Kurang dua minggu Junaidi nak bernikah dengan Markonah. 
Makanya banyaklah hal yang perlu diuruskan Junaidi. Dari hal booking 
katering sampai ke hantaran, semua Junaidi arrange sendiri. Bukannya dia
 tak mahu orang tolong, tapi Junaidi lebih gemar untuk buat sendiri. 
Puas hati katanya. Buat benda dengan kemahuan sendiri. Letih juga 
sendiri. 
Satu malam tengah ketika Junaidi sibuk menggubah hantaran 
dan sirih junjung di dalam bilik, masuklah kakak Junaidi yang sulung 
bernama Gina. Nama yang agak urban untuk seorang perempuan kampung. 
Niat Gina hanyalah untuk membantu adik lelakinya yang 
seorang itu. Walaupun sudah dilarang beberapa kali, Gina tetap berkeras 
mahu menolong. Akhirnya Junaidi sendiri mati akal untuk mencari helah 
melarang. 
"Dah selesai ke Junaidi? Kamu nak akak tolong apa lagi?" tanya Gina.
"Hampir selesai sudah akak, janganlah risau, saya tahu 
menguruskannya sendiri. Akak perlu risaukan dengan keadaan diri sendiri 
yang agak mendung sejak pemergian Abang Awang Leman" tenang Junaidi menjawab.
"Tahulah akak menjaga diri. Kamu tu rehatlah juga, jangan 
terlalu kuat menekan diri. Tidur hendaklah cukup agar kualiti kerja 
hantaran yang kamu tengah gubah itu menjadi perfect" Gina membalas.
Selesai meluncurkan kata kata tersebut, kedua belah ibu jari Gina diangkat tunjuk kepada Junaidi sebagai tanda bagus.
"Baiklah akak, saya tahu, banyak juga video gubahan yang 
saya lihat di YouTube dan Instagram. Saya pasti Markonah akan 
menyukainya" kata Junaidi
"Yakin betul kamu ni ya Jun, kamu mempunyai konfiden level 
yang cukup tinggi. Masa akak kahwin dulu tak ada hantaran ni semua. 
Cukuplah mas kahwin sebentuk cincin dan senaskah Quran.
"Zaman dah berubah akak, kita kenalah ikut, nanti apa pulak kata orang"
"Iyalah Jun, hantaran apa saja yang kamu bagi pada Markonah Jun?"
"Dua hantaran pendek dan tiga hantaran silang akak"
"Pedepang! "
Junaidi menggosok gosok pipi kanannya yang sedikit pedih dan kelihatan warna merah jelas, riak muka Junaidi antara sakit dan menahan tawa.
"Orang serius kau buat lawak salah timing"
Kata Gina sambil berlalu keluar dari bilik.
" orang nak buat lawak musim world cup pun marah" getus Junaidi dalam hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan