Ahad, 9 Februari 2014

kekecewaan dirijek

Angin yang bertiup petang itu tidak langsung memberi kesan. Kawasan yang selalu aku ambil angin di bawah pohon melaka juga seakan turut meraikan kecewa di hati. Peristiwa semalam masih segar dalam ingatan. Aku luahkan perasaan pada seorang kawan yang dah lama aku pendamkan. Alasannya aku lambat. Dah ada orang lain yang lebih awal. Bila ditanya siapa, katanya aku akan tahu juga satu hari nanti. Aku tanya lagi,  kenalkah aku siapa dia yang bertuah itu? Juga tidak dijawab. Perasaan malu malam itu bukan kepalang lagi. Si dia yang aku ucapkan buat muka selamba seolah tiada apa yang berlaku. Waktu itu mahu sahaja aku jadi halimunan dan hilang serta merta dari pandangan si dia. Ini semua rancangan sepupu aku Kamarul. Dia seorang yang tahu hal ini. Dia sepupu yang banyak aku kongsi cerita. Entah macamana sehari sebelum kejadian dia sarankan untuk aku berterus terang. Katanya aku perlu berterus terang dalam hal begini. Jangan sampai terlepas. Nanti kecewa. Sekarang aku sudah pun terlepas dan kecewa.

Susah mahu aku gambarkan. Aku bukanlah seorang yang pandai sangat bab hati dan perasaan. Ini pula kali pertama aku bertindak bodoh (mungkin). Patutnya aku biarkan dan pendam sahaja. Tidak mungkin aku akan kecewa dan malu seperti sekarang. Dia itu aku kenal dari awal sekolah menengah. Walaupun tidak pernah bertutur kata sembang berdepan, maksud aku, kami sekadar berutus dan berhubung melalu mesej di whatapp.

Bila hal sebegini terjadi, aku semacam tak senang duduk dan ralat. Aku seolah tak pernah kenal dia. Mahu bersembang( whatapp)  seperti selalu juga  malu. Kalaulah aku tidak luahkan perasaan, mungkin aku dan dia masih boleh bersembang. Berkongsi cerita di tempat belajar masing masing. Kamarul belum tahu hal ini. Hendak beritahu dia pun aku rasa malas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan