Khamis, 7 Mac 2013

jaf 3

Selesai minum petang.Jaf dan Nadira beiringan jalan.Lain macam getar di hati Jaf.Padahal ini bukan kali pertama Jaf jalan beriringan dengan perempuan.Dengan lagak selamba Jaf mengeluarkan gula-gula hack merah lalu dihulurkan kepada Nadira.

"tak mau"

"k"

"Nadira sewa rumah kat Taman Anggerik ka"?

"ha"

Natang,sepatah tanya sepatah jawab.Jaf mengeluh.

"Samalah kita,rumah nombor berapa?"

"34/c" sepatah lagi.

"oh,saya nombor 70/A"

"tak tanya pun"

"hah,tak apa la,nak bagitau"

Kali kedua Nadira 'tembak Jaf".Yang pertama masa di kedai makan tadi.Diam kan lebih baik kalau tak ada benda nak cakap.

Jarak kampus dengan Taman Anggerik sangat dekat.Kalau digunakan rokok Karim hisap sebagai pengukur,belum sampai separuh rokok dah sampai.Tapi perlu melintas dua jalan utama.Jalan yang penuh sesak dengan lori tanah yang keluar masuk.Dua hari lepas seorang budak umur lima tahun mati dilanggar lori tanah.Jaf dah mula berkira kira nak menunjukkan sikap gentleman terhadap Nadira bila nak melintas jalan sebentar lagi.

"eh,tadi ada cakap nama saya macam abang Nadira kan ? dia belajar lagi ka?"

"belajar kat pondok di Parit Panjang"

*******

Pon!Pon!

Pin!Pinnnnnnnnn!!

"Sesaknya jalan,macamana nak lintas ni"adu Nadira.

"Nanti,kita jalan sama sama,bagi saya pegang tangan Nadira"minta Jaf.

"tak boleh,haram"

Kecepek!rasa macam batu besar kena atas kepala Jaf.

"Dah tu,macamana Nadira nak lintas?Bahaya ni."

"Sebelum ni saya lintas jalan sorang ok ja,tak ada masalah pun"

"tak pernah kena hon?tak pernah sipi sipi nak kena langgar? tanya Jaf.

"tak pernah,ok pernah sekali"

"ha tu la,berlagak lagi,orang nak offer pertolongan tak mau"

"pertolongan ada cara,kalau nak pegang tangan mana boleh,kalau kita jalan sekali tak ada masalah kan?"

"ha" Jaf dah habis akal,ada betulnya juga kata Nadira.

Jaf dah mula tertarik dengan Nadira.Bukan mula,dah makin tertarik,kalau pagi tadi Jaf mungkin tertarik pada penampilan Nadira,gadis bertahi lalat di dagu,tapi sekarang Jaf dah tertarik pada dua,penampilan dan sikap.

Jaf tengok kanan,kiri,kanan.Kereta masih banyak.Ruang untuk melintas tak ada.Mungkin kalau Jaf seorang dah lepas.Jaf boleh berlari.Tapi hari ini Jaf berdua.Dengan seorang perempuan bernama Nadira.Yang Jaf tak boleh nak agak perangai dia.Hampir sepuluh minita Jaf dan Nadira tercegat tepi jalan menunggu kenderaan reda.

"banyak pulak kereta lori hari ni" getus Jaf.

"sabar"

Ok,Jaf kena sekali lagi.

Nadira menukar sandangan beg ke sebelah kanan bahu,terasa lenguh menyerap ke bahu sebelah kiri.Beg berat hari ini,kelas berturutan sampai lima.Segala bebanan buku dibawa.Berlainan dengan Jaf,buku dua buah dibimbit dengan tangan.Beg tak pernah wujud dalam diarinya sejak bergelar mahasiswa.Cuma kadangkala Jaf akan menggalas beg laptop ke perpustakaan kalau ada tuntutan assigment.

"line clear,jom kita melintas" Nada Jaf seperti iklan keselamatan jalan raya yang diadakan oleh kerajaan suatu ketika dulu.

Nadira beriringan tanpa ada riak geli hati dengan ajakan Jaf.

Eleh,nak senyum pun tahan Nadira ni.Jaf cakap dalam hati.

Selamat melintas seberang,tapi ada sebatang jalan utama lagi yang perlu diharung.Kadangkala Jaf hairan dengan pihak bertanggungjawab.Kenapa tidak dibina sahaja jejambat untuk orang ramai melintas.Bukankah itu lebih baik.Beberapa kali aduan dibuat pada YB kawasan,jawapannya nanti kita akan buat,plan pembinaan sudah ada.Sampai sekarang,jangankan plan,orang yang datang melihat tapak projek tak pernah nampak batang hidung.Orang begini yang memberikan tanggapan buruk pada ahli politik.Jaf kecewa.Seakan mahu sahaja bertanding dalam pilihanraya akan datang.membela nasib penduduk.cewah.

"Nadira,tunggu sat,saya nak beli majalah bola kat aci basikal tolak,kita lintas sekali"

Tak ada reaksi dari Nadira.

***

"aci,bagi majalah bola harian dengan hack seringgit,yang hujung buku merah tu bila punya?" tanya Jaf.

"lama punya"

POOOONNNNNNNNNNN!!GEDEGANG!

Jaf terkejut dengan bunyi dentuman yang maha kuat.Tanpa sempat membeli buku dan gula gula hack,Jaf pusing melihat kearah bunyi tersebut.Batang tubuh Nadira tak kelihatan dibahu jalan.Jaf melihat beg sandang biru cair dengan patung hello kitty dipenyek tayar hadapan lori.Jaf kenal beg itu.Kenal sangat.Darah pekat mengalir dari bawah lori.

"Ya Allah!Nadira!"

Jaf terduduk.Semangat lelaki yang kuat,gagah,tough seperti melayang.Air mata keluar dua titik,satu di mata kanan,satu di mata kiri.


TAMAT













Tiada ulasan:

Catat Ulasan