Selasa, 11 Februari 2014

thomas #1

Hai, nama saya Thomas. Saya tinggal dengan seekor kucing jantan  berwarna jingga dan bernama cik man. Kucing itu saya jumpa di tepi longkang semasa dalam perjalanan pulang dari pusat tuisyen. Keluarga saya tinggal jauh dari ibukota. Hujung bulan saya akan pulang untuk mengambil duit belanja dari ayah.

Perjalanan hidup saya sebenarnya agak rumit selepas kematian bonda. Saya hilang orang yang amat disayangi. Bonda menderita sakit kanser tulang sudah lama, rambutnya botak akibat menjalani kimoterapi. Ayah hanya menasihatkan saya agar reda dengan pemergian bonda. Saya mengambil masa yang lama untuk merawat kesedihan tersebut.

Saya menyewa sebuah bilik atas bangunan kedai di Kuala Lumpur. Keputusan berpindah dari rumah yang ayah tinggal sekarang kerana saya tak mahu bersedih mengenang kenangan bersama  bonda di rumah tersebut. Bila melihat buaian dari bilah rotan di beranda rumah, hati saya menjadi sayu, di buaian itulah bonda mengait baju sejuk untuk saya dan kakak.

Sehari sekali saya akan bertanya khabar ayah melalui telefon, Kami jarang berbual lama, sekadar tanya kondisi kesihatan ayah dan makan minumnya. Kadang kala kalau terlalu sibuk, saya hanya akan meninggalkan pesanan melalui whatsapp. Kurang sebulan dari sekarang saya akan menduduki peperiksaan SPM. Saya mengambil semula SPM selepas result  SPM sebelum ini tak boleh pergi langsung. Pemergian emak benar benar membuatkan saya hilang semangat.

Kini kehidupan saya agak tenang bersama cik man. Di pusat tuisyen ada seorang gadis bernama Sofea. Gadis misteri yang selalu saya perhati dari jauh sahaja. Saya tidak berani hendak menegur Sofea kerana dia telah mempunyai kekasih. Saya dapat tahu cerita ini melalui Saiful, kawan saya di pusat tuisyen. Pada saya, cukuplah cinta saya pada Sofea disimpan dalam hati, kerana bukan semua cinta itu dapat kita miliki, adakalanya kita terpaksa mengalah untuk biarkan cinta itu pergi ke mana yang dia suka dan gembira.

Cinta ialah melihat orang yang kita cinta itu bahagia walaupun bukan bersama kita.

Plan saya selepas SPM ialah melanjutkan pelajaran ke universiti. Cita cita Bonda yang mahu melihat saya berjaya di menara gading saya sematkan kukuh didada. Sekarang saya perlu bersiap siap untuk membantu brother johnny di kedai burgernya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan