Jumaat, 5 Ogos 2011

terlintas lalu diluahkan.selamat beribadat.


sentiasa optimis dengan setiap gerak kerja yang dilakukan.selalu berfikiran positif dengan keadaan yang berlaku disekeliling.baru hidup tenang.hidup lancar teratur.Jangan lupa sedetik dengan DIA.tumpang berkat bulan Ramadhan,macamana orang bersesak-sesak nak masuk stadium tengok bola,macam tu la berebut-rebut ibadat siang dan malam.

Trial sjil tinggi agama malaysia...keputusan yang bakal keluar tu akan digunapakai sebagai shahadah sekolah titibesi.Study dibulan ramadhan memang heaven.nikmat.Rugi sapa yang kata tak larat,mengantuk,lapar dahaga dan segala macam alasan tipikal bila mai bulan ramadan.

Masuk pulak satu bab,yang dok meghenyeh dengan ______.
Tak kira tempat,tak kira masa.Itu semua ujian,tapi kalau leka,maka hanyutlah dikau.tenggelamlah dikau.Bagaimana orang lain yang tak ditimpa ujian sebegitu tidak mengambil peluang atas kelalaian manusia yang ditimpa ujian.(ayat level tinggi).

Maaf,ada jugak manusia yang bila dah tak suka suatu benda,dia tak akan tunjuk dengan kata-kata,dengan perbuatan tangan atau kaki.ada manusia yang lebih suka berdiam diri dan melihat segala macam perlanggaran aturan yang dilanggar oleh manusia lain.Lalu dibuat satu kesimpulan.Buatlah apa yang kau suka selagi mana tidak kantoi.

Sayang jugak,kalau tujuan asal dah terpesong...bukan nak pakai quote sambil menyelam minum ayaq...gila,mau tersedak....

dibulan Ramadhan ini,marilah kita sama-sama merebut peluang mengerjakan segala amal ibadat dan jauhi segala maksiat....pahala amal ibadat dilipatgandakan...tapi hati-hati,dosa maksiat juga dilipat gandakan.....


*gambar diatas,bangunan sekolah yang digunapakai oleh saya dari 2006-2011.segala macam kenangan ada disitu.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan