Khamis, 23 Disember 2010

fikir sejenak


Salam sejahtera.kesibukan yang melanda,sedaya upaya dipastikan jua agar diri ini punya ruang untuk berbicara di sini..


Allahuakbar!itu sahaja yang terkeluar dari mulut yang lancang ini.menyoroti tragedi Memali benar-benar meruntun hati dan jiwa yang banyak dosa dan noda.


"yang wajib kita perjuangkan ialah ISLAM,bukan bangsa,Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang NABI tidak mengaku ummat.Apalagi kerajaan yang zalim yang tidak menghukum dengan hukum ALLAH.memakai undang-undang otak manusia,sebab itu jika mereka mati di dalam perjuangan bangsa,NABI tidak mengaku ummat"
-Ucapan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya(1985)

Baiklah,kita renung kembali,permasaalahan yang berlaku pada hari ini..saya tertarik dengan quote "memakai undang-undang otak manusia" apakah benar???

jika ditanya soalan ini ketika tidur pun,barangkali saya akan menjawab YA!kenapa tidak..
ini hanyalah pandangan peribadi saya..

Ketokohan yang tumbuh dalam diri As-Syahid Ustaz Ibrahim benar-benar hebat.Perjuangan yang didukung oleh beliau menggerunkan pihak musuh (kerajaan) yakni perjuangan memartabatkan Islam,mengangkat Hukum ALLAH supaya dijadikan teras undang-undang Negara.


Pendedahan yang sangat menarik oleh dua penulis hebat,Ust Riduan Mohamad Nor dan C.N Afghani.Seolah-olah ditarik-tarik jiwa ini supaya turut sama terjun dalam perjuangan yang dibawakan oleh As-Syahid.

Apa mungkin diri yang jahil ini turut sama mengikut jejaknya??
Masih adakah anak-anak muda yang bercita-cita berjuang demi Ad-din yang semakin dipijak ini??

Muda bukan alasan unutk tidak turun berjuang memerah keringat!!
kenang sahaja kisah Nabi Allah Daud,bagaimana tubuh yang kecil dan muda mengalahkan Jalut??

Ya Tuhan!!perjalanan hidup ini sentiasa dipenuhi ranjau,hamba yang rapuh ini tiada daya melawan kuasa-MU...

Acapkali terdengar laungan-laungan mereka,memperjuangkan MELAYU??
Ya benar??perjuangan yang tidak diiktiraf Kekasih ALLAH..




semoga diri ini beroleh kekuatan dalam mengamalkan ISLAM,tatkala semakin ramai rakan sebaya hanyut ditongkah arus duniawi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan