dah nak kumpul sama sama.

Walaupun kehadiran tidak semua.

Tapi ada rasa susah nak dicerita.

Hangpa kena rasa sendiri.

Bila ada kawan sehidup, semati( mati lain lain).

Biarlah tak ada orang tahu.

Allah pasti tahu.

Nanti semua dah masuk belajar.

Hanya boleh melawak dalam alam maya.

Aku tak segan nak mengatakan rindu.

Nak mengatakan kasih.

Buat apa sampai nak naikkan bulu.

Bukankah kasihkan sahabat sebahagian dari iman.

Heh! Tak tahu ke?

Pergi selak hadith, apa Rasulullah pesan.

Tauuuuu.


*aku kurang sihat sikit ni. esok baiklah hendaknya. :)

Rabu, 23 Oktober 2013

Siri bercerita Azzam

Assalamualaikum. Nama ana Abdullah Azzam bin Umar. Ana pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang Undang. Umur ana masih muda. Berapa biarlah rahsia. Ana lahir di Hospital Alor Star. Dulunya dikenali dengan nama Hospital Besar Alor Star. Nama Abdullah Azzam ni emak ana yang letak. Kata emak ana, tokwan ana dulu teringin sangat turun berjihad bersama As-syahid Abdullah Azzam, tapi tak kesampaian apabila dia mati muda. Mati dibaham harimau semasa menjalankan tugas sebagai pegawai perhilitan. Sebab itulah, emak memberikan nama Abdullah Azzam. Mengenangkan semangat jihad tokwan, emak ana meletakkan nama seorang tokoh pejuang islam yang hebat. Bahkan, nama adik beradik ana yang lain semuanya nama pejuang islam. Abang sulung bernama Umar Mukhtar bin Umar, yang kedua bernama Ahmad Yassin dan adik ana bernama Rabiatul Adawiyah.

 Kerja ana sekarang belajar. Pengajian di tahun dua sekarang agak mencabar. Semasa tahun satu, ana punyalah malas. Sampaikan assignment copy yang kawan kawan senior. Ana tak panggil abang senior. Mereka macam tak layak ana nak panggil abang. Pemalas macam ana juga,kehadiran kelas suruh kawan kawan yang tanda. Tapi sekarang ana jadi rajin sedikit. Ana mula sedar, ilmu yang ana dapat nanti akan menjadi hujjah dihadapan Allah. Sebenarnya, pada permulaan ana belajar, ana tak berapa nak suka sebab tempat ana belajar , salah satu sebab ialah tak berprofil tinggi. Bayangkan, stam maqbul pun diterima. Senang cerita macam tak elit berbangding ipt yang lain seperti uia, ukm dan sebagainya. Sebab yang lain ialah prasarana serupa gampang, bangunan bangunan kelas seperti kedai makan. Kelas air condtion macam tak pernah servis. Bila difirkan semula, benda benda sebegitu membuatkan pelajar yang rajin semakin rajin dan yang malas semakin malas.

Sekarang bila dengar cerita kawan kawan ana yang belajar di ipt yang disebutkan tadi, ana rasa bersyukur. Kehidupan di sana lebih mencabar berbanding tempat ana belajar sekarang. Bayangkan, hadir kelas memakai selipar kena denda 50rm. Tak pakai tali leher, tak gantung kad matrik, semua itu kena denda. Kalau tempat ana belajar sekarang, hadir kelas pakai selipar, baju t berkolar, kad matrik simpan dalam dompet, tak ada siapa nak tegur apatah lagi denda 50rm. Sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kesenangan ana di tempat ana belajar sekarang, tapi cukuplah buat masa ini.

Oklah! Ana ada kelas lima belas minit dari sekarang. Ana kena copy paste dan print out assignment budak sem lepas, sebab hari ini tarikh akhir penyerahan assignment subjek tajwid. Jumpa lagi!

Isnin, 21 Oktober 2013

retro sekolah menengah 4

Tahun 2010

Hari aku tak ingat. Tapi geng kahfi memang tak pernah bersedia dengan kejadian yang akan berlaku pada hari tersebut. Pagi itu rutin macam biasa bagi aku dengan lima lagi kawan. Siapa bangun awal akan naik musolla jemaah subuh. Kalau lewat pun pergi juga. Sebenarnya lewat subuh bagi geng kahfi boleh diklasifikasikan kepada beberapa peringkat. Satu, lewat standard. Lewat yang naik musolla, ngam-ngam imam bagi salam. Maka akan ada jemaah baru di bahagian belakang musolla. Lewat standard II, naik musolla tapi jemaah dah baca surah waqi'ah. Lewat sebegini selalunya akan melencong ke bilik gerakan atau nama sedap sikit bilik sardin. Tak cengei lah kalau budak-budak bawah jagaan kami tengok abang-abang lewat subuh sampai orang baca surah baru nak mai. Kuranglah thiqah. Bilik  sardin ialah lepak/study sabu dengan ahlul, budak kelas aku juga. Kelengkapan bilik sardin boleh dikatakan solid juga. Ada meja study, ada toto, kipas angin dan suis charge handphone. Yang yang paling tak standard ialah bangun mandi pukui 7 skali dengan qadha subuh.

Bilik kahfi ialah bilik paling hujung. Asrama budak lelaki duduk time tu ialah bekas asrama perempuan. Blog yang berbentuk U dengan ada tangga ditengah tengah( di lengkung U). Bilik kahfi juga bilik yang paling hampir dengan blok asrama perempuan. Ada dua bilik yang paling hampir dengan blok asrama perempuan, tapi hanya satu yang berpenghuni. Iaitu pelajar 3 thanawi. Tahun 2010 adalah tahun ketiga aku mendiami asrama tersebut dan pada 2010 bilik hujung itu juga dibuka kali pertama untuk diduduki. Maknanya, batch 3 thanawi sebelum itu semuanya duduk bilik bawah. Aku pernah fikir juga hal tersebut. Kenapa warden beri keizinan untuk menduduki asrama tersebut yang mana port paling hampir dengan asrama perempuan dan paling jelas untuk ditebuk lubang melihat kawasan larangan.

bersambung

Sabtu, 19 Oktober 2013

retro sekolah menengah tiga

Sekitar tahun 2005, aku tingkatan satu ikdadi Bukhori. Lagi satu kelas satu ikdadi Muslim. Bukhori kira kelas first la. Budak yang lulus interview saja masuk. Yang tak lulus masuk kelas Muslim. Seiingat aku masa tingkatan satu, kelas yang paling semua budak budak duduk diam dan tak berani nak sembang ialah kelas sirah. Kelas Ustaz Zainul. Dari budak tingkatan satu sampai tingkatan Enam kalau dengaq nama ustaz Zainul memang respek lain macam sikit. Tangan ustaz selalu pegang tasbih kalau tak mengajar. Bila bersyarah dalam kelas akan diselangi dengan selawat. Bila ustaz lalu tepi kelas, bau attar yang dipakai semerbak harum. Semua orang automatik diam. Sebelum mula mengajar, ustaz akan suruh tengok sampah bawah kat lantai, kalau ada kutip dan buang dalam tong sampah, butang baju mesti penuh kat tangan dan leher.

Nak dijadikan cerita, suatu hari time ust mengajar, ada sorang budak perempuan tunjuk pada ustaz sekeping surat cinta yang diletakkan bawah meja dia. Semua budak lelaki cuak termasuk aku dengan Naem, budak sebelah aku. Ustaz ambik surat tu, kemudian tanya satu kelas

"sapa letak surat bawah meja izzah"?

Sekoq pun tak mengaku. Budak izzah dari sridu, muka dia nak kata cun, cun la kot, kalau tidak takkan la nak ada budak letak surat bawah meja. Aku pernah usha saja, tapi tak adalah sampai berkenan. Budak kelas Muslim pun ramai usha dia. Tapi  sekarang aku tengok kat facebook, budak izzah tu dah tak cun macam dulu. Kalau hangpa nak tau, sekolah aku ni punya la nak jaga ikhtilat, pihak sekolah wujudkan sehelai kain pemisah ditengah kelas antara budak lelaki dengan perempuan. Kawasan lelaki sebelah depan, perempuan belakang. Bila guru masuk mengajar, budak perempuan akan buka tirai, kalau tak buka macama nak tengok papan hitam ye dak? Bila guru keluar, tirai akan ditarik balik. Alah, senang paham situasi dia macam kat masjid lah, jemaah perempuan solat dibelakang tirai. Kalau usha perempuan pun dah tak boleh, kesalahan hantar surat ni hangpa dah boleh agak lah macamana dia punya pergi.

Satu kelas senyap. Budak lelaki diam. Aku dengan Naem tunduk tengok kitab. 

"ustaz tanya ni, sapa letak surat bawah meja izzah"

Tak ada orang mengaku. Ust diam tunggu jawapan dari budak lelaki. Aku boleh agak, semua dada budak lelaki time tu mesti macam nak pecah dia punya ketaq. Beberapa hari sebelum tu, aku dengar cerita, ada budak satu ikdadi muslim kena katok kepala dengan batang penyapu. 

"tak ada orang mengaku tak apa, ustaz akan siasat benda ni, kalau  dapat tangkap, walahu azaban syadida"

Ustaz macam mengalah bila tak ada orang yang mengaku. Kalau tak salah aku, masa izzah bagi surat kat ustaz, isi surat ustaz ada baca. Satu kelas gelak, tapi gelak pun dalam nada perlahan. Tak berani gelak kuat kuat.

"sorang pun tak mengaku, ustaz nak tanya la ni, sapa pernah curi tengok muslimat kat belakang?"

Perghhhh. Ada lagi beban ketaq dada rupanya. Semua budak berlagak hero, tak mau mengaku. Malu beb kalau mengaku. Jatuh reputasi depan makwe. Senyap. Tak ada jawapan. 

" tak ada orang tengok? baguihnya kelas ni, ustaz tanya sekali lagi ni, siapa pernah curi tengok muslimat kat belakang?" nada ustaz tanya steady, tak tinggi sangat, tak rendah sangat. Aku rasa ustaz masih boleh kawal emosi. 

Aku macam nak mengaku, tapi bila pikiaq balik, kalau aku mengaku, ustaz akan cop aku budak kurang baik. Dah la sehari sebelum tu aku baru masuk kelas pengajian kelas tasauf dengan ustaz kat musolla selepas asar. Tak patutlah budak masuk pengajian tasauf curi tengok perempuan.

"baik tak ada orang mengaku, muslimat, siapa muslimin yang pernah kaleh belakang tengok antunna?"

Pergh pergh pergh, kali ni semua budak lelaki kelas satu ikdadi bukhori macam nak menangis. Memang tak boleh lari lagi dah. Tak boleh berlagak alim depan ustaz. Time tu aku perhati, semua budak lelaki tunduk kepala. Tak berani angkat. 

"arif, bangun." Ustaz suruh arif budak klang berdiri. 

"Farhan."

"fikri."

"Helmi."

"zafri"

"salehuddin"

"amin"

"lukman"

Kemudian ustaz berhenti sebut nama. 

"ada lagi dak muslimat?"

Senyap. Ok, dah tak ada. Aku dengan Naem tarik nafas lega. Hari tu, barulah aku faham makna sebenar 'dont judge book by its cover'. Lukman budak harapan guru, pendiam dan tak pernah miss solat jemaah, selalu join pengajian, tak pernah fly pun kantoi tengok perempuan. Ustaz tak ambil tindakan, cuma nak tengok muka muka yang boleh disyaki hantar surat lah kut. Sebenarnya ramai lagi yang pernah usha, mungkin berkat baca mathsurat selepas subuh, Allah tangguhkan dulu balasan. Selepas ustaz keluar, semua budak gelak kat lukman, tak kurang juga yang senyum sinis. Aku hanya geleng kepala sambil tengok lukman dan berterima kasih kepada budak perempuan yang tak tunjuk aku dengan naeem yang kerap juga tengok depa. Begitulah kehidupan, ada benda yang kita sukar nak percaya, kita kena percaya. keh keh keh.

Catatan oktober

Beberapa hari lepas, Naaem ada bagitau kat aku tentang berita gembira tentang salah seorang sahabat kami yang bakal menamatkan zaman bujang. Cumanya aku sedikit ralat apabila tidak dibagitau secara terus melalui dia (sahabat kami yang menikah). Sedikit terkilan sebenarnya apabila diperlakukan sedemikian. Bukanlah kawan sehari dua, bahkan dari 2005. Di bangku sekolah menengah, kemudian bersama menggila di pondok Ust Rifa'ie. Kemudian dia ke mesir, aku di malaysia. Bermacam andaian bermain di otak. Aku dengan Naeem berlagak cool habis. Tak apalah, kita hormat pendirian sahabat kita.

Sehari selepas berlangsung majlis, aku contact dia. Dalam perbualan kami, satu demi satu persoalan terungkai. segala telahan aku dengan Naem tidak betul sama sekali. Rupanya majlis tersebut dibuat secara ringkas habis. Jadinya kami( sahabat luar penang) tidak diberitahu dan dijemput ke majlis tersebut. Yang paling utama dia telah ketemui ketenangan yang selama ini dicari. Alhamdulillah. Lagi 2 atau 4 tahun baru akan diadakan majlis walimah. Aku rilek. Benda wajib dah setel. Niat beliau murni. Tak mahu menyusahkan kami untuk turun hadir ke majlis tersebut, tambahan pula di sebelah pihak perempuan. Katanya, memang sengaja dia merahsiakan hal ini daripada sebahagian kami. Tapi bagi aku dengan Naeem, punya pandangan berbeza sedikit. Ya sedikit. SEDIKIT, biasalah, lelaki, mesti tak mau kalah.

Kita (sebahagian sahabat) bukan lagi anak kecil untuk memahami majlis yang serba ringkas. Boleh sahaja diberitahu hal majlis pernikahan tapi tidak perlu kepada kehadiran kami.Celaka, aku tulis macam complicated. kah kah kah.

okay, macamni, apa yang aku fahamlah. Hal nikah ni hal besar. Ya. Dia boleh habaq< (contoh ayat) " 31 hb ni aku menikah hadi wei, tapi majlis buat ringkas gila. hangpa tak payah mai kot no, nanti lagi 2 tahun aku jemput, buat kenduri makan makan, pasang khemah apa semua. ok, aku cuma nak habaq tu ja. Status aku akan berubah. hangpa sebagai sahabat kena tau hal ni. Kita bukan orang lain dah. macam adik beradik".

Nampak dak? habaq tak semesti kami jugak kena hadir meraikan. Benda mudah. Ni bila tau dari mulut orang lain, tak berapa nak sedaplah. by the way, tahniah. Aku tumpang seronok. Sentiasa mendoakan kebahagian sahabat sahabat sampai bila bila. Insya Allah.

Kalau ada percanggahan apa yang aku tulis ni, ringakanlah untuk dihabaq cerita sebenar. Amacam?