Khamis, 23 Disember 2010

fikir sejenak


Salam sejahtera.kesibukan yang melanda,sedaya upaya dipastikan jua agar diri ini punya ruang untuk berbicara di sini..


Allahuakbar!itu sahaja yang terkeluar dari mulut yang lancang ini.menyoroti tragedi Memali benar-benar meruntun hati dan jiwa yang banyak dosa dan noda.


"yang wajib kita perjuangkan ialah ISLAM,bukan bangsa,Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang NABI tidak mengaku ummat.Apalagi kerajaan yang zalim yang tidak menghukum dengan hukum ALLAH.memakai undang-undang otak manusia,sebab itu jika mereka mati di dalam perjuangan bangsa,NABI tidak mengaku ummat"
-Ucapan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya(1985)

Baiklah,kita renung kembali,permasaalahan yang berlaku pada hari ini..saya tertarik dengan quote "memakai undang-undang otak manusia" apakah benar???

jika ditanya soalan ini ketika tidur pun,barangkali saya akan menjawab YA!kenapa tidak..
ini hanyalah pandangan peribadi saya..

Ketokohan yang tumbuh dalam diri As-Syahid Ustaz Ibrahim benar-benar hebat.Perjuangan yang didukung oleh beliau menggerunkan pihak musuh (kerajaan) yakni perjuangan memartabatkan Islam,mengangkat Hukum ALLAH supaya dijadikan teras undang-undang Negara.


Pendedahan yang sangat menarik oleh dua penulis hebat,Ust Riduan Mohamad Nor dan C.N Afghani.Seolah-olah ditarik-tarik jiwa ini supaya turut sama terjun dalam perjuangan yang dibawakan oleh As-Syahid.

Apa mungkin diri yang jahil ini turut sama mengikut jejaknya??
Masih adakah anak-anak muda yang bercita-cita berjuang demi Ad-din yang semakin dipijak ini??

Muda bukan alasan unutk tidak turun berjuang memerah keringat!!
kenang sahaja kisah Nabi Allah Daud,bagaimana tubuh yang kecil dan muda mengalahkan Jalut??

Ya Tuhan!!perjalanan hidup ini sentiasa dipenuhi ranjau,hamba yang rapuh ini tiada daya melawan kuasa-MU...

Acapkali terdengar laungan-laungan mereka,memperjuangkan MELAYU??
Ya benar??perjuangan yang tidak diiktiraf Kekasih ALLAH..




semoga diri ini beroleh kekuatan dalam mengamalkan ISLAM,tatkala semakin ramai rakan sebaya hanyut ditongkah arus duniawi....

Jumaat, 3 Disember 2010

coretan biasa


salam wbt!!sedikit kesakitan bisa menyedarkan diri ini yang kadang kala leka,lupa,alpa dalam mengingati-NYA....nikmat kesakitan....bagaimana Nabi Allah Ayyub diuji??hinggakan isterinya tidak mahu mendekati....sayang,kita kerap kali terlupa pengorbanan Nabi Allah Ayyub..

ingin saya sampaikan disini..iktiqad kita bahawa ALLAH yang menyembuhkan penyakit...ubat-ubatan adalah wasilah kepada penyembuhan penyakit..jadi apakah kita tidak perlu mencari penawar kerana ALLAH yang akan menyembuhkannnya???tidak!tidak sama sekali...kita diseru berusaha,doa dan tawakal...


kesakitan perlu....kenapa???kerana dengan kesakitan kita dapat merehatkan badan...setuju atau tidak??contohnya,seseorang individu tersebut workaholic,tidak punya waktu untuk diri sendiri,lantas ALLAH kirimkan kesakitan....

mencegah lebih baik dari mengubati....jelas disini Islam memberi saranan yang cukup baik..berhenti makan sebelum kenyang..dan bermacam-macam lagi etika dan peraturan...jika diselak kitab bidayat al hidayah...garisan panduan yang cukup cantik disusun oleh imam al-ghazali.


tiada langsung lubang-lubang atau cacat cela Ad-din yang syumul ini.....tapi sayang,masih ada saudara-saudara kita hanya akan mengikuti ajaran Islam yang kena atau dirasakan bersesuaian dengan tuntutan hawa nafsu sahaja..

dunia sudah semakin ke penghujungnya....tanda kiamat sudah jelas kelihatan....




p/s:kata guru saya usia dunia tidak akan melebihi tahun 1500 hijriyah...sekarang???

Khamis, 2 Disember 2010

sekelumit perkongsian

salam wbt..salam penuh gumbira..kehidupan yang baru menginjak 18 tahun 6 bulan 2 hari benar-benar belum mematangkan diri ini.di luar sana,bermacam-macam mehnah yang ada...bersediakah kita??hanya kita yang mengetahui keadaan diri kita.
disini suka saya kongsikan sebuah cerita

kisah saidina ALI bin Abi Talib.
semasa beliau terkena panah di paha dalam satu peperangan.orang ramai telah berusaha mengeluarkannya,tetapi tidak berhasil.kemudian mereka telah bermuafakat untuk mencabutnya semasa beliau sedang sembahyang.semasa beliau sedang khusyuk menunaikan sembahyang sunat,ketika sujud teman-temannya telah mencabut anak panah tersebut dengan kuatnya,
setelah beliau selesai sembahyang,beliau bertnya kepada mereka yang berkerumun di sekelilingnya."adakah kamu berkumpul untuk mengeluarkan anak panah?"
mereka menjawab"kami sudah pun mencabutnya keluar!"..lantas ALI berkata."aku tidak merasa apa-apa pun".

apakah yang dapat difahami dari kisah ini??
khusyuk solat para sahabat..mereka online dengan ALLAH tanpa ada gangguan langsung..berbeza benar dengan kita hari ini...hatta sekecil nyamuk pun terasa sakit..




p/s:...tepuk dada tanya IMAN

welcome everybody!













And when people cannot accept the jokes anymore,the WORLD is
over























salam!!first post..cadangan bernas dan membina sangat dialu-alukan