Sabtu, 15 Januari 2011

catatan pertama selepas seminggu di lapangan 2011

syukur Alhamdulillah.pengalaman di lapangan baru benar-benar berharga.hari pertama sekolah dah lewat.bermacam-macam dugaan datang.lain pula cerita dengan kawan-kawan baru.

persekitaran yang nyata berbeza memberi kesan dalam gerak seharian.bayangan tarbiah selama 6 tahun terpatri kukuh.mana mungkin terhakis begitu sahaja.

legasi yang ditinggalkan seorang kenalan membuat kehadiran saya dan rakan-rakan dijulang sebagai pelajar hebat dan berilmu..keluaran muassasah.

situasi sebagai keluaran muassasah meletakkan saya sebagai tempat rujukan.
alahai..terasa kerdil dan jahil pabila diajukan soalan-soalan dari guru ataupun kawan-kawan baru.

maaf,aku tidak bisa menghulur pelampung yang kalian harapkan

soalan-soalan ingin tahu yang ditampilkan membuat saya seronok dan bersemangat untuk bercerita.

kat smidu ngaji banyak dah pa?
smidu tu bantuan kerajaan ka?
ustaz zainal asri mengajar smidu ka kidu?
selalu lepasan smidu lanjut pelajaran di mana hah??luar negara?

nah!beraneka soalan yang disuarakan..

pada fikiran guru-guru,produk muassasah terbaik,hebat,berpengetahuan luas dan bermacam-macam lagi...tatkala itu,aku hanya mampu tersenyum...
seolah olah mahu saja berkata

"ana pelajar biasa saja,x reti sangat pun"

ya!!memang,tapi mulut seakan-akan terkunci,entah rasa apa yang menyerbu di dada saat itu.
semoga Tuhan memudahkan perjalanan hamba-NYA yang lemah ini untuk menuntut ilmu.
sabar dan bersungguh-sungguh mahu saja ditambat di hati andai bisa sebegitu.



er!cik ayam goreng,kalau anda terbaca post saya ini,tinggalkan sedikit pesanan di chatbox ye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan