Sabtu, 19 Oktober 2013

retro sekolah menengah tiga

Sekitar tahun 2005, aku tingkatan satu ikdadi Bukhori. Lagi satu kelas satu ikdadi Muslim. Bukhori kira kelas first la. Budak yang lulus interview saja masuk. Yang tak lulus masuk kelas Muslim. Seiingat aku masa tingkatan satu, kelas yang paling semua budak budak duduk diam dan tak berani nak sembang ialah kelas sirah. Kelas Ustaz Zainul. Dari budak tingkatan satu sampai tingkatan Enam kalau dengaq nama ustaz Zainul memang respek lain macam sikit. Tangan ustaz selalu pegang tasbih kalau tak mengajar. Bila bersyarah dalam kelas akan diselangi dengan selawat. Bila ustaz lalu tepi kelas, bau attar yang dipakai semerbak harum. Semua orang automatik diam. Sebelum mula mengajar, ustaz akan suruh tengok sampah bawah kat lantai, kalau ada kutip dan buang dalam tong sampah, butang baju mesti penuh kat tangan dan leher.

Nak dijadikan cerita, suatu hari time ust mengajar, ada sorang budak perempuan tunjuk pada ustaz sekeping surat cinta yang diletakkan bawah meja dia. Semua budak lelaki cuak termasuk aku dengan Naem, budak sebelah aku. Ustaz ambik surat tu, kemudian tanya satu kelas

"sapa letak surat bawah meja izzah"?

Sekoq pun tak mengaku. Budak izzah dari sridu, muka dia nak kata cun, cun la kot, kalau tidak takkan la nak ada budak letak surat bawah meja. Aku pernah usha saja, tapi tak adalah sampai berkenan. Budak kelas Muslim pun ramai usha dia. Tapi  sekarang aku tengok kat facebook, budak izzah tu dah tak cun macam dulu. Kalau hangpa nak tau, sekolah aku ni punya la nak jaga ikhtilat, pihak sekolah wujudkan sehelai kain pemisah ditengah kelas antara budak lelaki dengan perempuan. Kawasan lelaki sebelah depan, perempuan belakang. Bila guru masuk mengajar, budak perempuan akan buka tirai, kalau tak buka macama nak tengok papan hitam ye dak? Bila guru keluar, tirai akan ditarik balik. Alah, senang paham situasi dia macam kat masjid lah, jemaah perempuan solat dibelakang tirai. Kalau usha perempuan pun dah tak boleh, kesalahan hantar surat ni hangpa dah boleh agak lah macamana dia punya pergi.

Satu kelas senyap. Budak lelaki diam. Aku dengan Naem tunduk tengok kitab. 

"ustaz tanya ni, sapa letak surat bawah meja izzah"

Tak ada orang mengaku. Ust diam tunggu jawapan dari budak lelaki. Aku boleh agak, semua dada budak lelaki time tu mesti macam nak pecah dia punya ketaq. Beberapa hari sebelum tu, aku dengar cerita, ada budak satu ikdadi muslim kena katok kepala dengan batang penyapu. 

"tak ada orang mengaku tak apa, ustaz akan siasat benda ni, kalau  dapat tangkap, walahu azaban syadida"

Ustaz macam mengalah bila tak ada orang yang mengaku. Kalau tak salah aku, masa izzah bagi surat kat ustaz, isi surat ustaz ada baca. Satu kelas gelak, tapi gelak pun dalam nada perlahan. Tak berani gelak kuat kuat.

"sorang pun tak mengaku, ustaz nak tanya la ni, sapa pernah curi tengok muslimat kat belakang?"

Perghhhh. Ada lagi beban ketaq dada rupanya. Semua budak berlagak hero, tak mau mengaku. Malu beb kalau mengaku. Jatuh reputasi depan makwe. Senyap. Tak ada jawapan. 

" tak ada orang tengok? baguihnya kelas ni, ustaz tanya sekali lagi ni, siapa pernah curi tengok muslimat kat belakang?" nada ustaz tanya steady, tak tinggi sangat, tak rendah sangat. Aku rasa ustaz masih boleh kawal emosi. 

Aku macam nak mengaku, tapi bila pikiaq balik, kalau aku mengaku, ustaz akan cop aku budak kurang baik. Dah la sehari sebelum tu aku baru masuk kelas pengajian kelas tasauf dengan ustaz kat musolla selepas asar. Tak patutlah budak masuk pengajian tasauf curi tengok perempuan.

"baik tak ada orang mengaku, muslimat, siapa muslimin yang pernah kaleh belakang tengok antunna?"

Pergh pergh pergh, kali ni semua budak lelaki kelas satu ikdadi bukhori macam nak menangis. Memang tak boleh lari lagi dah. Tak boleh berlagak alim depan ustaz. Time tu aku perhati, semua budak lelaki tunduk kepala. Tak berani angkat. 

"arif, bangun." Ustaz suruh arif budak klang berdiri. 

"Farhan."

"fikri."

"Helmi."

"zafri"

"salehuddin"

"amin"

"lukman"

Kemudian ustaz berhenti sebut nama. 

"ada lagi dak muslimat?"

Senyap. Ok, dah tak ada. Aku dengan Naem tarik nafas lega. Hari tu, barulah aku faham makna sebenar 'dont judge book by its cover'. Lukman budak harapan guru, pendiam dan tak pernah miss solat jemaah, selalu join pengajian, tak pernah fly pun kantoi tengok perempuan. Ustaz tak ambil tindakan, cuma nak tengok muka muka yang boleh disyaki hantar surat lah kut. Sebenarnya ramai lagi yang pernah usha, mungkin berkat baca mathsurat selepas subuh, Allah tangguhkan dulu balasan. Selepas ustaz keluar, semua budak gelak kat lukman, tak kurang juga yang senyum sinis. Aku hanya geleng kepala sambil tengok lukman dan berterima kasih kepada budak perempuan yang tak tunjuk aku dengan naeem yang kerap juga tengok depa. Begitulah kehidupan, ada benda yang kita sukar nak percaya, kita kena percaya. keh keh keh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan