Jumaat, 21 Disember 2012

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

Balik kelas marhaban tadi aku lihat seorang brader tengah tuntun moto,atau bahasa bakunya tengah tolak motosikal,belakang sikit aku tengok seorang perempuan tengah dukung anak kecil,dia tak dukung sebenarnya,dia galas anak dia guna carry bag.galas sebelah depan.Aku usha jam tangan,jarum menunjukkan 11.30 pagi.Aku agak budak kecil itu berumur sekitar 1-2 tahun berdasarkan sais dia.Cuaca pada pukul 11.30 pagi dikira sebagai cukup membahang untuk anak kecil seperti dia.

Terbit dibenak hatiku,kesian betul kena jalan kaki,si ayah pulak tolak moto,jenis Ex5.Minyak habis atau moto rosak aku tak pasti,nak kata tayar pancit tak boleh.Tayar dia berangin depan dan belakang.Aku hanya mampu melihat sambil berlalu pergi.Mungkin inilah pepatah yang selalu kita dengar ''berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul''

Mungkin sebab beginilah ayah aku selalu menyediakan pam angin dalam bontot kereta dia sewaktu ulang alik pergi kerja dahulu.Bila ada terjumpa orang tengah tolak moto,ayah akan berhenti dan tanya masalah.Kalau pancit,ayah akan bagi pinjam pam angin.Walaupun pancit,sekurangnya boleh isi angin dan bawak perlahan-lahan ke kedai untuk menggantikan tayar baharu.

Konklusinya,sebelum mendirikan rumah tangga,seeloknya lelaki sebagai ketua keluarga bersedia dengan perkara asas seperti kereta dan sebuah rumah untuk berteduh.Baru power,tapi bagi brader tadi yang tengah tuntun motosikal,aku kira dia sudah punya moment atau cerita yang indah untuk dikenang dan diceritakan pada anak cucu suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan