Selasa, 20 Mei 2014

Pengalaman Jefri

"Aku ada masalah ni Ji, aku tengah down pasai sorang perempuan."

Sambil minum air biak, gua dengan Jefri duduk bersembang. Perbincangan kami kadangkala melibatkan masalah global sehingga ke benua Afrika. Isu Aids/Hiv contohnya. Tapi petang itu Jef macam nak ajak gua bersembang hal perempuan. Gua dah boleh agak dari tadi lagi. Jef kalau ada masalah dengan makwe mana mana, dia selalu ajak gua. Gua rilek sebab gua ada ilmu sikit pasai perempuan ni.

"Pehal? Kena reject ke?" Sambil minum gua selang seli dengan hembus asap rokok daun. Dia punya feel gua tak reti nak cerita. Jef garu punggung sebelah kiri. Dia macam tengah cari ayat nak mula.

"Bukanlah, aku kena tipu ja. Tapi penipuan ini aku anggap serius la juga. Ini melibatkan kaum niqabis. Kepercayaan aku terhadap niqabis sedikit demi sedikit terhakis"

Phew!  Hampir tersembur juga air biak gua minum. Boleh tahan juga Jef ni susun ayat. Pakcik yang minum air sama macam kami dah usha slack. Gua usha balas balik, terus dia buat buat pandang ke lain.

"berat juga masalah kamu ni Jef".

Gua buat intonasi suara seperti drama korporat yang selalu dimainkan di kaca tivi. Drama yang tak habis habis dengan cinta cliche.

"bagaimana penipuan itu berlaku"

Gua ajukan lagi pertanyaan untuk menyedapkan perbincangan kami. Gua tak mahu perbincangan ini jadi berat sebelah. Tidak enak pula dipandang bila Jef sahaja bercerita.

"Aku ada add sorang makwe ni kat wechat. Boleh tahan cantik mata dia. Muka aku tak dapat tengok lagi sebab dia pakai niqab. Mula dia macam jual mahal la tak mau layan chat aku. Lepas dua tiga kali aku bagi salam, dia reply."

Jef berhenti, minum air dua teguk. Nampak halkum dia berdenyut telan air. Gua tenang hisap rokok daun sambil buat asap bulat. Buat asap bulat ni gua belajar dengan Jef. Dua hari juga gua belajar, Jef kata kena jentik halkum dulu sebelum hembus.

"kemudian?" gua tanya.

"kemudian kami hanya berkenalan biasa biasa sahaja. Sempat bertanya benda basic. Aku berlagak bagus la bila chat dengan makwe niqab ni. Benda tertutup kan selalunya bagus. Agak lama jugaklah kami bersembang. Lebih kurang dua minggu jugaklah. Bila dah sampai dua minggu, makwe ni mintak gambar aku. Gambar yang aku guna buat profile tu tak clear katanya. Dia ingat aku bodoh agaknya. Aku kata kena tukar gambar, tapi gambar muka penuh. Aku sebenarnya nak uji saja, nak tengok boleh dapat ke tidak. Makwe pakai purdah la katakan. Duduk mana biarlah aku rahsia. Nanti hang cari pulak. Kah Kah Kah"

Jef berhenti cerita untuk balut rokok daun. Cerita Jef ni boleh tahan juga. Gua sabar tunggu dia sambung.

"amacam? nak dengar sambungan tak?"

 Jef tanya gua.

"mestilah nak Jefri.Kamu ni cerita sedap sedap sahaja ya"

Bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan