Ahad, 14 Jun 2015

Untung dan terima kasih.

Tengah sedap sedap baring atas katil abang gua yang sulung masuk bawak 3 buah buku untuk gua. Terus hormon gembira merembes keluar walaupun gua tak tau masa mana gua nak habiskan tiga buku tersebut. 

Gua dengan abang sulung kongsi minat, membaca. Akhir ini gua banyak terikut taste abang sulung. Baca buku travelog, catatan perjalanan dan kisah sejarah. Dulunya gua rajin juga pinjam novel emak saudara, tapi sekarang dah tukar. 

Lu semua beruntung dapat baca post blog gua hari ini, sebab selalunya gua ambik tak kisah. Lu semua kena terima kasih sama abang sulung gua. 

Sifir dia mudah,  abang sulung belikan gua buku, gua gembira senang hati, gua pun tulis blog bagi lu semua baca. 

Okay, sebelum terima kasih sama abang sulung, ada lagi satu paling penting. 

Terima kasih Tuhan!

Selasa, 21 April 2015

Sebentar tadi.

Tengah lepak tengok tivi member gua tegur.
Hang kenapa nampak tak larat, macam sedih ada masalah.
Gua jawab,
aku okay.
Cepat cepat gua bangun ambil wuduk solat isya.
Alhamdulillah kembali bertenaga.

Khamis, 16 April 2015

kemudian

Siang tadi saya berjaya beli beberapa buah buku.
Saya masih belum ada semangat hendak membaca.
Kemudian tiba tiba ada semangat.
Saya selak beberapa helaian kemudian bunyi pop up di Facebook.
Saya skroll suapan baru di Facebook.
Kemudian semangat membaca sayang hilang entah ke mana.
Kemudian saya berjaya buat kesimpulan.
Punca malas membaca yang saya alami sekarang kerana media sosial.
Saya tak bersalah.

Sabtu, 14 Mac 2015

March

Malas betul aku nak taip kat sini sekarang.
Laptop tak dapat connect.
Kemudian nak buka kena guna handphone.
Tak feel langsung.

Stress aku stress.


Isnin, 16 Februari 2015

Deep


I should be sleeping two hours ago.

Damn it.

sepintas lalu

Tidur dan rehatlah
Esok tiba dengan sejuta tawa.



Jumaat, 6 Februari 2015

Februari yang sakit jiwa.

Sakit jiwa 
Kau lupa Tuhan. 
Kasihan. 

Sakit hati
Kau lupa Tuhan 
Rugi. 

Kau mahu senang lenang. 
Kau lupa Tuhan. 


Kau jadi gila
Kau lupa diri. 

Kau, kau, kau.
Sampai bila?

Kenyang agaknya mencarut 24 jam.
Boleh hidup senang makan daging saudara sendiri. 
Makan kongsi pula tu. 

Esok esok kalau dah sedar diri.
Jangan lupa cari saudara dahulu. 
Yang kau makan dagingnya. 
Yang kau sakitkan hatinya. 

Dan Tuhan tak pernah lupa. 
Amal baik dan kerja jahat kau pada manusia. 
Walau sekecil biji sawi. 

Sabtu, 3 Januari 2015

2015 semangat baru beb!

Selamat tahun baru 2015.
Tahun baru kampus baru.
Semangat juga mahu baru. Ensha Allah.

Oh ya, semalam gua ada mimpi.
Seorang pakcik ada pesan.
Berhenti memerhati kalau tak mahu makan hati.
Tiba tiba gua terjaga.
Sekian.