Khamis, 23 Oktober 2014

Johari yang kena double impact hatinya

"Tuhan tu Maha Adil Joe. Dia ambil dua orang tua paling kau sayang. Tuhan berikan kau 3 adik beradik yang sayang kau sepenuh hati. Aku tak sangka kau tak boleh move on lagi lepas 6 bulan Joe. Bangun Joe bangun. Bangun dan lihat orang sekeliling kau yang tak pernah putus ada bagi kau semangat. Amirah, Munirah dan Zahirah semua sayang kau Joe. Semua tak berhenti berdoa supaya kau jadi abang Johari yang dulu. Abang Johari yang selalu buat lawak, abang  Johari yang selalu masak mee goreng power untuk Amirah. Abang johari yang bonceng Zahirah dengan vespa buruk arwah abah kau tiap petang. Abang johari yang selalu mengusik Munirah dengan katak getah sampai menangis ketakutan. Move on Joe. Aku rindu Johari yang happy go lucky"

Johari membatu. Pandangannya jauh ke arah garaj kereta arwah abahnya. 6 bulan lalu dia berjanji mahu hadiahkan abah dan emak segulung ijazah. Johari terkandas, tempoh waktu 4 tahun yang sepatutnya sudah graduasi jadi sebaliknya. 5 subjek gagal dan perlu tambah tempoh pengajian di kolej. Johari ralat. Johari kecewa dengan diri sendiri. Emak dan abah pergi tanpa sempat melihat johari berjaya. Emak dan abah terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan mahu ziarah Johari di kolej. Kereta dipandu abah dilanggar sebuah lori tanah yang terbabas dari arah bertentangan. Tiga orang adiknya selamat tanpa ada sebarang kecederaan. 

Johari hanya mengurung diri dalam biliknya . Masa johari hanya ada untuk tiga bahagian iaitu tidur, makan dan mandi. Semangat johari dah hilang. Semangat Johari dah mati. Semasa dapat panggilan dari hospital memaklumkan pemergian emak dan abah mengadap Ilahi, Johari jatuh pengsan serta merta. Dua hari kemudian Johari sedarkan diri dan terus menyepi hingga ke hari ini.

Tak apalah Joe. Aku balik dulu. Esok aku datang semula sembang dengan kau lepas aku habis kerja.

Aku sempat letakkan nasi putih dengan daging masak merah di atas meja. Aku beli dari kedai Abang Kamil. Lauk kesukaan Joe. 6 bulan Joe tak bercakap, tak terurus. Rambut dah macam orang gila. Berjambang serabut. Macam Tom Hanks dalam cerita Cast Away.

Kata Munirah, Joe sedih sebab kecewa hancurkan harapan emak dan abah. Aku punya tanggapan pula lain. Joe sedih sebab kematian emak abah dan ditinggal tunang kesayangan.

Aku diam. Esok aku akan datang lagi melawat Joe. Aku dapat tahu pada hari emak dan abah meninggal dunia ialah hari yang sama tunang Joe pulangkan cincin pertunangan dan beralih ke lelaki lain yang lebih kaya. Double impact punya ujian Joe kena hadap.

"Rehatlah Joe. Esok aku datang jenguk kau lagi. Aku sayang kau Joe walaupun kau tak pernah sedar. Pada kau, aku mungkin hanya sahabat perempuan sepermainan dari kecil. Bagi aku, kau lebih dari seorang kawan. Kau kekasih aku Joe, kekasih!

Aku sempat luah dalam hati sebelum berlalu pulang ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan