Rabu, 8 Jun 2011

Baik jadi pelajaran,jahat jadi sempadan.

Bila kita tengah marah nak berfikiran rasional pun dah tak boleh.Sebab tu antara syarat nak menjadi hakim(qhadi) menjatuhkan hukum mesti bukan dalam keadaan marah.Bila marah,tengok benda semua salah,semua jadi tak betul.Nampak salah orang lain selalu.Kesalahan diri sendiri langsung tak.Susah kalau berhadapan dengan orang macam nie.

Kadang-kadang elok jugak marah,marah dengan maksiat yang dilakukan.Nak marah bila ada orang dengan bangganya mengaku telah melakukan maksiat.

Satu lagi bila kita dah tak suka dengan satu manusia.Tak suka bukan kerana hal besaq pun,benda kecik saja.Tak suka sampai tak mau tengok muka.Tapi bila dah letak akal mendahului syariaat,segala jadi porak peranda.Kita senang sangat nampak kesalahan orang,dalam masa yang sama,kita lupa nak menghisab diri kita.

Cakap memang tinggi melangit,ayat tersusun macam prosa klasik,susah paham tapi gaya bahasa indah,buat sidara cair.Buat apa itu semua.Bukan itu yang dikejar.Sekarang saya nampak kesalahan orang lain,tapi saya juga sedang muhasabah diri sendiri.Saya juga banyak kesalahan.Biarlah,penilaian manusia tidak sama dengan penilaian Tuhan yang Maha Kuasa.Apa salahnya ambil yang baik dari manusia 'jahat'.Silap kita,apabila jumpa manusia yang 'jahat',segala yang baik dari dia kita tolak,buang,lontar sejauh-jauhnya.Silap.

Saya juga tefikir dengan nikmat duniawi yang sementara,rasa hati yang mengundang MURKA,benar,kita manusia lemah,senang menjawab,

"itu semua qada qadr ALLAH,aku nak buat macamna"

Ada tempat juga kita nak gunakan alasan seperti diatas ini.

Bagaimana yang dikatakan rasa hati yang mengundang murka??
jawabnya mudah.

seorang lelaki yang rasa senang hati,gembira,bahagia apabila selesai melakukan maksiat dengan perempuan yang tidak halal baginya.Konteksnya luas disini.Maksiat bukanlah hanya melakukan zina,berkhalwat,bersentuh-sentuhan,tetapi berbual-bual tanpa ada tujuan yang dibenarkan.Menjalinkan hubungan yang tidak sepatutnya.

Satu kelemahan segelintir kita apabila ditegur,
marah kalau yang menegur kita bukan sama taraf,ataupun guna ayat

"hang pun dua kali lima,nak teguq aku"

Sama-sama kita merenung segala tingkahlaku seharian,jika ada yang tergelincir dengan landasan Islam,cepatlah perbetulkan,dan saya bukanlah yang seorang yang sempurna,kadangkala tindakan saya juga melebihi haprak.

Ambilah yang baik,tinggalah yang buruk,bagaimana cuba kita sediakan satu air yang sedap dari sebiji limau yang masam.






*sedang plan nak buat cerpen.sesapa tolong bagi idea??
selamat menempuh peperiksaan senior !! :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan