Ahad, 29 Jun 2014

Catatan awal Ramadhan

Alhamdulillah. Hari ini kita menyambut satu Ramadhan. Bersyukur dipanjangkan umur. Waktu sekarang sangat pantas berlalu. Kenangan puasa tahun lalu masih segar.

Natijah peperiksaan sudahpun keluar. Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur. Natijah keluar dengan sedikit d,iluar jangkaan. Ini semua rezeki dari Allah.

Aku mengambil kesempatan menulis usai menolong emak menyiapkan makanan untuk berbuka. Cuaca yang sangat redup di Pokok Sena ketika ini. Aku yakin di seluruh dunia juga cuaca yang sangat baik menjelang fasa awal sepuluh hari pertama bulan Ramadhan kerana Rahmat Allah Taala.

Kalam Ustaz  Zainul Asri masih melekat kukuh memberitahu Ramadhan yang 10 awal selalu redup, sejuk cuacanya. Rahmat Allah pada anak anak kecil yang mula belajar berpuasa. Menjelang fasa 10 kedua dan ketiga, barulah terasa bahang membuatkan kita benar teruji

Lebih kurang seminggu kelas di Insaniah bakal bermula. Rutin di rumah sewa ni selalunya aku agak gemar. Sahur kurma dan air masak kemudian sambung tidur sampai subuh. Nutrisi kurma mampu membekalkan tenaga sepanjang hari bahkan Nabi kita Muhammad juga pernah bersahur dengan Air dan Kurma dalam bilangan ganjil.

Cuma yang aku masih tak faham kenapa makwe makwe di pasar Ramadhan masih belum mampu tutup aurat yang syar'ie. Benda ni aku perhati setiap tahun. Entah mana silapnya aku kurang pasti. Rupanya Ramadhan masih belum mampu dihayati sepenuhnya oleh kita jika benda basic seperti aurat masih belum mampu diikut sepenuhnya. Itu belum lagi yang jual murtabak bawang dengan telur sampai 4rm. Jual karipap isi angin.

Tika syaitan dibelenggu dan hanya nafsu menguasai diri. Kita boleh agak dimana tahap iman kita.

Sekian

Khamis, 19 Jun 2014

tak kena timing

Kurang dua minggu Junaidi nak bernikah dengan Markonah. Makanya banyaklah hal yang perlu diuruskan Junaidi. Dari hal booking katering sampai ke hantaran, semua Junaidi arrange sendiri. Bukannya dia tak mahu orang tolong, tapi Junaidi lebih gemar untuk buat sendiri. Puas hati katanya. Buat benda dengan kemahuan sendiri. Letih juga sendiri. 

Satu malam tengah ketika Junaidi sibuk menggubah hantaran dan sirih junjung di dalam bilik, masuklah kakak Junaidi yang sulung bernama Gina. Nama yang agak urban untuk seorang perempuan kampung. 

Niat Gina hanyalah untuk membantu adik lelakinya yang seorang itu. Walaupun sudah dilarang beberapa kali, Gina tetap berkeras mahu menolong. Akhirnya Junaidi sendiri mati akal untuk mencari helah melarang. 

Nak dijadikan cerita, Gina sedang kesedihan mengenangkan pemergian suami tersayang ke medan perang di Syria. Awang Leman begitu bersemangat untuk menyertai jihad setelah membaca beberapa artikel tentang pahala jihad di Facebook. Makanya untuk mengelakkan Gina dari terus bersedih memikirkan hal ditinggal (sementara) oleh suaminya, Gina menyibukkan diri dengan melakukan seberapa banyak kerja yang terdaya.

"Dah selesai ke Junaidi? Kamu nak akak tolong apa lagi?" tanya Gina.

"Hampir selesai sudah akak, janganlah risau, saya tahu menguruskannya sendiri. Akak perlu risaukan dengan keadaan diri sendiri yang agak mendung sejak pemergian Abang Awang Leman" tenang Junaidi menjawab.

"Tahulah akak menjaga diri. Kamu tu rehatlah juga, jangan terlalu kuat menekan diri. Tidur hendaklah cukup agar kualiti kerja hantaran yang kamu tengah gubah itu menjadi perfect" Gina membalas.
Selesai meluncurkan kata kata tersebut, kedua belah ibu jari Gina diangkat tunjuk kepada Junaidi sebagai tanda bagus.

"Baiklah akak, saya tahu, banyak juga video gubahan yang saya lihat di YouTube dan Instagram. Saya pasti Markonah akan menyukainya" kata Junaidi

"Yakin betul kamu ni ya Jun, kamu mempunyai konfiden level yang cukup tinggi. Masa akak kahwin dulu tak ada hantaran ni semua. Cukuplah mas kahwin sebentuk cincin dan senaskah Quran.

"Zaman dah berubah akak, kita kenalah ikut, nanti apa pulak kata orang"

"Iyalah Jun, hantaran apa saja yang kamu bagi pada Markonah Jun?"

"Dua hantaran pendek dan tiga hantaran silang akak"

"Pedepang! "

Junaidi menggosok gosok pipi kanannya yang sedikit pedih dan kelihatan warna merah jelas, riak muka Junaidi antara sakit dan menahan tawa.

"Orang serius kau buat lawak salah timing"

Kata Gina sambil berlalu keluar dari bilik.

" orang nak buat lawak musim world cup pun marah" getus Junaidi dalam hati.