Ahad, 29 Jun 2014

Catatan awal Ramadhan

Alhamdulillah. Hari ini kita menyambut satu Ramadhan. Bersyukur dipanjangkan umur. Waktu sekarang sangat pantas berlalu. Kenangan puasa tahun lalu masih segar.

Natijah peperiksaan sudahpun keluar. Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur. Natijah keluar dengan sedikit d,iluar jangkaan. Ini semua rezeki dari Allah.

Aku mengambil kesempatan menulis usai menolong emak menyiapkan makanan untuk berbuka. Cuaca yang sangat redup di Pokok Sena ketika ini. Aku yakin di seluruh dunia juga cuaca yang sangat baik menjelang fasa awal sepuluh hari pertama bulan Ramadhan kerana Rahmat Allah Taala.

Kalam Ustaz  Zainul Asri masih melekat kukuh memberitahu Ramadhan yang 10 awal selalu redup, sejuk cuacanya. Rahmat Allah pada anak anak kecil yang mula belajar berpuasa. Menjelang fasa 10 kedua dan ketiga, barulah terasa bahang membuatkan kita benar teruji

Lebih kurang seminggu kelas di Insaniah bakal bermula. Rutin di rumah sewa ni selalunya aku agak gemar. Sahur kurma dan air masak kemudian sambung tidur sampai subuh. Nutrisi kurma mampu membekalkan tenaga sepanjang hari bahkan Nabi kita Muhammad juga pernah bersahur dengan Air dan Kurma dalam bilangan ganjil.

Cuma yang aku masih tak faham kenapa makwe makwe di pasar Ramadhan masih belum mampu tutup aurat yang syar'ie. Benda ni aku perhati setiap tahun. Entah mana silapnya aku kurang pasti. Rupanya Ramadhan masih belum mampu dihayati sepenuhnya oleh kita jika benda basic seperti aurat masih belum mampu diikut sepenuhnya. Itu belum lagi yang jual murtabak bawang dengan telur sampai 4rm. Jual karipap isi angin.

Tika syaitan dibelenggu dan hanya nafsu menguasai diri. Kita boleh agak dimana tahap iman kita.

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan